October 1, 2009

Usaha sama Malaysia-Arab Saudi mampu jana ekonomi

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Penganalisis-penganalisis tempatan sependapat bahawa pembentukan syarikat usaha sama antara Malaysia dan Arab Saudi yang diumumkan hari ini mampu membantu menjana pesat pertumbuhan ekonomi negara.

Mereka bagaimanapun berkata, lebih banyak maklumat lanjut diperlukan untuk melihat sejauh mana kesan yang bakal dapat dimanfaatkan.

Menurut Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazarry Rosli, pelaburan besar dari Asia Barat di negara ini memberi manfaat kepada pasaran saham negara dan juga rakyat.

Katanya, pelaksanaan syarikat usaha sama itu yang menggalakkan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara bukan sahaja menjana peluang perniagaan malah mewujudkan peluang pekerjaan.

"Pengumuman sedemikian sentiasa dinanti-nantikan pasaran kerana ia memiliki kesan gandaan yang besar kepada pelbagai syarikat dan ekonomi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai penubuhan sebuah syarikat usaha sama bernilai AS$2.5 bilion (RM8.7 bilion) hasil perkongsian antara 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) and PetroSaudi International Limited (PSI).

Syarikat usaha sama berkenaan akan mempelopori kemasukan aliran FDI dari Asia Barat serta melaksanakan pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

Usaha sama itu merupakan yang pertama dilaksanakan oleh PSI di rantau ini.

Bagaimanapun, Nazarry enggan memberi komen selanjut berikutan intipati mengenai syarikat usaha sama itu belum dijelaskan dengan terperinci.

"Saya hanya boleh berharap pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi yang diumumkan akan menumpu terhadap sektor yang mampu menjana lebih banyak pekerjaan dan bukan hanya memberi manfaat kepada sesetengah golongan.

"Dengan adanya jaringan baik antara Malaysia dan negara tersebut, diharapkan setiap sektor tidak terlepas daripada menerima manfaat," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan OSK Securities, Chris Eng berkata, usaha sama tersebut merupakan satu pakatan strategik yang amat baik dan menunjukkan keyakinan Arab Saudi terhadap prospek ekonomi di Malaysia.

Katanya, kerjasama tersebut dapat menyaksikan negara tersebut mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.

"Ini kerana sebelum ini, hanya terdapat kemasukan syarikat-syarikat dari Abu Dhabi dan Dubai tetapi bukan Arab Saudi.

"Buat masa ini, kita hanya boleh tunggu dan lihat matlamat sebenar syarikat usaha sama itu kerana maklumat yang terperinci masih belum diberitahu," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak syarikat dari Arab Saudi akan mencontohi langkah seumpama ini terutamanya penglibatan dalam sektor minyak dan gas serta hartanah.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers