SISTEM Penjelasan Cek di Malaysia akan dilakukan melalui penyaluran imej dan data cek antara bank dengan rumah penjelasan berkuat kuasa hari ini, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Ini bagi menggantikan sistem sedia ada yang berasaskan pertukaran cek secara fizikal, kata Bank Negara dalam satu kenyataan bagi mengumumkan ke seluruh negara Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek (CTCS).
Bank pusat itu berkata, sistem CTCS kini dikendalikan sepenuhnya Perbadanan Penjelasan Elektronik Malaysia Sdn Bhd (MyClear).
MyClear ialah syarikat milik penuh Bank Negara mula beroperasi 2 Januari 2009. Katanya, CTCS adalah inisiatif penting memodenkan infrastruktur pemprosesan cek di negara ini dengan mengelektronikkan proses penjelasan cek dan mengurangkan risiko serta kos berkaitan instrumen pembayaran berasaskan kertas.
“Cek terus adalah instrumen pembayaran penting, dengan merangkumi kira-kira 91.6 peratus nilai pembayaran bukan tunai,” katanya.
Pelaksanaan CTCS, kata Bank Negara, akan meningkatkan kecekapan penjelasan cek dan menyumbang kepada pengurangan kos menjalankan perniagaan, yang sekali gus meningkatkan daya saing perniagaan dan ekonomi keseluruhannya.
“Bagi pengguna dan golongan peniaga, pelaksanaan CTCS akan menyumbang terhadap proses penjelasan cek yang lebih pantas dalam masa yang lebih singkat, yang mana kesannya, dana dapat dikreditkan ke dalam akaun pendeposit dengan lebih cepat,” katanya.
Cek tempatan dan cek luar kawasan secara keseluruhannya, menurut bank pusat, akan dijelaskan pada hari yang sama dan dana boleh diterima selewat-lewatnya dua hari dari tarikh penjelasan cek terbit.
July 1, 2009
Primax 95 di semua stesen Petronas awal September
PETRONAS Dagangan Bhd menjangka semua 915 stesen minyaknya di seluruh negara akan mula menjual Petronas Primax 95, iaitu jenama untuk petrol gred RON 95 keluaran syarikat itu menjelang 1 September ini.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Perniagaan Runcitnya, Md Fadzlan Abdul Samad, berkata pihaknya sedia memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan semua stesen minyaknya dapat menjual petrol terbabit kepada pelanggan menjelang tempoh berkenaan. Katanya, langkah itu sebagai menyahut saranan kerajaan terhadap penggunaan meluas petrol RON 95 di seluruh negara.
Beliau berkata, buat masa ini Petronas Primax 95 hanya boleh diperoleh di tiga stesen minyak Petronas iaitu di Precint 9 dan Precint 9D, Putrajaya serta terbaru di Lebuh Raya Lingkaran Kedua (MRR2) di Kepong, Kuala Lumpur.
“Dalam tempoh terdekat ini, kami akan perkenalkan Petronas Primax 95 di dua lagi lokasi di Lembah Klang yang mana satu daripadanya adalah di Kuala Lumpur,” katanya selepas melancarkan Petronas Primax 95 di Stesen Petronas MRR2, Kepong, semalam. Hadir sama Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan, Normah Sheikh Abdullah.
Petronas Primax 95 diperkenalkan pada peringkat nasional ketika pelancaran rasmi petrol RON 95 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya pada 12 Mei lalu.
Minyak berkenaan adalah petrol yang mesra alam dan menepati spesifikasi antarabangsa Euro 2 kerana ia dihasilkan dengan pengurangan kandungan sulfur sebanyak 500ppm. Ia dibangunkan menerusi formula khas yang bukan saja menawarkan lebih penjimatan dan prestasi enjin yang hebat, tetapi juga ditawarkan pada harga lebih murah iaitu RM1.75 seliter.
Pengenalan Petronas Primax 95 oleh Petronas Dagangan sejajar pengumuman kerajaan bahawa bermula 1 September ini, petrol RON 95 akan menggantikan RON 92 di pasaran dan akan menjadi satu-satunya jenis petrol yang akan disubsidi oleh kerajaan.
RON 97 bagaimanapun masih akan dikekalkan dalam pasaran, tetapi tidak lagi diberikan subsidi dan dijual pada RM2 seliter. Fadzlan berkata, walaupun RON95 dijual pada harga RM1.75 seliter, iaitu lima hingga tujuh sen lebih murah berbanding RON 97 yang lebih banyak digunakan oleh pemilik kenderaan di negara ini, syarikat yakin margin keuntungannya tidak akan terjejas kerana mekanisma harga yang ditetapkan oleh kerajaan turut mengambil kira kepentingan syarikat minyak.
Katanya, berikutan penetapan harga baru untuk RON 97 berkuat kuasa 1 September 2009, pihaknya yakin permintaan terhadap Petronas Primax 95 akan meningkat mulai tarikh berkenaan.
“Jika menggunakan RON 95, pemilik kenderaan dapat berjimat RM2.50 bagi setiap 50 liter dan selepas 1 September, saya yakin lebih ramai pemilik kenderaan yang sebelum ini menggunakan RON 97 akan beralih kepada RON 95,” katanya.

SapuraCrest sasar tingkat hasil projek luar negara
SAPURACREST Petroleum Bhd (SapuraCrest), penyedia perkhidmatan sektor minyak dan gas serantau, berharap dapat meningkatkan sumbangan daripada projek luar negaranya menerusi kontrak baru yang sedang dibidanya.
Ketua Eksekutifnya, Izzet Ishak, berkata buat masa ini projek luar negara menyumbang 30 peratus kepada jumlah keseluruhan pendapatan syarikat. Katanya, kontrak bagi pelbagai projek bernilai kira-kira RM5 bilion yang telah dibida syarikat, kini sedang dinilai dan sebahagian daripadanya dijangka diperoleh dalam tempoh enam bulan akan datang.
“SapuraCrest adalah syarikat yang dipacu oleh peluang, justeru, kami berhasrat mengukuhkan sumbangan projek luar negara kepada pendapatan syarikat secara beransur-ansur menerusi peluang yang ada di luar Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan SapuraCrest di Seri Kembangan, semalam.
Hadir sama, Pengerusi SapureCrest, Datuk Hamzah Bakar dan Naib Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Shahril Shamsuddin. Izzet menambah, syarikat sedang membida kontrak dalam pelbagai projek termasuk membabitkan pengurusan, pemerolehan, kejuruteraan, khidmat pengangkutan dan pemasangan serta kerja bagi saluran paip eksport minyak.
“Kami yakin untuk meraih sebahagian besar daripada kontrak yang dibida itu sebelum akhir tahun ini,” katanya. Beliau berkata, antara pasaran luar negara yang akan menjadi tumpuan bidaan kontrak baru bagi tahun kewangan semasa ialah di rantau Asean, Australia, Asia Barat dan paling utama di India.
“Sebagai syarikat yang kompetitif, kami akan terus membida projek untuk mengisi tempahan kumpulan pada masa depan,” katanya sambil menambah nilai tempahan yang diterimanya ketika ini yang bernilai sekitar RM6 bilion akan bertahan untuk tempoh kira-kira dua tahun lagi.
Dalam pada itu, Izzet berkata, SapuraCrest menjangka mengurangkan margin bagi membolehkannya mengekalkan keuntungan bagi baki tahun kewangan semasa berakhir 31 Januari 2010.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2009, SapuraCrest merekodkan keuntungan bersih RM115.8 juta, meningkat 48 peratus daripada RM78.3 juta tahun sebelumnya. Prestasi memberangsangkan itu disumbangkan pertumbuhan 53 peratus pendapatan kepada RM3.5 bilion dalam tempoh kajian berbanding RM2.3 bilion tahun sebelumnya.

Rangsang pelaburan
Kerajaan longgar garis panduan FIC untuk tingkat daya saing negara
KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam mengumumkan beberapa pendekatan baru bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan dan pada masa yang sama menggalakkan pemilikan berkesan serta berkekalan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat.
Ia antara lain membabitkan kelonggaran terhadap Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) berkaitan pembelian kepentingan, penggabungan dan pengambilalihan; kegiatan meraih dana oleh syarikat senaraian awam serta pembelian hartanah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan perkara itu pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di sini, berkata berkuat kuasa serta merta kerajaan menghapuskan garis panduan FIC yang membabitkan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan tanpa menggantikannya dengan peraturan baru.
Berikutan itu, beliau berkata FIC kini tidak lagi memproses urus niaga saham atau mengenakan sebarang syarat ekuiti ke atas urus niaga berkenaan. Bagaimanapun, katanya, bagi memastikan kepentingan negara dalam sektor strategik terus terpelihara, syarikat dalam sektor berkenaan masih lagi tertakluk kepada syarat ekuiti oleh badan kawal selia sektor masing-masing.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi meningkatkan daya saing Bursa Malaysia sebagai pusat penyenaraian syarikat, kerajaan memperkenalkan garis panduan penyenaraian yang baru.
Di bawah garis panduan baru itu, syarikat senaraian awam tidak lagi tertakluk kepada syarat pegangan ekuiti Bumiputera seperti yang ditetapkan FIC sebelum ini, sebaliknya hanya perlu menawarkan 50 peratus daripada jumlah 25 peratus saham tebaran awam kepada pelabur Bumiputera.
Perdana Menteri turut menjelaskan urus niaga hartanah hanya perlu mendapat kelulusan FIC jika ia membabitkan pengurangan kepentingan Bumiputera atau kerajaan bagi hartanah yang bernilai lebih RM20 juta.
Najib menegaskan, di sebalik langkah melonggarkan FIC itu yang dijangka akan meningkatkan dengan ketara kedudukan Malaysia sebagai tempat menjalankan perniagaan dan melabur, kerajaan kekal komited dalam melonjakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi.
Namun, katanya, kerajaan akan melaksanakan pendekatan baru yang memberi tumpuan menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi secara lebih berkesan, bermakna dan berkekalan menerusi perkongsian tulen dan meritokrasi.
Menjelaskan mengenai keperluan melaksanakan pendekatan baru itu, Perdana Menteri berkata, ketika FIC dibentuk pada 1974, ia adalah komponen utama strategi pertumbuhan dengan ekuiti, namun ia kini bukan lagi instrumen berkesan bagi tujuan berkenaan.
"Pada 1970-an, ekuiti Bumiputera adalah hanya 2.4 peratus. Berdasarkan jumlah kecil itu, maka adalah sesuai melaksanakan dasar sedemikian bagi menangani ketidakseimbangan. Ketika itu juga, adalah praktikal dilaksanakan susulan kekurangan persaingan bagi mendapatkan pelaburan.
"Bagaimanapun, kini dasar pelaburan itu telah mewujudkan ketidaktentuan dalam pembentukan peraturan dan tidak sejajar dengan amalan antarabangsa, justeru menjejaskan potensi pertumbuhan," katanya.
Najib juga menegaskan, FIC sebagai instrumen penyusunan semula dilihat kurang berkesan kerana peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera tidak berubah sejak 1990 hingga 2006 dengan masing-masing pada kadar 19.3 peratus dan 19.4 peratus.
Daripada RM54 bilion ekuiti yang diagihkan kepada Bumiputera di bawah FIC pula, hanya RM2 bilion kekal, manakala selebihnya dijual semula untuk memperoleh keuntungan segera. Perdana Menteri turut menegaskan walaupun berlaku perubahan dasar pelaburan, ia tidak bererti matlamat pertumbuhan dengan pengagihan dan sasaran 30 peratus pegangan Bumiputera berakhir.
"Yang berbeza adalah kita anggap ini sebagai sasaran makro bukan sasaran mikro. Kita masih komited untuk mencapai kewujudan negara yang mencerminkan keadilan sosial," katanya.
Selain kelonggaran dalam FIC, Perdana Menteri turut mengumumkan menaikkan had pegangan asing dalam syarikat broker saham dan segmen runcit pengurusan dana saham amanah kepada 70 peratus daripada 49 peratus ketika ini. Pemilikan asing dalam segmen runcit industri pengurusan dana pula dibuka bagi pegangan sehingga 100 peratus.

Pikom unjur jualan dalam talian raih RM260 juta
PERSATUAN Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) mensasarkan jualan dalam talian bernilai RM260 juta dalam tempoh sebulan menerusi e-dagang sempena kempen jualan mega ‘Belian Dalam Talian’ yang bermula 20 Julai ini.
Kempen yang berlangsung sempena Bulan Industri Teknologi Maklumat dan Industri (ICT) Kebangsaan Pikom (NIM 2009) itu dijangka membabitkan lebih 200 pedagang dalam talian merangkumi peniaga serta pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Timbalan Pengerusi Pikom, Wei Chuan Beng, berkata penganjuran kempen membeli dalam talian itu bertujuan mempromosikan aktiviti e-dagang dalam negara.
“Menerusi kempen itu, pengguna akan ditawarkan diskaun bagi lebih 200 barangan, selain promosi harian dan mingguan menerusi laman web www.mybeli.com,” katanya pada taklimat media mengenai NIM 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, NIM 2009 yang berlangsung dari 20 Julai hingga 20 Ogos ini, bertujuan meningkatkan lagi kesedaran, permintaan dan menangani isu dan peluang dalam industri ICT negara. Katanya, NIM 2009 membabitkan pelbagai program bagi memberi manfaat kepada perniagaan, kerajaan, akademik dan masyarakat di seluruh negara.
“Acara meliputi persidangan utama Sidang Kemuncak Kepimpinan Pikom, selain pameran seperti Pameran Perisian dan Perkhidmatan Pikom serta jualan PC,” katanya. Wei yang juga pengerusi penganjur NIM 2009 berkata, sepanjang tempoh itu, Pikom akan melancarkan kempen perintis e-sisa bagi mendidik pengguna mengenai kitar semula perkakasan elektrik dan elektronik.
Katanya, menerusi NIM 2009, persatuan akan menyiarkan penerbitan kajian pertama ‘Kajian Strategik ICT 2009/10: Inovasi, Usaha Ke hadapan’ bagi berkongsi unjuran sektor ICT Malaysia bersama anggota Pikom, pemimpin industri, agensi kerajaan, media dan orang ramai.
Sepanjang tempoh itu, Pikom menerusi cawangan wilayah utara, selatan, Sabah dan Sarawak, akan menganjurkan pelbagai seminar untuk membantu organisasi ICT dalam mendapatkan peluang dan menangani kebimbangan utama industri berkenaan.

Kulim dapat pembiayaan RM430 juta
KULIM Bhd semalam menjana RM430 juta menerusi perjanjian pembiayaan Islam bersindiket dengan dua bank, CIMB Islamic Bank Bhd dan OCBC Al-Amin Bank Bhd. Pengarah Urusannya, Ahamad Mohamad, berkata dana yang dijana itu akan digunakan bagi mengukuhkan struktur modal kumpulan, selain mengembangkan perniagaan sedia ada.
Katanya, dana berkenaan akan digunakan bagi mengembangkan sektor perladangan dan rangkaian restoran KFC, mengukuhkan segmen perniagaan terbaru iaitu perkapalan, selain membiayai semula hutang lama.
“Kami memilih pembiayaan Islam berkenaan berikutan pulangannya tetap, tempoh kelulusan lebih singkat berbanding bon. Struktur pinjaman sesuai dalam persekitaran ekonomi semasa. “Kadar faedah rendah semasa menyediakan Kulim peluang untuk menstruktur semula modal bagi memenuhi profil pendapatan dan keperluan pengembangan,” katanya pada majlis memeterai perjanjian pembiayaan Islam itu di Kuala Lumpur, semalam.
Ahamad menandatangani bagi pihak Kulim, OCBC AL-Amin oleh Pengarah yang juga Ketua Eksekutifnya, Syed Abdull Aziz Syed Kechik manakala CIMB Investment Bank oleh Timbalan Ketua Eksekutifnya, Datuk Charon Wardini Mokhzani.
Ahamad menambah, sebahagian daripada dana berkenaan akan digunakan membangunkan ladang sawit di Kepulauan Solomon. Ia membabitkan anak syarikatnya, New Britain Oil Palm yang disenaraikan di Bursa Saham London yang bercadang membangunkan ladang sawit 7,000 hektar di Kepulauan Solomon.
Ditanya mengenai segmen perkapalan yang baru diceburi Kulim, beliau berkata, kesemua kapal miliknya kini disewakan kepada syarikat berkaitan minyak dan gas, selain memiliki opsyen penyambungan tiga hingga empat tahun. “Kami berasa selamat dari segi pulangan pelaburan daripada segmen perniagaan perkapalan,” katanya.

Harga saham ditutup rendah
HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit semalam ekoran kegiatan pengambilan untung yang sederhana selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran ke atas garis panduan pelaburan.
Peniaga berkata, walaupun langkah itu memberi manfaat kepada semua termasuk pelabur global dan Bumiputera, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menampakkan kesannya. Petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur susut 0.6 mata untuk ditutup pada 1,075.24, diheret turun oleh kerugian, kebanyakannya dalam saham berwajaran tinggi seperti Sime Darby.
Indeks itu, yang dibuka 2.4 mata lebih tinggi pada 1,078.24, bergerak antara 1,070.88 dan
1,082.74 sepanjang hari urus niaga. Indeks Perladangan menokok 15.89 mata kepada 5,386.87, Indeks Kewangan menambah 6.68 mata kepada 8,555.72 dan Indeks Perindustrian mengukuh 2.21 mata kepada 2,351.86. Indeks FBMEmas lebih rendah sebanyak 11.92 mata kepada 7,206.83 dan Indeks FBM2BRD kehilangan 36.67 mata kepada 4,754.51.
Indeks FBM30 naik 3.14 mata kepada 6,910.01 dan Indeks FBMMesdaq meningkat 1.31 mata kepada 4,096.3. Saham rugi mengatasi saham untung dengan 371 berbalas 232, sementara 231 kaunter tidak berubah, 391 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.
Jumlah dagangan lebih tinggi kepada 1.288 bilion saham bernilai RM1.363 bilion daripada 877.335 juta saham bernilai RM998.192 juta kelmarin. Di kalangan saham aktif, Time Engineering lega dua sen kepada 30.5 sen, Talam Corp dan KNM, kedua-duanya mengembang setengah sen kepada 11.5 sen dan 84 sen sementara Time DotCom turun tiga sen kepada 41 sen.
Saham berwajaran tinggi, Sime Darby merosot 10 sen kepada RM6.95, Maybank menambah lima sen kepada RM5.90 sementara Tenaga dan Bumiputra-Commerce, masing-masing susut lima sen kepada RM7.65 dan RM9.05.
Jumlah dagangan di Papan Utama naik kepada 1.133 bilion unit bernilai RM1.307 bilion daripada 768.939 juta unit bernilai RM962.887 kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua melonjak kepada 96.568 juta saham bernilai RM42.908 juta daripada 43.143 juta saham bernilai RM16.607 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq mengukuh kepada 36.641 juta unit bernilai RM6.621 juta daripada 25.203 juta unit bernilai RM4.223 juta kelmarin. Waran pula lebih tinggi kepada 15.753 juta unit bernilai RM3.155 juta daripada 15.608 juta unit bernilai RM2.404 juta sebelumnya.
Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 34.195 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 160.045 juta, pembinaan 81.868 juta, urus niaga/perkhidmatan 393.623 juta, teknologi 7.848 juta, infrastruktur 73.324 juta, kewangan 50.529 juta, perhotelan 2.235 juta, hartanah 303.027 juta, perladangan 24.939 juta, perlombongan 20,200, REIT 816,400 dan dana tertutup 103,100. - Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music

Create a playlist at MixPod.com