October 1, 2009

Harga saham ditutup lebih rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup terlalu rendah semalam berikutan aktiviti pengambilan untung bagi saham mewah dan saham berharga murah.

Peniaga berkata, ia terutama disebabkan kejatuhan dalam saham Amerika Syarikat (AS) selepas data terbaru menunjukkan keyakinan pengguna negara itu menurun tanpa dijangka pada Disember.

Pada penutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) merosot 6.13 mata kepada 1,202.08 meskipun dibuka 0.09 mata lebih tinggi pada 1,208.3.

Penganalisis SJ Securities, Phua Kwee Hock berkata pasaran masih lagi berada dalam mode pembetulan dan dijangka kekal lesu menjelang pengumuman data pengangguran AS, esok.

Bagaimanapun, sentimen positif politik tempatan mungkin membantu merangsangkan pasaran saham.

“Nampaknya ia seperti Barisan Nasional yang sedang berada dalam gelombang populariti di pilihan raya kecil Bagan Pinang, dan ia bagus untuk sentimen pasaran,” kata Phua.

Beliau menjangkakan yang paras sokongan FBM KLCI sekitar 1,197-1,193 sementara halangan pada 1,206. Pasaran tidak sepatutnya turun lebih rendah daripada paras 1,184 mata.

Indeks FBMEmas merosot 39.85 mata kepada 8,097.87, Indeks FBM Top 100 susut 36.77 mata kepada 7,890.77, Indeks FBM70 lebih rendah 23.85 mata kepada 8,025.1 dan Indeks FBM ACE turun 2.77 mata kepada 4,067.67.

Indeks Teknologi berkurangan 0.12 mata kepada 16.24, Indeks Kewangan menyusut 28.63 mata kepada 9,945.48, Indeks Perladangan lega 20.09 mata kepada 5,890.04 dan Indeks Perusahaan susut 21.31 mata kepada 2,627.11.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 466 kepada 197 sementara 213 kaunter tidak berubah dan 382 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 695.254 juta saham bernilai RM1.051 bilion daripada 594.587 juta saham bernilai RM720.739 juta, kelmarin.

Mendahului saham rugi termasuklah British American Tobacco yang merosot 90 sen kepada RM44.04, PPB turun 54 sen kepada RM15.40 dan Nestle susut 30 sen kepada RM34.50.

Saham aktif pula, TA Enterprise berkurangan enam sen kepada RM1.42, KNM lega 1.5 sen kepada 74.5 sen dan HLSCorp lebih rendah tujuh sen kepada 32.5 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby dan Maybank turun tiga sen kepada RM8.50 dan RM6.65 sementara CIMB Group dan Axiata, kedua-duanya kehilangan empat sen kepada RM11.10 dan RM3.10.

Tenaga Nasional lebih rendah dua sen kepada RM8.19 dan Genting susut 10 sen kepada RM6.86.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan melonjak kepada 608.14 juta saham bernilai RM1.028 bilion daripada 527.654 juta saham bernilai RM705.882 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di pasaran ACE mengukuh kepada 46.1 juta saham bernilai RM7.706 juta daripada 43.906 juta saham bernilai RM8.038 juta, kelmarin.

Waran pula lebih tinggi kepada 18.189 juta unit bernilai RM4.049 juta daripada 16.615 juta unit bernilai RM3.918 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 64.633 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 159.544 juta, pembinaan 37.102 juta, urus niaga dan perkhidmatan 183.805 juta, teknologi 17.35 juta, infrastruktur 13.198 juta, kewangan 67.793 juta, perhotelan 702,200, hartanah 49.717 juta, perladangan 12.944 juta, perlombongan sifar, REIT 1.306 juta dan dana tertutup 43,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers