October 27, 2009

Bursa rendah di akhir dagangan

KUALA LUMPUR 26 Okt - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup hari ini rendah sedikit apabila ia gagal melanjutkan kenaikan yang dicatat dari minggu lepas apabila para pelabur menerima petunjuk prestasi lemah Wall Street pada Jumaat lepas, kata para peniaga.

Bajet 2010 yang diumumkan Jumaat lepas masih belum memberikan kesan kepada bursa tempatan yang lebih dipengaruhi oleh keputusan korporat yang lebih rendah di Amerika Syarikat, yang menurunkan sedikit kejatuhan di bursa itu.

Semasa ditutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) turun 7.18 mata atau 0.567 peratus kepada 1,259.92, dengan kebanyakan kerugian dilihat pada kaunter Axiata Group dan Genting.

Sebelum itu, FBM KLCI dibuka meningkat 0.33 mata kepada 1,267.43 berbanding 1,267.10 semasa penutup pada Jumaat.Sepanjang dagangan hari ini, FBM KLCI bergerak antara 1,259.92 dan 1,267.43.

Indeks FBM Emas turun 59.79 mata kepada 8,455.79, FBM Top 100 turun 54.22 mata kepada 8,248.33, FBM 70 turun 83.301 mata kepada 8,301.43 dan Indeks FBM ACE merosot 9.12 mata kepada 4,332.75.Indeks Kewangan rugi 73.97 mata kepada 10,717.79, Indeks Perladangan rugi 31.64 mata kepada 6,174.85 dan Indeks Perusahaan turun 6.07 mata kepada 2,695.61.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 497 kepada 195 manakala 192 kaunter tidak berubah dan 387 tidak diniagakan.

Perolehan keseluruhan merosot kepada 699.046 juta saham bernilai RM941.415 juta daripada 786.978 juta saham bernilai RM1.184 bilion Jumaat lepas.

Perolehan Pasaran Utama turun kepada 611.199 juta saham bernilai RM917.001 juta daripada jumlah dagangan Jumaat lepas sebanyak 688.301 juta saham bernilai RM1.158 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 56.213 juta saham bernilai RM11.945 juta saham daripada 56.571 juta saham bernilai RM10.923 juta sebelum itu.

Perolehan bagi waran merosot kepada 10.554 juta saham bernilai RM2.589 juta berbanding 27.47 juta saham bernilai RM7.278 juta Jumaat lepas.

Antara kaunter aktif, Green Packet Bhd-waran meningkat 8.0 sen kepada 51 sen, Metronic Global turun 0.5 sen kepada 9.5 sen manakala GHL Systems menokok 9.5 sen kepada 44 sen.

Produk pengguna mencatatkan 37.385 juta saham ddiniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 139.587 juta, pembinaan 43.351 juta, perdagangan dan perkhidmatan 157.795 juta, teknologi 98.766 juta, prasaran 12.177 juta, kewangan 47.751 juta, hotel 822,700, hartanah 62.283 juta, perladangan 9.534 juta, perlombongan tiada, REIT 1.725 dan dana tertutup 21,500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers