October 23, 2009

Bursa bercampur-campur di akhir dagangan

KUALA LUMPUR 22 Okt - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan kebanyakan pelabur menjauhi pasaran sebelum pengumuman Bajet 2010 esok, kata peniaga.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI)ditutup pada 1,260.02, susut 0.04 mata atau 0.003 peratus.Ia dibuka 0.66 mata lebih rendah pada 1,259.4 pagi ini, dan bergerak antara 1,257.17 dan 1,263.02 di sepanjang sesi dagangan hari ini.

Ketua penyelidik Jupiter Securities, Pong Teng Siew, berkata pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang pengumuman Bajet.

Pada penutup hari ini, Indeks FBM Emas meningkat 7.07 mata kepada 8,478.71, FBM Top 100 meningkat 3.07 mata kepada 8,260, FBM 70 bertambah 16.22 mata kepada 8,356.76 dan Indeks FBM ACE meningkat 10.71 mata kepada 4,358.99.Indeks Kewangan meningkat 25.021 mata kepada 10,737.04, Indeks Perladangan jatuh 1.95 mata kepada 6,179.05 tetapi Indeks Perusahaan meningkat 5.7 mata kepada 2,675.32.

Sentimen pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 343 berbanding 321 sementara 273 kaunter tidak berubah dan 359 tidak didangangkan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 761.112 juta saham bernilai RM1.162 bilion daripada 926.199 juta saham bernilai RM1.271 bilion semalam.

Saham paling aktif adalah KNM ditutup 85 sen naik 1.5 sen, Kinsteel naik tujuh sen kepada RM1.02 sementara TA Enterprise naik satu sen kepada RM1.46 dan Notion Vtec meningkat setengah sen kepada 50.5 sen.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 761.112 juta saham bernilai RM1.162 bilion daripada 849.22 juta saham bernilai RM1.253 juta semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 48.992 juta saham bernilai RM10.691 juta berbanding 52.136 juta saham bernilai RM10.725 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan waran susut kepada 20.409 juta saham bernilai RM4.769 juta daripada 20.781 juta saham bernilai RM5.234 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 40.760 juta saham yang didagangkan pada Pasaran Utama, barangan perusahaan 208.404 juta, pembinaan 30.644 juta, perdagangan dan perkhidmatan 184.012 juta, teknologi 48.27 juta, infrastruktur 17.784 juta, kewangan 63.448 juta, hotel 2.460 juta, harta 60.846 juta, perladangan 13.191 juta, perlombongan 75,000, REITs 3.011, dan dana tertutup 27,000.- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers