September 9, 2009

FBM KLCI lonjak lepasi 1,200 mata

PENANDA aras utama pasaran saham tempatan, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak melepasi paras 1,200 mata semalam, buat kali pertama dalam tempoh 16 bulan berikutan pemulihan sentimen serantau setelah wujud pelbagai petunjuk positif yang kukuh berhubung berakhirnya kegawatan ekonomi global.

FBM KLCI dibuka pada 1,190.87 mata, peningkatan 0.48 mata pagi semalam, sebelum bergerak dalam jajaran turun-naik yang tinggi sehingga tengah hari.

Ia melonjak tinggi pada sesi dagangan sebelah petang untuk ditutup pada paras 1,202.07 mata, iaitu tertinggi sejak 24 Jun tahun lalu.

Mengulas prestasi itu, Pengurus Kanan Pelaburan Institusi Inter-Pacific Sdn Bhd, Deti Affendi Kadir, berkata keputusan kewangan yang lebih baik syarikat di kebanyakan negara utama utama pada suku kedua baru-baru ini, menunjukkan fasa penurunan aliran perniagaan sudah berakhir.

“Persekitaran perniagaan global ternyata lebih baik pada separuh kedua lalu. Keyakinan pelabur dan peniaga yang semakin meningkat turut menyaksikan aktiviti korporat seperti pengambilalihan dan penggabungan semakin rancak dilaksanakan, justeru, memberikan kesan positif kepada pasaran,” katanya.

Namun, katanya, masih ramai lagi pelabur yang masih ragu-ragu mengenai pemulihan itu dapat dikekalkan susulan peningkatan jumlah pengangguran yang mungkin menjejaskan perbelanjaan pengguna.

Bagaimanapun, Deti menjelaskan, perkara berkenaan mungkin dapat dibendung setelah sebahagian besar Menteri Kewangan Negara Kumpulan 20 (G20) mengulangi komitmen masing-masing untuk menyuntik satu pakej rangsangan berjumlah AS$5 trilion.

Semalam agensi berita antarabangsa melaporkan, suntikan dalam bentuk fiskal dan monetari itu akan dibuat secara berterusan sehingga ekonomi kembali pulih dan berupaya mencatat peningkatan positif.

Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera (Pribumi), Zainal Ariffin Osman, pula berkata keputusan korporat sebahagian syarikat tempatan pada suku kedua tahun ini juga menunjukkan petanda bahawa ekonomi negara bakal pulih seawal pada suku keempat tahun ini.

“Sebahagian besar syarikat sudah berupaya mencatatkan untung bersih. Agak mengejutkan apabila lima sektor utama seperti kewangan, perladangan, media dan automotif tempatan mulai menunjukkan peningkatan.

“Berdasarkan petunjuk seperti keuntungan bersih dan pendapatan syarikat, ternyata Malaysia sudah mulai keluar daripada kegawatan,” katanya.

Zainal berkata, aliran peningkatan pasaran saham tempatan yang bermula April lalu juga menunjukkan keyakinan pelabur dan peniaga terhadap ekonomi negara semakin meningkat.

“Pasaran saham adalah petunjuk sensitif pergerakan ekonomi dan perniagaan. Ia bergerak antara enam hingga tujuh bulan lebih awal sebelum berlaku peningkatan ekonomi. Berdasarkan keadaan itu, kita boleh menjangka ekonomi akan meningkat semula pada suku keempat tahun ini,” katanya.

Bagaimanapun, Zainal berkata, dalam jangka pendek, pasaran saham tempatan akan terus dipengaruhi pergerakan pasaran serantau dan aliran berita di peringkat antarabangsa.

“Momentum belian yang menyokong peningkatan pasaran tempatan dijangka berterusan dipengaruhi pergerakan bursa serantau, dengan paras halangan semasa bagi FBM KLCI adalah 1,220 mata, manakala paras sokongan pula adalah 1,190 mata,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers