October 17, 2009

FBI KLCI terus catat rekod baru

KUALA LUMPUR 16 Okt - Harga saham di Bursa Malaysia, yang mengelak fasa penstabilan yang lebih lama, mencatatkan paras tinggi baharu setakat ini tahun ini, pada penutup hari ini.

Peniaga berkata belian susulan lewat yang kukuh bagi saham berwajaran tinggi utama dan saham berharga rendah, meningkatkan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) sebanyak 9.91 mata atau 0.80 peratus lebih tinggi untuk ditutup pada 1,256.77.

Pada penutup hari ini, Indeks FBM Emas Index meningkat 65.79 mata kepada to 8,459.86, FBM Top 100 menokok 66.34 mata kepada 8,242.38, FBM 70 menambah 72.34 mata kepada 8,353.34 manakala Indeks FBM ACE meningkat 47.46 mata kepada 4,311.18.

Indeks Kewangan menokok 87.74 mata kepada 10,613.87, Indeks Perladangan menambah 53.18 mata kepada 6,128.19 dan Indeks Perusahaan meningkat 12.10 mata kepada 2,678.85.

Kedudukan pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 481 berbanding 239 manakala 238 kaunter tidak berubah dan 314 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan bagaimanapun berkurangan kepada 1.147 bilion saham bernilai RM1.217 bilion berbanding 1.366 bilion saham bernilai RM1.472 bilion semalam.

Mendahului senarai kaunter paling aktif ialah DBE Gurney Resources, yang juga kaunter paling untung, meningkat 21.5 sen kepada 42.5 sen. Pada sesi dagangan hari ini, saham itu bergerak antara 21 sen dan 44 sen, dengan 712,486 lot bertukar tangan.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.032 bilion saham bernilai RM1.194 bilion berbanding 1.144 bilion saham bernilai RM1.437 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE juga berkurangan kepada 92.466 juta saham bernilai RM16.006 juta berbanding 184.382 juta saham bernilai RM23.849 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan bagi waran turun kepada 17.151 juta saham bernilai RM4.545 juta berbanding 33.407 juta saham bernilai RM8.871 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 154.566 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 284.140 juta, pembinaan 29.368 juta, perdagangan dan perkhidmatan 243.535 juta, teknologi 91.628 juta, infrastruktur 27.642 juta, kewangan 71.004 juta, hotel 4.578 juta, hartanah 108.721 juta, perladangan 16.351 juta, perlombongan tiada, REIT 596,300 dan dana tertutup 231,500.

- BernamaE

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers