September 2, 2009

Ekonomi kekal tidak menentu?

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Ekonomi Malaysia dijangkakan terus berada dalam keadaan tidak menentu selagi ekonomi negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah masih berada dalam krisis.

Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank (M) Bhd. (OCBC Bank), Jeffrey Chew (gambar) berkata, keadaan itu boleh berterusan selama dua hingga tiga tahun akan datang selagi AS dan Eropah tidak menstruktur ekonomi mereka semula.

''AS dan Eropah masih belum keluar dari krisis ekonomi semasa, dan bakal mengambil masa untuk menstruktur semula ekonomi mereka.

''Melainkan ekonomi besar mula tumbuh pada kadar dan cara yang betul, sukar untuk melihat ekonomi global untuk mengekalkan pertumbuhan pada kadar tinggi dan Malaysia tidak dapat mengelak daripada terkena tempias tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai perkembangan prestasi OCBC Bank selepas setahun memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di sini hari ini.

Namun, Chew berkata, Malaysia mungkin mengalami kejutan pada suku ketiga dengan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) bakal mencatatkan peratusan sifar atau pertumbuhan positif yang kecil.

Malaysia mencatatkan penguncupan 3.9 peratus pada suku kedua berbanding -6.2 peratus pada suku pertama tahun ini.

Chew berkata, walaupun ekonomi negara menampakkan kesan pemulihan pada suku-suku akan datang, tetapi pertumbuhan tidak begitu kukuh.

''Kita masih belum dapat menyaksikan pertumbuhan enam hingga tujuh peratus sama seperti sebelumnya pada tahun 2010 dan 2011 ini,'' katanya.

Sementara itu beliau berkata, OCBC akan membangun semula perniagaan konsumer terutamanya segmen kad kredit dan pengurusan tunai yang kini mengalami pertumbuhan sederhana dalam separuh kedua tahun ini bagi mengekalkan prestasi positif mereka.

''OCBC Bank akan bergerak secara agresif pada separuh kedua ini dengan bakal memperkenalkan produk baru serta memperkenalkan perbankan elektronik serta mempromosi transaksi Giro bagi memudahkan pelanggan,'' katanya.

Pada separuh pertama tahun ini berakhir Jun lalu, OCBC Bank telah mencatatkan pertumbuhan perolehan lima peratus kepada RM804 juta, manakala keuntungan operasi tumbuh 10 peratus kepada RM524 juta dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM434 juta.

Tambah Chew, segmen pengurusan tunai seperti akaun semasa dan deposit adalah perniagaan kekal berbanding segmen pinjaman.

''Kami menyasarkan pertumbuhan sebanyak 20 peratus setahun bagi segmen ini. Manakala bagi segmen kad kredit OCBC Bank akan mencari ruang untuk meningkatkan perniagaan itu.

''OCBC Bank pada masa ini sedang bekerjasama dengan agen insurans Great Eastern untuk menjalankan jualan silang produk kad kredit kami dengan sasaran pertumbuhan keuntungan,'' katanya.

Setakat ini, pengguna aktif kad kredit OCBC BAnk adalah sebanyak 260,000 pemegang.

Chew berkata, walaupun tumpuan akan diberikan kepada segmen yang mengalami pertumbuhan sederhana, tetapi perniagaan pinjaman merupakan sumbangan terbesar kepada perolehan OCBC Bank.

Sementara itu, OCBC Bank akan menambah empat lagi cawangan perbankan konvensional menjelang tahun depan menjadikan jumlah keseluruhan 33 cawangan, manakala bagi perbankan Islamnya OCBC Al-Amin akan ditambah dua cawangan pada akhir tahun ini menjadikan lima buah keseluruhannya.

''Kami berharap mempunyai 50 cawangan bagi memastikan OCBC Bank beroperasi dengan lebih lancar. Tetapi masalah utama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers