November 11, 2009

Takaful Malaysia dipelawa melabur di Qatar

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Sejajar dengan penjenamaan semula syarikat, Syarikat Takaful Malaysia Bhd. (Takaful Malaysia) merancang untuk melangkah lebih jauh dengan meneroka pasaran Asia Barat setelah 25 tahun bertapak di Malaysia.

Sekiranya hasrat itu berjaya, Takaful Malaysia akan menjadi syarikat takaful tempatan pertama yang berjaya menawarkan produk takaful di Asia Barat.

Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Hassan Kamil berkata, setakat ini, pihaknya menerima jemputan untuk membuat pelaburan di Qatar dan negara itu merupakan pelaburan pertama syarikat di luar negara.

Beliau berkata, Qatar merupakan negara yang berpotensi dalam industri takaful begitu juga Kuwait dan Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu.

''Selain Asia Barat, kami turut melihat potensi pelaburan di China yang dilihat mempunyai momentum dalam sistem kewangan Islam,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran penjenamaan semula Takaful Malaysia dan sambutan ulang tahun ke 25 syarikat itu di sini hari ini.

Majlis itu dilancarkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi BIMB Holdings Bhd., Tan Sri Samsudin Osman.

Terdapat perubahan warna pada logo Takaful Malaysia daripada kombinasi warna emas dan hijau kepada warna hijau tua dan hijau pucuk pisang.

Takaful Malaysia memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk penjenamaan semula itu.

Selain penukaran warna logo dan reka bentuk tulisan Takaful Malaysia, Takaful Malaysia turut melancarkan televisyen korporatnya.

Konsep penjenamaan semula Takaful Malaysia menggunakan pendekatan moden, muda dan bertenaga.

Takaful Malaysia kini mempunyai lebih 50 buah cawangan di seluruh negara dengan pengurusan aset melebihi RM4 bilion.

Ketika ditanya mengenai perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan, beliau berkata, Takaful Malaysia membuka lebih banyak meja urus niaga Takaful Malaysia di cawangan Lembaga Tabung Haji (LTH) dan juga di cawangan Bank Islam (M) Bhd. (Bank Islam).

Ketika ditanya mengenai penguasaan pasaran dalam industri di negara ini, Hassan menyasarkan untuk meningkatkan penguasaan syarikat sehingga 50 peratus dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Katanya, setakat ini, Takaful Malaysia menguasai sebanyak 40 peratus pasaran insurans di Malaysia dengan lebih 750,000 pelanggan untuk produk keluarga dan am.

''Kami masih lagi peneraju dalam pasaran industri takaful dan akan terus mempertahankan kedudukan itu dengan kekuatan yang dimiliki.

''Takaful Malaysia sehingga kini sudah menembusi 30 peratus penduduk Malaysia dan ia merupakan satu kejayaan yang menggalakkan,'' ujarnya

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers