September 8, 2009

Enam peratus tenaga diperbaharui 2015

SEMENYIH 7 Sept. - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menyasarkan sekurang-kurangnya enam peratus daripada tenaga elektrik yang dijana akan diperoleh melalui tenaga diperbaharui menjelang 2015.

Pada waktu itu, penjanaan tenaga elektrik terkumpul yang disasarkan adalah sebanyak 1,000 megawatt (MW).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, setakat ini, hanya sebuah loji penjanaan tenaga diperbaharui yang diusahakan oleh syarikat pengurusan sisa pepejal, Recycle Energy Sdn. Bhd. (RESB) berupaya menjana tenaga elektrik di negara ini.

Menurutnya, RESB juga merupakan satu-satunya syarikat kitar semula sisa pepejal dalam negara yang mempunyai proses penjanaan tenaga tersebut.

Beliau memberitahu, loji berkenaan hanya mampu menghasilkan 8 MW elektrik sejam dan ia boleh ditingkatkan pada masa akan datang bagi memenuhi keperluan tenaga elektrik dalam negara.

''Ia merupakan permulaan yang baik yang dimulakan oleh syarikat swasta sebagai salah satu penyelesaian kepada kekurangan sumber tenaga di negara ini.

''Setakat ini, sumber-sumber tenaga biomass yang menjana tenaga elektrik termasuk kelapa sawit menyumbang sebanyak 40.5 MW kepada tenaga elektrik negara,'' katanya selepas mengadakan lawatan kilang RESB di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif RESB, Khalid Bahsoon.

Kos pembinaan loji tenaga diperbaharui berkenaan adalah kira-kira RM190 juta manakala kos operasinya pula sebanyak RM2 juta sebulan.

Bermula Ogos lalu, syarikat melalui Perjanjian Pembelian Tenaga Diperbaharui dengan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) akan membekalkan tenaga elektrik sebanyak 5 MW sejam kepada TNB.

Sekarang, RESB mampu menjana tenaga elektrik 8 MW sejam daripada 700 tan sisa pepejal perbandaran (MSW) sehari.

Sebanyak 3 MW daripada 8 MW digunakan untuk kegunaan operasi dalaman syarikat.

Sumber sisa pepejal tersebut diperoleh daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan seluruh penduduk sekitar seperti Semenyih dan beberapa tempat lain.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai Bajet 2010 yang akan dibentangkan, Fah Kui berkata, pihaknya sudah menghantar cadangan kementerian itu kepada Kementerian Kewangan.

Katanya, pihaknya berharap Kementerian Kewangan dapat menimbangkan keperluan KeTTHA dengan sebaiknya.

''Kami memerlukan bantuan, galakkan, modal dan pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk membangunkan kementerian,'' ujarnya.

Mengenai tarif elektrik yang akan dinilai akhir tahun ini, beliau berkata, penilaian berkenaan bukan bererti ia melibatkan kenaikan tarif semata-mata, sebaliknya tarif tersebut mungkin dikekalkan atau pun dikurangkan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers