Labur Sekarang - Saranan TPM Ambil Kesempatan Semasa Ekonomi Posotif
PUTRAJAYA 26 Mac – Pelabur kecil disaran mengambil kesempatan daripada keadaan ekonomi yang baik sekarang untuk melabur dalam unit-unit amanah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, unit amanah merupakan pelaburan berisiko minimum dan mampu memberi tambahan pulangan dalam keadaan ekonomi yang berkembang dengan terlaksananya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
‘‘Dengan prospek ekonomi yang positif, jadi pada masa ini amat baik bagi kita melabur dalam unit amanah.
‘‘Saya tidak kata main saham di pasaran, ini adalah keputusan individu tetapi kalau kita pemain kecil adalah lebih baik kita melabur dalam amanah saham,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) 2007 di sini hari ini.
Hadir sama ialah Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden serta Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Menurut Najib, kedudukan ekonomi negara adalah stabil dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini dijangka terus kukuh pada tahap enam peratus manakala kadar inflasi akan dibendung pada tahap lebih rendah tahun ini.
‘‘Semua ini jelas menunjukkan keadaan yang mantap dan keyakinan yang tinggi terhadap ekonomi negara.
‘‘Kesempatan sebegini patutlah direbut oleh pelabur untuk mengatur perancangan kewangan yang sebaik-baiknya supaya tidak ketinggalan dalam merebut pulangan pelaburan yang dijangka menjadi lebih bermakna dalam keadaan ekonomi seperti sekarang,” kata beliau.
Dalam pada itu, Najib berkata, PNB berjaya meraih keyakinan yang tinggi di kalangan pelabur dan ia terbukti apabila jumlah pemegang akaun yang mencecah 8.5 juta dengan jumlah unit dalam pengurusan sebanyak 64 bilion unit.
Ini bermakna, kata beliau, lebih dari satu pertiga rakyat negara ini telah menjadi pelanggan saham PNB.
‘‘Tidak dinafikan ia adalah satu pencapaian yang kita boleh banggakan, namun hakikatnya PNB boleh dan mesti lakukan sesuatu yang lebih baik supaya nilai pegangannya dalam pasaran unit amanah terus dipertingkatkan,” katanya.
Beliau menjelaskan, perkara tersebut menjadi satu cabaran bagi PNB kerana berdasarkan Laporan Suruhanjaya Sekuriti 2006 menyebut bahawa unit amanah merupakan segmen yang paling pantas berkembang dalam pasaran modal negara.
Bagi tahun lalu, kata Najib, jumlah unit amanah yang diluluskan bertambah sebanyak 22.4 peratus dengan nilai aset bersih meningkat kepada RM121.8 bilion iaitu 23.6 peratus.
Namun, katanya, ia hanya merupakan 14.4 peratus daripada nilai pasaran modal di Bursa Malaysia.
‘‘Jadi saya percaya terdapat banyak peluang bagi PNB untuk mengembangkan lagi produknya di samping terus aktif dalam usaha pendidikan seumpama ini sekali gus menyediakan kesinambungan masyarakat yang celik pelaburan,” katanya.
Ditanya mengenai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Machap, Melaka, Najib berkata, cadangan calon berkenaan akan dibawa oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.
‘‘Dia akan bincang dan akan bawa nama (calon), saya ingat tidak lama lagi kerana 3 April sudah hari penamaan calon,” katanya.
December 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com
No comments:
Post a Comment