October 19, 2009

Purata dagangan meningkat

BURSA Malaysia meneruskan kenaikannya untuk tempoh dua minggu berturut-turut minggu lalu dengan penanda aras saham mewah Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat ke paras tertinggi baru 16 bulan.

Prestasi menggalakkan itu sekali lagi didorong jangkaan perangkaan ekonomi yang menjadi isyarat pemulihan ketika Indeks Purata Perindustrian Amerika Syarikat (AS) Dow Jones (DJIA) melepasi paras 10,000 mata.

Minggu lalu, FBM KLCI naik 22.95 mata atau 1.86 peratus untuk ditutup pada 1,256.77, didorong kenaikan saham Maybank (naik 21 sen), Tenaga (naik 26 sen), IOI Corp (naik 16 sen), Sime Darby (naik 15 sen) dan Public Bank (naik 18 sen).

Purata dagangan harian dan nilainya masing-masing meningkat kepada 1.069 bilion saham bernilai RM1.235 bilion, berbanding 721.9 juta saham dan RM1.18 bilion minggu sebelumnya.

Purata dagangan harian itu adalah yang tertinggi dalam tempoh 11 minggu.

Seperti dijangkakan, minggu lalu FBM KLCI cuba mencatatkan paras tertinggi baru didorong keyakinan di pasaran luar, khususnya AS yang memulakan dagangan minggu lalu dengan baik.

Ini berikutan keputusan luar jangkaan pendapatan JP Morgan dan Intel selain kejatuhan sektor jualan runcit lebih kecil daripada jangkaan.

Sementara pergerakan pasaran AS merosot daripada paras tertinggi tahunan untuk mengakhiri dagangan minggu lalu pada paras lemah berikutan prestasi kewangan Goldman Sachs dan General Electric yang tidak menggalakkan, pasaran tempatan sebaliknya bergerak sebaliknya untuk menutup dagangan minggu lalu pada paras yang tinggi.

Ini adalah keyakinan positif terhadap reformasi politik dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam langkah beraninya menjayakan konsep 1Malaysia pada perhimpunan Umno minggu lalu.

Minggu ini penting kerana selain pengumuman data ekonomi seperti Indeks Harga Pengguna dan rizab tukaran asing yang masing-masing akan diumum pada Rabu dan Khamis, Bajet 2010 akan dibentang pada Jumaat.

Memandangkan tidak lagi menjadi rahsia bahawa kerajaan akan cuba untuk mengawal sebaiknya kadar defisit Bajet 2010, pasaran tidak meletakkan harapan yang tinggi.

Peruntukan keseluruhan Bajet 2010 dijangkakan sekitar RM177.3 bilion, 14.7 peratus lebih rendah daripada tahun lalu sebanyak RM207.9 bilion, dan defisit dijangkakan pada 4.7 peratus berbanding 7.4 peratus tahun ini.

Bajet 2010 juga mungkin mencerminkan model ekonomi baru yang akan diumumkan butirannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh pada Jun tahun depan.

Kerajaan mungkin mengekalkan semua langkah diumumkan tahun lalu seperti memperluaskan jaringan keselamatan sosial, pencen minimum yang tinggi, elaun bulanan untuk golongan kurang upaya yang lebih banyak, bil elektrik percuma bagi bil bulanan bawah RM20 dan bonus satu bulan kepada kakitangan awam.

Cukai barang terlarang mungkin ‘menjadi mangsa’ apabila kerajaan cuba memperluaskan asas hasilnya manakala sektor pembinaan, pengguna dan hartanah mungkin mendapat manfaat daripada insentif kerajaan.

Dari segi prestasi indeks utama, FBM KLCI ketika ini berada dalam kedudukan terlebih beli.

Ketika ini indeks penanda aras itu mengukuhkan asasnya untuk cuba mencapai sasaran 1,370 mata pada 2010, kemungkinan dalam separuh pertama tahun depan.

Justeru, pelabur dinasihatkan memastikan opsyen yang terbuka dan cuba untuk mengumpulkan saham mewah dan saham murah yang mempunyai asas kukuh selain saham modal sederhana.

Pasaran tempatan minggu ini juga dijangka menerima kejutan daripada pasaran AS jika semua perangkaan perumahan yang akan diumumkan minggu ini, melebihi jangkaan.

Paras rintangan ketara dijangka pada 1,271 diikuti 1,306 mata, manakala dari segi aliran kenaikan pula, paras rintangan ketara dijangkakan pada 1,235, diikuti 1,228 mata.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers