September 14, 2009

Ekonomi pulih bukti lemah - ACCA

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Pendapat yang mengatakan ekonomi dunia sedang mengalami pemulihan adalah berdasarkan bukti yang lemah, demikian menurut kaji selidik Keadaan Ekonomi Global oleh Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

ACCA mengulangi amarannya bahawa para pemimpin ekonomi dunia supaya tidak mudah berpuas hati dan mudah keliru tentang bukti kukuh yang menyatakan kemelesetan ekonomi telah berakhir.

Ketua Eksekutif ACCA, Helen Brand berkata, kaji selidik mereka menunjukkan keyakinan perniagaan sedang mengalami pemulihan secara perlahan pada suku ketiga berbanding awal tahun lalu apabila responden tidak lagi panik terhadap kemelesetan.

''Bukti menunjukkan perubahan terhadap perdagangan atau tempahan adalah sedikit untuk mencadangkan pemulihan ekonomi bakal berlaku sebelum akhir 2010.

''Kami telah memberi amaran kepada kerajaan-kerajaan supaya tidak membenarkan pertumbuhan keyakinan yang menyebabkan mereka mudah berpuas hati dan mengakibatkan langkah pembaharuan sistem ekonomi akan terhenti,'' kata Brand dalam kenyataannya di sini.

Tambah Brand, walaupun situasi semasa tidak bertambah buruk, tetapi pandangan profesional kewangan menyatakan pengekalan pemulihan masih jauh dan banyak ekonomi kekal dalam keadaan membimbangkan.

Kaji selidik ACCA bagi suku ketiga melibatkan 1,200 profesional kewangan di 92 negara telah menunjukkan mereka percaya kemelesetan telah berada di penghujung tetapi pada masa yang sama merasakan pemulihan ekonomi sebenar masih belum boleh dipastikan sebelum 2010.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers