KUALA LUMPUR 8 Nov. - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mencipta dan menyusun semula strategi perniagaan masing-masing untuk mencari pasaran dan ruang baru bagi pertumbuhan dalam sektor pembuatan, kata Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC).
Dalam Laporan PKS Tahunan 2008 yang dikeluarkan di sini, NSDC berkata, proses merekayasa akan juga membantu mengurangkan kos pengeluaran dan menjadikan PKS lebih berdaya saing.
Katanya, industri bagi tujuan eksport dijangka paling terjejas semasa kitaran menurun sekarang.
NSDC berkata, kerajaan telah mengumumkan langkah-langkah untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan untuk mengurangkan kesan krisis ke atas segmen yang mudah terjejas seperti industri kenderaan bermotor, tekstil serta elektik dan elektronik.
"Ini termasuklah pengecualian pembayaran levi bagi Dana Pembangunan Sumber Manusia dan peruntukan dana bagi membantu industri kenderaan bermotor serta vendornya," katanya. Laporan itu berkata, jumlah pengeluaran oleh PKS dalam sektor pembuatan meningkat sebanyak 6.3 peratus pada 2008 disebabkan oleh permintaan kukuh bagi produk berasaskan sumber.
Katanya, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk melonggarkan sektor perkhidmatan bagi menarik lebih banyak pelaburan, membawa masuk ahli profesional dan teknologi serta memperkukuh daya saing.
Untuk merangsang permintaan dalam sektor runcit, PKS haruslah menumpukan usaha kepada kegiatan promosi dan pemasaran, inovasi perkhidmatan, memperkasa perkhidmatan pelanggan dan pembangunan modal insan, katanya.
Menurut laporan itu, dalam kelembapan ekonomi global dn kejatuhan harga komoditi, sektor pertanian dijangka menghadapi banyak cabaran tahun ini.
"Bagi mengurangkan impak itu dan meningkatkan peluang pertumbuhan, sektor swasta, termasuk PKS, perlu menambah pelaburan dalam makanan, makanan haiwan dan pengeluaran baja," sarannya.
Ia berkata peladang dan pekebun kecil juga perlu meningkatkan keupayaan teknologi untuk membantu memudahkan perniagaan dan proses kerja serta meningkatkan produktiviti.
"Untuk menyokong ini, penyelidikan dan pembangunan perlu diberikan lebih penekanan, merangkumi teknologi baru, kaedah dan proses, serta berusaha ke arah pemodenan yang meliputi penggunaan automasi dan jentera," katanya.
November 9, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com