October 26, 2009

Apakah makna Bajet 2010 kepada anda?

JUTAAN ringgit yang menjadi persoalan telah terjawab - kerajaan tidak membuat sebarang pengumuman mengenai pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Bajet 2010.

Sebelum kita boleh menarik sedikit kelegaan, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu menyatakan kerajaan sedang dalam peringkat akhir menyiapkan kajian mengenai pelaksanaan dan implikasi GST kepada rakyat.

Bagaimanapun, Najib pernah menyuarakan sekiranya kerajaan melaksanakan GST, kadar cukai yang bakal dikenakan akan lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan semasa, yang bakal diambil alih GST dan pengecualian kepada kumpulan berpendapatan rendah. Ini bertujuan untuk memastikan cukai baru tidak akan membebankan rakyat.

Meneruskan agenda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar, kerajaan telah mencadangkan pelbagai pendekatan bagi meningkatkan keselesaan rakyat.

Pendekatan yang diambil termasuk pengurangan kadar maksimum cukai pendapatan individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus pada 2010. Langkah itu memberi kelebihan kepada mereka yang memperoleh pendapatan melebihi RM100,000. Adalah menjadi harapan agar kerajaan dapat mengurangkan cukai yang sama bagi individu yang memperoleh pendapatan yang kurang daripada jumlah tersebut.

Bagaimanapun Bajet 2010 memberi kelegaan apabila pelepasan cukai peribadi dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM9,000 berkuat kuasa 2010. Sekali lagi kumpulan berpendapatan rendah bebas daripada pembayaran cukai ini.

Peningkatan dalam pelepasan cukai peribadi sebanyak RM6,000 yang disumbangkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan premium insurans nyawa kepada RM7,000.

Pertambahan pelepasan sebanyak RM1,000 yang diberi dalam skim pembayaran premium anuiti kepada syarikat-syarikat insurans, sama ada pembayaran bermula 1 Januari 2010 atau pembayaran tambahan premium bagi skim anuiti sedia ada mulai 1 Januari 2010.

Pelepasan cukai bagi langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun.

Usaha meningkatkan kemahiran modal insan masih menjadi agenda utama kerajaan pada Bajet 2010.

Strategi kerajaan untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pelbagai inisiatif yang diumumkan bakal memberi faedah kepada rakyat dari generasi muda hingga yang matang. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah:

*Peruntukan sebanyak RM48 juta untuk mengubah kemudahan dan kurikulum pra-sekolah.

*RM32 juta untuk meningkatkan kadar literasi dan numerasi bagi murid-murid Tahun 1.

*RM20 juta untuk meningkatkan prestasi sekolah tinggi dan memperluaskan kualiti pendidikan dan geran autonomi kepada pengurusan sekolah bagi melahirkan para pelajar cemerlang.

*Anugerah monetari dan bukan monetari bagi pengetua, guru besar dan kumpulan pengurusan sekolah yang memenuhi sasaran prestasi.

Kerajaan juga mencadangkan pelbagai pendekatan untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan meningkatkan lebihan pendapatan boleh guna bagi pembayar cukai individu tertentu.

Pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan langkah-langkah yang meningkatkan beban cukai.

*Cukai pendapatan hartanah kembali lagi. Cukai itu pernah dihapuskan kini cukai itu akan diperkenalkan semula.

Bagaimanapun, pelupusan sehingga RM10,000, atau 10 peratus, bagi keuntungan (atau mana yang lebih besar) diberikan kepada individu.

Cukai terhadap pemberian hadiah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, datuk dan cucu dan pelupusan hartanah kediaman buat kali pertama oleh rakyat Malaysia atau pemastautin tetap juga dihapuskan.

Cukai perkhidmatan ke atas kad kredit dan kad caj juga dikembalikan semula selepas dihapuskan sejak 1 April 2001. Cukai perkhidmatan dicadangkan sebanyak RM50 bagi kad utama dan RM25 setahun bagi kad tambahan.

Apa yang boleh diperkatakan Bajet 2010 bersesuaian dengan persekitaran ekonomi. Diharapkan tema Bajet 2010 boleh dicapai, yang mana untuk kesejahteraan 1Malaysia.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers