October 17, 2009

Promosi aktiviti kewangan Islam

Manama 16 Okt. - Selaras dengan usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat Islam, para pelabur digalakkan untuk menggunakan negara ini sebagai gerbang bagi pelaburan dan pangkalan bagi aktiviti kewangan.

"Marilah mempromosikan kewangan Islam di dalam pasaran antarabangsa dan saling menerima produk kewangan satu sama lain sambil memasarkannya bersama-sama," kata Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah dalam satu temu bual di sini.

Katanya, Malaysia secara amnya adalah satu tempat mesra perniagaan dan terdapat banyak dasar yang menarik bagi pelabur asing yang ingin melabur di Malaysia.

Raja Dr. Nazrin Shah, yang juga duta kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC), mengetuai satu delegasi penerangan bergerak yang terdiri daripada para pengawal atur dan peserta industri ke Qatar dan Bahrain dari 10 hingga 15 Oktober.

Katanya, kewangan Islam bermula di Malaysia pada 1983, dengan penubuhan bank Islam yang pertama di negara itu dan di dalam tahun 1990-an, bank-bank telah dijemput untuk membuka tetingkap di dalam sistem masing-masing untuk memulakan dagangan produk Islam.

Beliau berkata, inisiatif MIFC ditubuhkan pada 2006 untuk menjadikan Malaysia sebagai satu pusat kewangan Islam dan untuk mengintegrasikan negara ini di dalam komuniti kewangan Islam.

"Kita (Malaysia) kini mempunyai satu pasaran modal Islam dan merupakan pengeluar terbesar Sukuk (bon Islam).

"Saya rasa 60 peratus daripada Sukuk berasal dari Malaysia. Kita mempunyai insurans Islam, insurans semula dan pengurusan aset, yang dibangunkan sejak beberapa tahun lepas," katanya.

Menurut Raja Dr Nazrin Shah, sambil prinsip kewangan Islam merupakan satu kewangan yang baik, ia secara asasnya melarang pengambilan risiko dan aktiviti spekulasi secara berlebihan.

Katanya, orang bukan Islam juga mulai menggunakan produk Islam, terutama sekali di Malaysia.

"Saya rasa kita telah banyak berkembang dan Malaysia adalah satu pusat kewangan Islam," katanya, semasa ditanya sejauh mana sudah dicapai oleh Malaysia sebagai pangkalan kewangan Islam antarabangsa.

Beliau berkata, wujud keperluan yang lebih luas dilakukan kerjasama dan dialog untuk menggalakkan kewangan Islam di pasaran antarabangsa.

"Ini merupakan tonggak asas yang perlu dipertimbangkan secara berterusan bagi menggalakkan kewangan Islam.

"Pada 1997, Malaysia mengalami krisis kewangan dan itu menyedarkan kita.

"Sejak 1997, kita telah mengukuhkan sistem kewangan kita sambil menyediakan kawal atur dan pemantauan yang kukuh, bagi memastikan tadbir urus korporat dan amalan terbaik yang lebih meluas.

"Disebabkan pembaharuan ini, ia menempatkan kita pada keadaan yang baik untuk menangani krisis ekonomi sekarang ini" katanya.

Malaysia, katanya, seperti banyak negara lain, telah menerima kesan krisis ekonomi itu.

"Secara asasnya, berlaku penguncupan permintaan bagi eksport kita. Tetapi sistem kewangan kita kekal kukuh kerana bank kita cukup modal," katanya.

Raja Dr Nazrin Shah berkata, Malaysia merupakan satu ekonomi terbuka dan pertumbuihannya dijana oleh eksport.

Dalam keadaan sekarang, katanya permintaan di dalam ekonomi maju dan Eropah adalah rendah dan ia kemungkinan memakan masa yang lama bagi mereka untuk pulih dari krisis itu.

Negara seperti Malaysia, yang secara tradisinya bergantung kepada eksport, kini perlu mencari pasaran alternatif di Asia Tenggara dan merangsang permintaan domestik. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers