DANA Mata Wang Antarabangsa (IMF) menurunkan anggaran pelupusan pinjaman global bagi bank dan institusi kewangan yang lain kepada kira-kira AS$3.4 trilion, tetapi memberi amaran kerugian pinjaman kemungkinan meningkat di tengah-tengah pengangguran yang tinggi serta masalah berkaitan.
April lalu, IMF dalam Laporan Kestabilan Kewangan Globalnya menganggarkan kerugian bank global akan mencecah AS$4 trilion tetapi berkata ia mengurangkan angka itu sebanyak AS$600 bilion untuk mencerminkan peningkatan nilai sekuriti serta cara baru mengira kerugian.
“Peningkatan ini disambut baik tetapi masih terdapat cabaran ketara menanti, terutama kepada bank,” kata Ketua Bahagian Pasaran Modal dan Monetari IMF, Jose Vinals.
Dalam satu temu bual dengan Reuters, Vinals berkata, keadaan kewangan global meningkat dengan ketara walaupun terdapat kebimbangan terhadap modal bank.
“Cabaran seterusnya ialah bagaimana kita menjadikan dimiliki sekarang menyokong pemulihan menuju ke depan?” katanya.
Laporan itu berkata ketika bank mempunyai modal yang mencukupi untuk terus beroperasi, pendapatan mereka dijangka tidak dapat mengimbangi sepenuhnya pelupusan pinjaman yang dijangkakan untuk 18 bulan akan datang.
Vinals berkata, bank kembali membuat untung selepas kerugian teruk di tengah-tengah ketidaktentuan kewangan global, tetapi menggesa mereka untuk menjimatkan keuntungan dan tidak membayar dividen.
“Ada godaan untuk memiliki pembelian ekuiti dan bayaran dividen apabila anda kembali mencatat keuntungan,” katanya dalam satu sidang media di Istanbul sebelum bermulanya mesyuarat setengah tahun Bank Dunia dan IMF.
“Perlindungan modal adalah sesuatu yang sangat penting pada waktu ini,” kata Vinals.
Beliau berkata, ketika imbangan kira-kira bank sudah distabilkan dengan bantuan sokongan kerajaan, mereka masih memerlukan lebih banyak modal untuk memenuhi permintaan kredit ketika ekonomi mula pulih.
“Ini bukan soal menyelamatkan bank daripada hampir runtuh, ia adalah soal menyediakan kekuatan mencukupi kepada bank untuk menampung kerugian yang akan ditanggung serta menyediakan kredit mencukupi bagi menyokong pemulihan,” katanya.
IMF berkata ketika pertumbuhan kredit sektor swasta menguncup dalam ekonomi besar, keperluan pinjaman keseluruhan tidak berkurang dengan pantas disebabkan defisit kerajaan yang berkembang.
“Hasil yang dijangkakan ialah kredit yang terhad,” katanya sambil menambah sokongan berterusan oleh bank pusat mungkin diperlukan untuk mengurangkannya.
Menggunakan kaedah baru untuk mengira mengurang nilai, IMF berkata kerugian bank ke atas pinjaman dan pegangan sekuriti berjumlah AS$1.3 trilion sepanjang separuh pertama tahun ini, tetapi menekankan kira-kira AS$1.5 trilion dalam pelupusan pinjaman masih diperlukan untuk diiktiraf, terutama dalam bank swasta. - Reuters
October 1, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com