November 6, 2009

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR 5 Nov - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan saham berwajaran tinggi kekal stabil apabila para pelabur menantikan penyenaraian Maxis Bhd, kata para peniaga.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 0.12 mata untuk ditutup kepada 1,253.96 selepas dirangsang oleh Sime Darby, CIMB dan Tanjong.

FBM KLCI dibuka turun 1.22 mata kepada 1,252.62. Ia bergerak antara 1,252.62 dan 1,253.96.

Seorang peniaga berkata penyenaraian Maxis dijangka menaikkan lagi FBM KLCI ke paras lebih tinggi dan menarik lebih banyak pelabur yang mahukan saham berkualiti.

Indeks Kewangan naik 14.521 mata kepada 10,712.41. Indeks Perusahaan turun 0.63 mata kepada 2,687.5 dan Indeks Perladangan turun 12.5 mata kepada 6,064.36.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 382 kepada 294 manakala 234 kaunter tidak berubah dan 361 tidak diniaga.

Jumlah perolehan meningkat kepada 1.523 bilion saham bernilai RM1.405 bilion daripada 1.256 bilion saham bernilai RM1.312 bilion semalam.

Sementara itu, TA Securities berkata peserta pasaran sepatutnya melonjakkan lagi paras jika diambil kira kemunculan momentum pembelian secara meluas di pasaran.

Perolehan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.117 bilion saham bernilai RM1.286 bilion daripada 1.098 bilion saham bernilai RM1.254 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 366.707 juta unit bernilai RM100.605 juta daripada 112.415 juta unit bernilai RM38.462 juta semalam.

Waran turun kepada 15.708 juta saham bernilai RM2.832 juta daripada 24.537 juta saham bernilai RM5.201 juta sebelum ini. Yang mendahului senarai aktif ialah Time Engineering, yang meningkat 2.0 sen kepada 53.5 sen, REDtone menokok 9.5 sen kepada 41.5 sen dan ASIAEP meningkat 1.0 sen kepada 10 sen.

Antara saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat 7.0 sen kepada RM9.00, Maybank meningkat 1.0 sen kepada RM6.83, CIMB meningat 6.0 sen kepada RM12.70. Tenaga, turun 1.0 sen kepada RM8.40.

Produk pengguna mencatatkan 46.043 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 183.890 juta, pembinaan 37.588 juta, dagang dan perkhidmatan 481.071 juta, teknologi 148.741 juta, prasarana 48.083 juta, kewangan 44.337 juta, hotel 1.055 juta, hartanah 103.508 juta, perladangan 18.63 juta, perlombongan sifar, REIT 2.131 juta dan dana tertutup 92,000.

— Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers