November 9, 2009

Bursa saham teruskan aliran menaik

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran menaik minggu depan dengan para pelabur mungkin memberi maklum balas positif kepada peningkatan keyakinan pengguna di celah-celah tanda pemulihan ekonomi global, kata para peniaga.

Mereka berkata, ini akan menyediakan pemangkin kepada petunjuk pasaran FBM KLCI bagi menambahkan lagi keuntungan dan berlegar antara paras 1,260 dan 1,270 untuk minggu berkenaan.

Seorang penganalisis berkata, para pelabur turut menantikan penyenaraian Maxis Bhd, yang dijangka dapat merangsangkan prestasi FBM KLCI.

Beliau berkata, para pelabur institusi dalam negara dan seberang laut sepatutnya mengambil peluang untuk mendapatkan pendedahan langsung daripada penyedia syarikat telekomunikasi yang berkecairan tinggi.

Beliau berkata, bursa tempatan minggu depan juga dijangka menjejaki prestasi serantau dan Wall Street untuk dijadikan petunjuk.

Berdasarkan kepada perbandingan Jumaat-Jumaat, FBM KLCI meningkat 18 mata kepada 1,260.76, Indeks FBM Emas naik 86 mata kepada 8,422.83, Indeks FBM Top 100 lebih tinggi 79 mata kepada 8,210.11, FBM70 bagaimanapun merosot 40 mata kepada 8,090.28 dan Indeks FBM ACE mengukuh 382 mata kepada 4,687.65.

Indeks Kewangan melonjak 241 mata kepada 10,776.29, Indeks Perladangan susut 29 mata kepada 6,058.91 dan Indeks Perindustrian menambah 32 mata kepada 2,699.87.

Jumlah dagangan untuk minggu ini meningkat kepada 6.577 bilion saham bernilai RM6.715 bilion daripada 4.585 bilion saham bernilai RM5.979 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 5.354 bilion saham bernilai RM6.339 bilion daripada Jumaat lepas sebanyak 3.807 bilion saham bernilai RM5.72 billion.

Jumlah dagangan waran panggilan bagaimanapun lebih rendah kepada 100.850 bilion saham bernilai RM19.928 juta daripada 115.661 juta saham bernilai RM25.167 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 1.009 bilion saham bernilai RM285.710 juta daripada 390.248 juta saham bernilai RM88.246 juta sebelumnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers