September 15, 2009

Harga saham ditutup lebih rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah akibat tekanan jualan berikutan kejatuhan mendadak di bursa serantau semalam dan di Wall Street.

Meskipun saham mewah diniagakan turun naik, namun CIMB Group Holdings menjadi tumpuan minat yang berterusan sepanjang hari, kata seorang peniaga.

Peniaga itu juga berkata, pasaran mungkin bergerak dalam jajaran sempit menjelang cuti Hari Raya manakala pelabur pula enggan membeli secara besar-besaran.

“Jumlah dagangan dijangka kecil, dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) bergerak dalam jajaran 1,200 hingga 1,220 minggu ini,” kata seorang peniaga lain.

Pada akhir dagangan, FBM KLCI turun 4.92 mata kepada 1,203.36 selepas dibuka 0.25 mata lebih tinggi pada 1,208.53.

FBMEmas susut 42.92 mata kepada 8,079.85, FBM Top 100 jatuh 36.44 mata kepada 7,878.06, FBM70 turun 53.38 mata kepada 7,928.96 dan Indeks FBM ACE merosot 71.57 mata kepada 4,008.17.

Indeks Kewangan susut 22.689 mata kepada 9,827.2, Indeks Teknologi kurang 0.14 mata pada 16.14, Indeks Perladangan merosot 27.32 mata kepada 5,927.06 dan Indeks Perusahaan turun 15.08 mata kepada 2,624.59.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 511 berbanding 149, manakala 198 kaunter tidak berubah dan 395 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 547.72 juta saham bernilai RM951.261 juta daripada 516.916 juta saham bernilai RM925.929 juta Jumaat lalu.

Antara kaunter cergas, KNM Group susut 2.5 sen kepada 69.5 sen, OilCorp turun 5.5 sen kepada 31.5 sen, ASIAEP turun sesen kepada enam sen, manakala waran Kumpulan Jetson meningkat 5.5 sen kepada 77 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, CIMB Group Holdings naik 16 sen kepada RM11.10, manakala RHB Capital dan Sime Darby masing-masing kekal pada RM5 dan RM8.50.

Tenaga Nasional turun sesen kepada RM8.22.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 461.034 juta saham bernilai RM933.110 juta daripada 447.072 juta saham bernilai RM906.902 juta Jumaat lalu.

Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 47.27 juta saham bernilai RM7.910 juta daripada 37.157 juta saham bernilai RM8.816 juta Jumaat lalu.

Dagangan waran bertambah kepada 36.077 juta saham bernilai RM8.792 juta daripada 28.139 juta saham bernilai RM8.341 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 36.126 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 1.06 bilion, pembinaan 41.78 juta, perdagangan dan perkhidmatan 163.46 juta, teknologi 9.597 juta, prasarana 8.817 juta, kewangan 35.517 juta, hotel 1.244 juta, harta 48.358 juta, perladangan 8.696 juta, perlombongan tiada dagangan, REIT 978,600 dan dana tertutup 13,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers