September 9, 2009

Bajet 2010: Kami perlu insentif menarik

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) berharap bajet 2010 menyediakan insentif yang lebih menarik bagi menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meneroka pasaran merentasi sempadan Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Datuk David Chua berkata, bantuan kewangan dan bukan kewangan seharusnya diberikan bagi membantu menaikkan taraf dan memantapkan PKS.

"Ini membolehkan PKS memasuki bukan sahaja pasaran serantau malah peringkat antarabangsa," katanya selepas mengumumkan para pemenang Anugerah Golden Bull 2009, di sini hari ini.

Bajet tersebut dijadual dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober ini.

Chua berkata, tindakan kerajaan melaksanakan dua strategi penting dalam menggalakkan pertumbuhan perniagaan keusahawanan dan menjana aktiviti tempatan, mampu memulih ekonomi selain membangunkan sektor PKS.

Beliau selaku ketua juri hakim anugerah itu berkata, sektor PKS mencapai prestasi yang lebih baik berbanding tahun lalu meskipun berdepan kelembapan ekonomi semasa.

"PKS berada dalam hala tuju yang tepat bukan sahaja dari segi prestasi kewangan tetapi urus tadbir korporat dan merangkumi spektrum yang besar sektor swasta," ujarnya.

Katanya, PKS adalah asas yang penting untuk menjana pesat ekonomi negara.

Justeru tambahnya, anugerah yang bertema Charging Forward itu membantu memacu PKS untuk berkembang maju.

"Kami berharap lebih syarikat akan menyertai anugerah ini terutama, penglibatan daripada masyarakat Melayu dan India dan juga Sabah dan Sarawak," katanya sambil menjelaskan, ia kini dikuasai oleh syarikat yang diterajui oleh kaum Cina.

Sepuluh syarikat yang terpilih untuk meraih tempat pertama Anugerah Golden Bull 2009 ialah OldTown International Sdn. Bhd., All Cosmos Industries Sdn. Bhd., Maestro Laboratories Sdn. Bhd., Multi-B Sdn. Bhd. dan Hexa Analisa Sdn. Bhd.

Turut terpilih ialah Advance Technical Fabric Sdn. Bhd., Sushi Kin Sdn. Bhd., Lee Soon Seng Plastic Industries Sdn. Bhd., Pecca Leather Sdn. Bhd. dan Metahub Industries Sdn. Bhd.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers