November 11, 2009

Harga saham Maxis ditawar lebih rendah

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Maxis Communications Bhd. (Maxis) hari ini menetapkan harga institusi dan runcit bagi tawaran awal permulaan (IPO), masing-masing pada paras RM5 dan RM4.75 sesaham.

Harga tersebut adalah lebih rendah daripada harga petunjuk IPO sebanyak RM5.20 sesaham.

Dengan harga IPO itu, Maxis bakal menjana dana sebanyak RM11.2 bilion.

''Institusi pelabur bumiputera, institusi terpilih dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan ditawarkan pada harga RM5 sesaham sementara pembahagian runcit pula RM4.75 sesaham.

''Harga RM4.75 bagi pelabur runcit mewakili diskaun sebanyak lima peratus berbanding harga pelabur institusi,'' menurut Maxis dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, modal pasaran bagi Maxis pada harga institusi dan pada nilai perusahaan, masing-masing akan menjadi RM37.5 bilion (AS$11 bilion) dan RM42.5 bilion (AS$12.5 bilion).

Pada akhir bulan lalu, Maxis melancarkan prospektus IPO dengan jumlah saham sebanyak 2.25 bilion, bersamaan dengan 30 peratus kepentingan syarikat.

Maxis berkata, IPO itu telah menarik tempahan melebihi RM26.5 bilion melalui pelbagai pembahagian.

Syarikat itu berkata, buku tawaran institusi (tidak termasuk tawaran kepada institusi terpilih dan institusi pelabur bumiputera yang diluluskan MITI) adalah diliputi sebanyak 3.7 kali atau bersamaan kepada RM19.3 bilion (AS$5.7 bilion) melibatkan 500 pelabur-pelabur global.

Saham-saham terakhir ditawarkan melalui proses buku tempahan di bawah tawaran institusi dijangka meraih RM5.3 bilion, yang mana AS$800 juta (RM2.6 bilion) akan diperoleh daripada pelabur institusi asing

Pembahagian MITI dan pelabur terpilih menarik dana melebihi RM5.2 bilion (AS$1.5 bilion) bagi kira-kira satu bilion saham.

Tambahnya, IPO itu telah menarik tempahan lebih RM26.5 bilion (AS$7.8 bilion) melalui pelbagai pembahagian dengan permintaan tinggi daripada pelabur tempatan dan asing, dengan 10 pelabur institusi baru dengan tempahan RM1.3 bilion dalam saham-saham Maxis termasuk dana-dana kekayaan berdaulat

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers