November 6, 2009

Kadar premium takaful serendah RM6 sebulan?

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Bagi mewujudkan permintaan yang lebih baik, penanggung insurans Islam atau takaful tempatan perlu belajar dari negara-negara seperti Bangladesh, India dan Indonesia, untuk memulakan skim pelopor di kawasan setempat mereka sendiri, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussain (gambar), hari ini.

Beliau berkata, di sesetengah negara, akses perlindungan insurans dikenakan hingga serendah AS$2 (sekitar RM6.8) sebulan, di mana ia tidak berlaku di sini.

Menurut Awang Adek, dengan mengekalkan kadar premium serendah yang mungkin, ia bukan sahaja dapat mewujudkan permintaan yang lebih baik bagi produk takaful, tetapi juga membolehkan banyak perniagaan dan keluarga mempunyai akses perlindungan insurans.

"Ramai yang boleh mendapat faedah daripada produk ini. Dalam konteks kewangan Islam, integrasi skim mikro takaful dengan Zakat, Waqf dan institusi amal lain yang sama, adalah bertujuan membasmi kemiskinan," katanya dalam ucapan beliau di Persidangan Takaful Rendezvous 2009, di sini.

Beliau berkata, untuk bersaing dengan insurans konvensional, masih banyak yang perlu dilakukan oleh industri takaful.

Mengenai perkembangan industri itu, beliau berkata, minat terhadap sektor takaful masih utuh meskipun persekitaran yang mencabar, didorong oleh permintaan kukuh bagi perkhidmatan dan minat mendalam yang ditunjukkan oleh penanggung takaful dalam mencari kaedah baharu untuk menjana pendapatan serta mempelbagaikan pasaran.

Awang Adek berkata, nilai-nilai yang terdapat dalam skim takaful, yang memenuhi permintaan bagi pelaburan kewangan dan tanggungjawab sosial, meningkatkan lagi nilai dan prospek pasaran bagi sektor ini.

Beliau juga menekankan bahawa industri global takaful yang mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan 25 peratus setahun sejak beberapa tahun lepas, dijangka terus kukuh untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers