November 9, 2009

Pengurusan aset kewangan Islam terbaik?

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Sejak seratus tahun lalu, beberapa krisis ekonomi dunia telah tercetus termasuk dua yang paling terburuk pernah berlaku iaitu pada tahun 1930an dan terbaru yang kini dihadapi dunia.

Bermula dengan masalah kredit di Amerika Syarikat (AS) , ia telah merebak hingga ke setiap seluruh dunia.

Krisis kali ini bergerak bagaikan tsunami yang menjejaskan nilai aset mencecah AS$15 trilion (RM50.25 trilion).

Apakah faktor utama yang mendorong kepada kegagalan tersebut, adalah sistem kewangan konvensional gagal berfungsi dengan baik untuk mengelak sebarang krisis?

Berikutan keributan ini, adakah telah tiba masanya bagi sistem kewangan konvensional sekarang ditukar kepada sistem yang lebih telus dan boleh dipercayai?

Menurut Ketua Eksekutif CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn. Bhd., Datuk Noripah Kamso, industri pengurusan aset Islam mempunyai kelebihan dari segi kualiti, mudah dan selamat.

Katanya, krisis kewangan telah menyebabkan evolusi keutamaan jelas pelabur peruncitan dan institusi yang terletak pada integriti, kejujuran, ketelusan, pelaburan pada aset nyata dan pengurusan risiko yang betul.

Pengurusan aset Islam disokong prinsip-prinsip kewangan syariah yang menegaskan untuk memenuhi kehendak kewangan peserta dengan integriti serta adil dan jujur dalam pengagihan kekayaan.

Pengurusan aset Islam adalah berdasarkan pelaburan berasaskan nilai, selain itu ia juga adalah mudah dan telus dengan penerbit tidak digalakkan menggunakan modal dengan cara tidak cekap bagi mengelakkan hutang.

Selain itu, ia juga adalah selamat kerana perlu memenuhi etika dengan tambahan pengurusan risiko bagi mengelakkan pengurusan modal yang tidak produktif.

Pelanggan yang menggunakan pengurusan aset Islam juga hanya melabur dalam sekuriti Islam yang telah terlebih dahulu diluluskan oleh syariah.

Dalam melangkah ke hadapan pengurusan aset Islam akan memberikan penekanan terhadap perkhidmatan dengan fokus utama kepada keperluan pelanggan, menjual produk yang bersesuaian, memberi maklumat tepat serta melindungi kepentingan pelanggan.

Banyak kelebihan positif yang diberikan oleh pengurusan aset Islam membolehkan ia menjadi salah satu daripada alternatif bagi sistem kewangan sedia ada pada masa hadapan

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers