September 9, 2009

Pengambilan untung Bursa kekal kukuh

KUALA LUMPUR 8 Sept - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini meskipun beberapa aktiviti pengambilan untung yang muncul selepas kenaikan baru-baru ini.

Belian dana saham wajaran tinggi terpilih yang kukuh juga melonjakkan indeks utama itu untuk ditutup ke paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI)ditutup satu peratus atau 11.68 mata lebih tinggi pada 1,202.07, disokong kebanyakannya oleh Sime Darby, Tanjong dan IOI Corporation.

Indeks utama itu dibuka 0.29 mata lebih tinggi kepada 1,190.68 pagi ini. FBMEmas naik 67.27 mata kepada 8,093.82, FBM Top 100 meningkat 70.07 mata kepada 7,874.83 dan FBM70 menambah 45.23 mata kepada 7,946.16.

Bagaimanapun Indeks FBM Ace, susut 18.83 mata kepada 4,122.55. Indeks Kewangan meningkat 60.16 mata kepada 9,692.36, Indeks Perusahaan naik 43.20 mata kepada 2,650.74 manakala Indeks Perladangan menambah 92.34 mata kepada 5,925.23.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 393 berbanding 277 manakala 254 kaunter tidak berubah, 353 tidak diniagakan dan tiga yang lain digantung.

Sentimen pasaran kekal positif dengan jumlah dagangan berjumlah 790.899 juta saham bernilai RM1.398 bilion berbanding 388.725 juta saham bernilai RM627.801 juta pada Isnin.

Menerajui kaunter cergas, KNM Group naik setengah sen kepada 74 sen, Genting Malaysia meningkat tiga sen kepada RM2.92 manakala Genting Singapore (C) menambah dua sen kepada 41 sen. Axiata Group, yang menerima kelulusan pemegang saham bagi cadangan penggabungannya dengan Spice Communications Ltd, naik empat sen kepada RM3.14.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 687.505 juta saham bernilai RM1.370 bilion berbanding 611.084 juta saham bernilai RM1.047 bilion semalam. Bagaimanapun, jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 36.731 juta saham bernilai RM7.037 juta berbanding 42.665 juta saham bernilai RM9.681 juta sebelumnya.

Waran meningkat kepada 63.271 juta saham bernilai RM19.272 juta daripada 52.556 juta saham bernilai RM15.445 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 43.154 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 164.085 juta, pembinaan 81.349 juta, perdagangan dan perkhidmatan 207.570 juta, teknologi 18.145 juta, prasarana 18.674 juta, kewangan 61.360 juta, hotel 1.630 juta, harta 73.547 juta, perladangan 15.959 juta, perlombongan 1,000, REITs 2.011 juta dan dana tertutup 18,000 saham.

- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers