September 9, 2009

Dunia belum pasti pulih

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Ekonomi sejagat masih tidak stabil meskipun terdapat tanda-tanda berlaku pemulihan untuk menyatakan bahawa kemelesetan akan berakhir, kata Dewan Perdagangan Antarabangsa (ICC).

Dalam laporan pembiayaan perdagangan yang dikeluarkannya di sini, ICC memberi amaran terhadap keyakinan berlebihan dan meminta perhatian lebih diberikan kepada agenda pembiayaan Kumpulan 20 (G20).

''Ini berikutan masih belum nampak kesan kelegaan ketara dalam keperluan modal bagi aset dagangan, dengan ICC sebelum ini mengawal insentif bank untuk menawarkan pembiayaan dagangan.

''Sebanyak 86 peratus responden kepada kaji selidik yang dibuat menyatakan keperluan di bawah rejim kemampuan modal antarabangsa yang dikenali sebagai Basel II tidak menyebabkan mereka berasa lega,''kata ICC dalam kenyataan nya di sini.

Katanya, laporan ICC merupakan antara keputusan yang membimbangkan ekoran peningkatan kos modal terus menghalang pembiayaan perdagangan terutama bagi ekonomi negara-negara membangun.

''Laporan itu mencadangkan pengecualian produk pembiayaan dagangan daripada kematangan satu tahun tetap yang dilaksanakan untuk kemudahan pinjaman di kebanyakan negara dan membenarkan risiko ditentukan melalui penanda aras industri.

''Selain itu, laporan itu juga menegaskan isu kemampuan pembiayaan perdagangan. Kos memiliki produk pembiayaan perdagangan sedia ada masih tinggi, tetapi ia masih mampu dimiliki memandangkan produk itu menawarkan sekuriti tambahan,'' jelasnya.

Kebanyakan responden kaji selidik, mengakui keputusan G20 pada April lalu untuk menghulurkan bantuan AS$250 juta (RM880 juta) untuk tempoh dua tahun sebagai langkah besar bagi menyerap kejutan perdagangan akibat krisis ekonomi.

ICC menyokong usaha itu, tetapi penekanan perlu dibuat untuk memastikan terdapat susulan dilakukan kerajaan-kerajaan tersebut.

Laporan kaji selidik itu melibatkan 122 bank daripada 59 negara, dilakukan pada Julai dan Ogos lalu dan merupakan susulan kepada Suruhanjaya Perbankan ICC.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers