KUALA LUMPUR 10 Nov. - CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group) merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM2.004 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2009.
Ia mewakili pertumbuhan sebanyak 22.7 peratus tahun ke tahun.
Bagi suku ketiga, CIMB Group mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM727 juta meningkat 9.7 peratus berbanding suku kedua.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak berkata, ia merupakan operasi sembilan bulan terbaik beserta dengan prestasi baik yang ditunjukkan di Indonesia.
''Kekecewaan utama untuk tahun ini adalah portfolio perbankan antarabangsa kami yang menyaksikan kerugian pinjaman yang tinggi ekoran krisis kewangan sejagat,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan.
Tambah Nazir, bagi suku ketiga, jumlah perolehan meningkat sebanyak 7.6 peratus kepada RM2.787 bilion berbanding RM2.589 bilion pada suku kedua.
''Kami positif dengan prospek untuk suku keempat tahun ini dan yakin untuk mencapai sasaran ekuiti ke atas pulangan (ROE) yang disemak semula antara 14 hingga 15 peratus untuk tahun ini.
''Terdapat lonjakan dalam pasaran ekuiti dan hutang Malaysia serta suasana ekonomi dan operasi telah bertambah baik di seluruh rantau ini,'' jelasnya.
November 11, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com