October 7, 2009

Ekuiti perbankan jadi tumpuan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam dengan saham perbankan dan bermodal kecil menarik minat pelabur.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) jatuh 3.73 mata untuk ditutup pada 1,212.73, ditarik turun oleh kerugian KL Kepong.

Indeks itu dibuka 0.27 mata lebih rendah pada 1,216.18 di sebelah pagi.

Indeks FBM Emas susut 19.25 mata kepada 8,134.40, FBM Top 100 jatuh 22.90 mata kepada 7,934.34, FBM 70 turun 17.45 mata kepada 7,965.49 dan Indeks FBM ACE rugi 21.05 mata kepada 4,081.14.

Indeks Kewangan melonjak 27.020 mata kepada 10,043.14 dan Indeks Perusahaan menokok 5.83 mata kepada 2,635.60.

Indeks Perladangan, bagaimanapun turun 251.17 mata kepada 5,865.31 Saham untung mengatasi rugi pada 324 berbanding 292 manakala 245 kaunter tidak berubah dan 428 tidak didagangkan.

Jumlah dagangan naik kepada 641.769 juta saham bernilai RM1.086 bilion daripada 572.407 juta saham bernilai RM969.874 juta, kelmarin.

Kelmarin, KL Kepong naik 24 peratus untuk ditutup pada RM17, susut 80 sen daripada paras hadnya disebabkan oleh pesanan padanan dimuktamadkan pada fasa pra penutup semalam.

Disebabkan oleh pelarasan pasaran, syarikat perladangan itu mengakhiri sesi semalam dengan ditutup pada RM13.70, turun RM3.30, yang menyumbang kira-kira 7.851 mata kepada kepada penurunan dalam FBM KLCI.

“Tanpa pelarasan pada saham KL Kepong, FBM KLCI sepatutnya ditutup lebih tinggi setelah sentimen pasaran secara keseluruhan bertambah baik berikutan data ekonomi positif muncul dari AS,” kata seorang peniaga.

KNM Group, kaunter paling aktif, naik satu sen untuk ditutup pada 77 sen dengan 40.088 juta saham didagangkan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, KNM berkata anak syarikatnya telah menerima RM155 juta pesanan daripada pelanggan antarabangsa.

Janji niaga itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2009 dan 31 Disember 2010, katanya.

SAAG Consolidated menokok setengah sen kepada 21 sen, IJM Corp-Warrants naik 5.5 sen kepada 59 sen, Axiata turun lapan sen kepada RM3.07 dan TA Enterprise jatuh lima sen kepada RM1.36.

Antara saham wajaran tinggi, Sime Darby naik satu sen kepada RM8.57, Maybank menokok enam sen kepada RM6.71 manakala CIMB Group kekal pada RM11.50, Tenaga Nasional menokok satu sen kepada RM8.21 dan IOI Corp tidak berubah pada RM5.17.

Jumlah dagangan pasaran utama meningkat kepada 559.144 juta saham bernilai RM1.068 bilion daripada 458.291 juta saham bernilai RM969.830 juta, kelmarin.

Jumlah dagangan bagi pasaran ACE pula susut kepada 52.168 juta unit bernilai RM10.709 juta daripada 92.296 juta unit bernilai RM22.800 juta, kelmarin.

Waran naik kepada 23.456 juta saham bernilai RM4.686 juta daripada 18.361 juta saham bernilai RM4.472 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 31.307 juta saham yang didagangkan di pasaran utama, barangan perusahaan 127.873 juta, pembinaan 57.360 juta, dagangan dan perkhidmatan 177.486 juta, teknologi 29.965 juta, infrastruktur 10.713 juta, kewangan 60.079 juta, hotel 958,200, hartanah 46.938 juta, peladangan 15.003 juta, perlombongan tiada, REIT 1.453 juta dan tertutup/dana 6,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers