KUALA LUMPUR 4 Okt. - Para pelabur dijangka kekal berhati-hati minggu depan, sekali gus mendorong harga kekal rendah di Bursa Malaysia, terutamanya dengan ketiadaan petunjuk baru.
Ketua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew berkata, tidak banyak aliran menaik di bursa tempatan dan indeks FBM KLCI mungkin menyaksikan halangan serta merta pada paras 1,223 mata dengan paras sokongan muncul pada 1,190 mata.
Berdasarkan perbandingan mingguan, FBM KLCI susut 11.14 mata kepada 1,206.25.
"Tiada langsung pemangkin penting untuk menggerakkan pasaran. Pelabur masih lagi bersikap berhati-hati walaupun menjelang pembentangan Bajet 2010 lewat bulan ini memandangkan kerajaan mungkin mengekang aktiviti perbelanjaan untuk menghentikan defisit negara," kata beliau.
Teng Siew berkata dana asing telahpun menjauhi pasaran tempatan walaupun prestasi Bursa Malaysia masih lagi baik berbanding bursa serantau yang lain.
Untuk minggu baru berakhir, Teng Siew berkata kedua-dua kaunter perbankan dan perladangan telah mengheret turun pasaran dengan jangkaan pertumbuhan pinjaman yang rendah.
"Pertumbuhan pinjaman dijangka merosot sebanyak 7-8 peratus dengan pinjaman bank tempatan akan berkurangan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ini tidak baik untuk sektor perbankan yang menguasai sekitar 35 peratus daripada modal pasaran kita," kata beliau.
"Jika mereka tidak bergerak, indeks utama juga tidak akan berganjak," tambah beliau.
Indeks Kewangan turun 68.56 mata kepada 9,933.65, Indeks Perladangan merosot 97.96 mata kepada 5,895.03 dan Indeks Perusahaan lebih rendah 39.49 mata kepada 2,627.6.
Indeks FBM Emas merosot 98.78 mata kepada 8,095.25, Indeks FBM Top 100 susut 91.16 mata kepada 7,894.68 dan Indeks FBM ACE lega 21.25 mata kepada 4,095.33.
Jumlah dagangan, bagaimanapun, menokok kepada 2.883 bilion saham bernilai RM4.072 bilion daripada 2.117 bilion saham bernilai RM3.112 bilion minggu lepas.
Jumlah dagangan di pasaran utama mengukuh kepada 2.513 bilion saham bernilai RM3.981 bilion daripada 1.914 bilion saham bernilai RM3.068 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan di pasaran ACE menokok kepada 230.07 juta saham bernilai RM47.963 juta daripada 118.699 juta saham bernilai RM28.45 juta minggu lepas.
Jumlah waran panggilan pula menambah kepada 99.329 juta unit bernilai RM23.583 juta daripada 67.26 juta unit bernilai RM18.56 juta sebelumnya. - Bernama
October 5, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com