October 2, 2009

Tumpu saham wajaran tinggi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam dengan minat belian ke atas saham berwajaran tinggi terus memapankan pasaran.

Pada penutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) menokok 6.27 mata kepada 1,208.35 selepas dibuka 0.33 mata lebih tinggi pada 1,202.41.

Peniaga berkata, meskipun laporan data pekerjaan dan pembuatan Amerika Syarikat (AS) mengecewakan, bursa tempatan adalah jauh lebih baik berbanding beberapa pasaran serantau yang lain.

Indeks FBMEmas menokok 24.46 mata kepada 8,122.33, FBM Top 100 meningkat 26.47 mata kepada 7,917.24 sementara FBM70 turun 30.97 mata kepada 7,994.13 dan Indeks FBM ACE meningkat 22.83 mata kepada 4,090.5.

Indeks Teknologi menambah 0.34 mata kepada 16.58, Indeks Kewangan mengembang 26.44 mata kepada 9,971.93, Indeks Perladangan menokok 8.95 mata kepada 5,898.99 dan Indeks Perusahaan naik 6.16 mata kepada 2,633.27.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 307 berbalas 280 sementara 231 kaunter tidak berubah dan 443 lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan merosot kepada 521.508 juta saham bernilai RM822.688 juta daripada 695.254 juta saham bernilai RM1.051 bilion, kelmarin.

Untuk kaunter paling untung, British American Tobacco mengukuh 92 sen kepada RM44.96, HAIO menokok 31 sen kepada RM6.34 dan MAMEE menambah 20 sen kepada RM3.04.

Sementara itu, saham yang rugi termasuklah DFZ turun 23 sen kepada RM4.47, Litrak susut 17 sen kepada RM2.75 sementara F&N merosot 14 sen kepada RM10.18.

Mendahului saham aktif, KNM mengembang setengah sen kepada 75 sen sementara HLSCorp lebih rendah 4.5 sen kepada 28 sen dan SAAG susut setengah sen kepada 21 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby menambah empat sen kepada RM8.54, Maybank naik tiga sen kepada RM6.68 sementara CIMB Group dan Tenaga Nasional, masing-masing lebih tingi sebanyak dua sen kepada RM11.12 dan RM8.21.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan berkurangan kepada 439.154 juta saham bernilai RM804.006 juta daripada 608.14 juta saham bernilai RM1.028 bilion, kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace mengukuh kepada 50.518 juta saham bernilai RM10.033 juta berbanding 46.1 juta saham bernilai RM7.706 juta sebelumnya.

Waran pula menokok kepada 27.605 juta unit bernilai RM6.744 juta berbanding 18.189 juta unit bernilai RM4.049 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 46.046 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 91.297 juta, pembinaan 23.139 juta, urus niaga dan perkhidmatan 159.87 juta, teknologi 15.402 juta, infrastruktur 4.747 juta, kewangan 43.166 juta, perhotelan 754,800, hartanah 39.195 juta, perladangan 13.695 juta, perlombongan sifar, REIT 1.822 juta dan dana tertutup 16,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers