October 17, 2009

Bursa Malaysia untung RM30.8j

Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my

KEUNTUNGAN bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 52 peratus dalam tempoh suku ketiga yang berakhir 30 September lalu disokong oleh pasaran sekuriti serta derivatif yang lebih aktif.

Pengendali bursa saham tempatan itu meraih keuntungan bersih RM30.8 juta dalam tempoh berkenaan berbanding RM20.2 juta pada suku sama tahun lalu.

Ia diraih daripada pendapatan RM79.1 juta, meningkat 19 peratus daripada RM66.6 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan tahun ini, ia mencatatkan keuntungan bersih terkumpul RM81.3 juta, merosot 11 peratus berbanding RM90.9 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff dalam kenyataan mengumumkan keputusan itu berkata, berdasarkan kepada keputusan kewangan suku ketiga itu pihaknya yakin Bursa Malaysia berada dalam kedudukan kukuh untuk mencatatkan pertumbuhan dalam tempoh sederhana dan panjang.

“Walaupun tinjauan pasaran terus mencabar, kami optimis prestasi Bursa Malaysia bagi suku terakhir akan kekal positif berdasarkan kepada minat pelabur yang semakin meningkat kebelakangan ini,” katanya.

Yusli berkata, prestasi kukuh yang dicatatkan Bursa Malaysia itu turut diperoleh hasil usaha syarikat itu mempermudahkan proses untuk diakses di kalangan pelabur asing di pasaran global.

“Perancangan untuk melancarkan inisiatif utama lain, seperti platform sekuriti kepelbagaian mata wang turut mengikut jadual,” jelasnya.

Yusli berkata, prestasi pasaran sekuriti turut mencerminkan sentimen pelabur yang kian kukuh seperti yang dicatatkan pada suku ketiga apabila nilai dagangan purata harian meningkat kepada RM1.38 bilion daripada RM890 juta di dalam tempoh yang sama sebelum ini.

Katanya, halaju urus niaga dalam tempoh yang dikaji turut bertambah baik, meningkat kepada 36 peratus berbanding 25 peratus pada suku ketiga tahun lalu.

“Berikutan itu, pendapatan daripada urus niaga pasaran sekuriti meningkat dengan ketara iaitu sebanyak 46 peratus kepada RM38 juta berbanding RM26.1 juta pada suku ketiga tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, dari segi bilangan kontrak yang didagangkan, pasaran derivatif, pada suku ketiga tahun ini, hanya mengalami penurunan 5.0 peratus kepada 1.51 juta berbanding 1.59 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers