KUALA LUMPUR 30 Sept. - Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) tidak bersetuju dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya penggantungan terhadap pelaburan langsung asing (FDI) dihentikan untuk mencapai Wawasan 2020.
Pengerusinya, Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata, di dalam suasana ekonomi semasa, kebergantungan FDI masih diperlukan lebih-lebih lagi ketika Malaysia mengamalkan industri berasaskan buruh.
Katanya, jika negara mahu mengurangkan FDI, kerajaan perlu menukar konsep industri yang berasaskan buruh kepada industri berkemahiran tinggi yang boleh meningkatkan mutu sumber tenaga tempatan.
"Pada dasarnya cadangan Dr. Mahathir amat bagus tetapi daripada sudut lain, ia tidak memberikan kesan yang baik kepada ekonomi tempatan khasnya,"
"Tiga perkara perlu dipertimbangkan iaitu sumber teknologi, sumber pasaran dan sumber tenaga jika FDI dikurangkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Dr. Mahathir yang mahukan Malaysia menjadi sebuah negara berkos tinggi atau sederhana seperti Jepun dan Korea Selatan dengan meningkatkan gaji pekerja serta membangunkan syarikat-syarikat multinasional tempatan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, keadaan dunia telah berubah dan sudah tiba masanya untuk berhenti bergantung kepada strategi lama iaitu kepada FDI walaupun ia telah memberi manfaat yang baik sebelum ini.
Katanya, kerajaan sepatutnya menimbangkan untuk membangunkan syarikat-syarikat multinasional tempatan dengan memberikan pinjaman pada kadar faedah rendah dan mempercepatkan pengeluaran lesen yang akan memberi dua pendapatan baru kepada negara.
Menurut Sulaiman, bagi meneruskan daya saing yang tinggi, kerajaan perlu memberi peluang kepada pelaburan tempatan selain lebih selektif di dalam membenarkan pelaburan asing bertapak di negara ini.
"Jika kerajaan lebih selektif atau menumpukan kepada teknologi tinggi ia akan memberi kesan positif kepada kadar kebergantungan sumber manusia tempatan," katanya.
Beliau memberitahu, apa yang penting sekarang ialah kerajaan perlu mengukuhkan pelaburan tempatan agar secara perlahan-lahan negara mengurangkan FDI jika merasakan ia diperlukan untuk masa depan.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com