September 15, 2009

Exim Bank salur RM1.1b

EXPORT-IMPORT Bank of Malaysia (Exim Bank) telah memberikan kemudahan kewangan berjumlah RM1.1 bilion atau 10 peratus daripada portfolionya kepada syarikat dan penyedia perkhidmatan Malaysia yang mengembangkan perniagaan ke Asia Barat.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Mohd Fauzi Rahmat, berkata peratusan itu dulunya hanya dua hingga tiga peratus, tetapi sejak kira-kira 18 bulan lalu bank itu memperluaskan perkhidmatan kewangannya di rantau ini dengan agak besar, khususnya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Syria.

“Ini adalah dua daripada pasaran yang kami sasarkan sekarang,” katanya di Dubai baru-baru ini.

Mohd Fauzi berkata, di UAE saja, Exim Bank mempunyai enam pelanggan Malaysia, dengan kemudahan diluluskan sebanyak kira-kira RM365 juta.

Beliau berkata, dua syarikat pembinaan Malaysia yang lain di Abu Dhabi sedang berusaha mendapatkan kemudahan sedemikian daripada bank itu, yang juga mempertimbangkan beberapa projek di Arab Saudi dan negara Arab yang lain.

Satu daripada pelanggan terbesarnya ialah LCL Corporation Bhd yang diberikan tugas menyiapkan kemasan dalaman 14 stesen sistem pengangkutan Dubai Metro yang menelan kos berbilion dolar dan dilancarkan baru-baru ini.

Mohd Fauzi berkata, dua pertiga daripada portfolio Exim Bank terdiri daripada firma Malaysia yang menceburi bidang pembinaan atau kegiatan berkaitan.

Beliau berkata, meskipun Exim Bank adalah antara bank kecil Malaysia dengan modal dibenarkan RM3 bilion dan modal berbayar RM2.7 bilion, namun ia adalah antara yang terbesar dari segi kewujudan di luar negara, dengan urus niaga dan kemudahan bagi pelanggan di 80 negara di seluruh dunia.

Ahli perbankan itu mengakui bahawa beliau sememangnya menggemari pasaran Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kerana dengan sumber ada pada bank itu, masih banyak yang boleh ia lakukan.

Beliau juga menyuarakan keyakinan bahawa Dubai akan pulih semula daripada krisis ekonomi dan kewangan dialaminya sekarang.

“Satu perkara mengenai pasaran ini ialah Dubai tidak pernah menyaksikan kemelesetan, tidak seperti tempat seperti Kuala Lumpur, Singapura atau Hong Kong,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers