Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berharap Bajet 2010 akan menampilkan perbezaan ketara berbanding bajet yang pernah dibentangkan sebelum ini kerana tahap pembangunan negara kini sudah memasuki dimensi yang berbeza.
Beliau berkata, kandungan bajet 2010 perlu relevan dengan situasi semasa yang mana Malaysia kini sudah jauh membangun berbanding beberapa tahun sebelumnya.
"Sebagai contoh, pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor yang berintensifkan buruh tidak akan membantu kita. Maka, saya harap kerajaan akan mencari alternatif lain yang boleh menarik kemasukan FDI yang boleh memberi manfaat kepada negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Persekutuan Insurans dan Insurans Semula AFRO-Asian (FAIR) ke-21 di Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Ditanya sama ada Malaysia memerlukan lagi pakej rangsangan ekonomi, Dr. Mahathir berkata, kerajaan perlu mengkaji pakej rangsangan yang sedia ada sebelum memperkenalkan pakej rangsangan yang seterusnya.
"Sebelum sesuatu keputusan dibuat, perlu ada penilaian audit terlebih dulu terhadap pakej rangsangan sedia ada," katanya.
FAIR yang ditubuhkan pada September 1964 bertujuan mempromosikan kerjasama antara syarikat insurans dan insurans semula di Afrika dan Asia melalui pertukaran maklumat secara berterusan, kepakaran dan pembangunan perhubungan perniagaan.
Persidangan FAIR ke-21 yang berlangsung sejak Isnin lalu dan akan berakhir hari ini dianjurkan oleh Malaysia Reinsurance Bhd (Malaysian Re) dan syarikat sekutunya, Labuan Reinsurance (L) Ltd (Labuan Re).
Ia dianggap persidangan yang amat penting bagi industri insurans negara Afrika dan Asia kerana menyediakan platform terbaik bagi delegasi berdiskusi dan menyelesaikan permasalahan dan juga cabaran.
Persidangan dua tahun sekali itu itu adalah satu daripada persidangan insurans terbesar di rantau ini dan menumpu kepada isu yang berkaitan dengan industri dan kali pertama Malaysia menganjurkannya ialah pada tahun 1993.
October 23, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com