Oleh Suffian A Bakar
suffian@bharian.com.my
KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) memberi jaminan akan mengambil kira semua komen dan pandangan pelbagai pihak berhubung Dasar Automotif Nasional (NAP) baru sebelum pelaksanaannya awal tahun depan.
Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata rakyat tidak perlu gusar kerana kerajaan akan merujuk dengan semua pihak terbabit dalam industri automotif sebelum melaksanakan peraturan baru itu pada Januari 2010.
“Kita akan melaksanakannya secara berperingkat dan kita juga merujuk kepada mereka yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Biasiswa Panasonic 2010 di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin yang meminta Miti meneliti aduan dan bantahan orang ramai mengenai peraturan baru yang akan diserapkan ke dalam NAP, selain mengarahkan kementerian itu membuat laporan terperinci berhubung bantahan terbabit untuk kajian lanjut.
Antara aduan yang diterima ialah peraturan mewajibkan semua kenderaan penumpang lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom yang disifatkan sebagai membebankan pemilik kereta lama yang kebanyakannya adalah golongan kurang berkemampuan.
Mustapa menambah, semua maklum balas sudah dikumpul sejak pengumuman mengenai semakan NAP itu sebelum ini, selain pemantauan turut dibuat kementeriannya.
“Memandangkan NAP hanya akan dilaksanakan Januari depan, kementerian masih mempunyai masa untuk meneliti dan menyemak semula aduan dan bantahan terbabit.
“Saya mahu memastikan kepentingan rakyat diutamakan, begitu juga faktor keselamatan. Beberapa minggu lagi, hasil semakan (berhubung berhubung bantahan pelbagai pihak) akan dikeluarkan,” katanya.
Dalam pada itu, Chan Poh Kam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Subhashini Raj dari Universiti Malaya dipilih sebagai penerima Biasiswa Panasonic 2010.
Kedua-dua penuntut terbabit akan melanjutkan pengajian sarjana di University of Tokyo, satu daripada universiti terkemuka dunia.
Sementara itu, dalam majlis berasingan Mustapa berkata, Miti akan meningkatkan lagi aktiviti mempromosi industri fesyen, tekstil dan pakaian tanah air berikutan potensinya untuk berkembang pada peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, industri fesyen, tekstil dan pakaian menyumbang kira-kira RM10.5 juta kepada pendapatan eksport negara ini tahun lalu.
“Angka ini tidak besar, tetapi kita yakin banyak ruang bagi industri terbabit untuk berkembang,” katanya ketika merasmikan Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia Ke-tujuh di The Pavillion Kuala Lumpur, semalam.
Mustapa berkata, industri fesyen mempunyai hubungan kukuh dengan prestasi industri tekstil dan pakaian negara, selain hubung kaitnya dengan firma dan sekolah pereka fesyen.
Miti, katanya, ketika ini menyokong industri terbabit menerusi Pusat Tekstil dan Pakaian Malaysian (MATAC) dengan menyediakan pembiayaan untuk membantu pengeluar dari aspek reka bentuk, promosi eksport dan pemasaran antarabangsa.
Tahun ini, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysian (Matrade) bekerjasama dengan Persekutuan Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFA) menganjurkan sesi padanan perniagaan individu sepanjang minggu fesyen antarabangsa itu.
November 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com