MODEL Toyota kekal menerajui segmen kenderaan bukan nasional dengan merekodkan jualan 30,884 unit setakat Mei 2009, demikian menurut UMW Toyota Motor Sdn Bhd. “UMW Toyota gembira dapat mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam kategori bukan nasional, dengan menguasai kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan kenderaan di Malaysia,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Katanya, dalam segmen kereta penumpang bukan nasional, UMW Toyota mengatasi pesaing terdekatnya dengan menjual keseluruhan 15,316 unit.
Model popular kami Toyota Vios terus menjadi peneraju dalam kategori kereta penumpang kecil bagi 1,400cc hingga 1,500cc dengan 11,126 unit dijual daripada Januari hingga Mei, mewakili 53 peratus pasaran dalam segmen berkenaan,” katanya.
Syarikat itu menambah, persekitaran perniagaan menyaksikan pasaran automotif Malaysia menguncup hampir 11 peratus setakat Mei tahun ini, berbanding tempoh sama 2008. UMW Toyota baru-baru ini menambah varian Vios TRD Sportivo ke dalam barisan kenderaannya yang diharap mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kereta penumpang kecil.
Katanya, Toyota Hilux kekal sebagai model terlaris dalam kategorinya (Pikap Tugasan Ringan), yang mana bagi lima bulan pertama tahun ini syarikat menjual 5,100 model berkenaan. Ini membolehkan UMW Toyota menguasai 50 peratus bahagian pasaran segmen kenderaan pikap di Semenanjung dan 53 peratus di Sabah dan Sarawak.
“Dengan ekonomi yang sedang pulih, kami melihat momentum pertumbuhan dikekalkan dan berharap prestasi lebih baik separuh kedua tahun ini,” kata syarikat itu.
June 26, 2009
Penyenaraian bahagian minyak, gas UMW dikaji
CADANGAN penyenaraian bahagian minyak dan gas UMW Holdings Bhd akan mengumpulkan bersama lebih 30 syarikat, lebih sekali ganda daripada rancangan awalnya, kata Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Halim Harun.
Bagaimanapun, beliau berkata, penyenaraian akan dibuat selepas prestasi pasaran saham bertambah baik. “Kami tidak mahu tergesa-gesa. Namun, kami perlu mengkaji semua aspek,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di Shah Alam, semalam.
Abdul Halim berkata, syarikat tidak dapat menetapkan tempoh masa bagi penyenaraian itu. “Mac (2009) sepatutnya menjadi tarikh akhir bagi tempoh lanjutan dan kami sudah menulis kepada mereka (Suruhanjaya Sekuriti). Mereka memberikan lanjutan enam bulan lagi kepada kami, sehingga September 2009,” katanya.
Beliau berkata, prestasi syarikat tahun ini tidak dijangka mengatasi prestasi tahun lalu. “Pendapatan bahagian automotif dijangka kurang berbanding tahun lalu. Sebahagian daripada kekurangan boleh diimbangi oleh unit minyak dan gas,” katanya.
Abdul Halim berkata, banyak pelaburan unit akan mula beroperasi tahun ini. “Usaha sama dengan anak syarikat China National Pet-roleum Corp Group, Zhong-you BSS (Qinhuangdao) Petropipe Co Ltd, sudah memulakan pengeluaran minyak dan paip penghantaran gas bagi sebahagian daripada Projek Saluran Paip Gas Kedua China Timur-Barat sepanjang 9,100 kilometer dari Khazakhstan ke Shanghai.
“Pelantar minyak NAGA 2 yang moden dan canggih akan memulakan operasi penggerudian pada separuh kedua tahun ini manakala UMW Sher (L) Ltd meningkatkan asetnya di India daripada dua kepada tiga pelantar minyak daratan,” katanya.
UMW Holdings mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM1.3 bilion bagi tahun kewangan 31 Disember 2008, meningkat 49 peratus daripada RM856.3 juta pada 2007, manakala pendapatan meningkat kepada RM12.8 bilion daripada RM10 bilion.
Abdul Halim berkata, syarikat melaksanakan beberapa langkah proaktif bagi mengurangkan kesan keadaan ekonomi sekarang termasuk pengurangan kos, keutamaan pelaburan dan mengkaji dengan teliti keperluan aliran tunai.
Katanya, bahagian pembuatan dan kejuruteraan menjalin usaha sama dengan Dah Chong Hong (Motor Service Centre) Ltd of Hong Kong untuk menubuhkan kilang di Guangdong Province bagi mengadun dan mengedarkan pelincir untuk pasaran China. - Bernama

Nilai 50 jenama utama susut
NILAI 50 jenama utama Malaysia tahun lalu susut 5.8 peratus kepada RM61 bilion berbanding 2007 berikutan kelembapan ekonomi global, menurut kajian Brand Finance Plc, agensi perunding penilaian jenama antarabangsa.
Petronas menerajui senarai 50 jenama utama Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut dengan nilai portfolio jenama RM10.7 bilion, meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ini diikuti Genting dengan nilai RM4.11 bilion, Tenaga Nasional Bhd (RM3.49 bilion), Maxis Communications Bhd (RM3.355 bilion), YTL Corporation Bhd (RM3.27 bilion), Sime Darby Bhd (RM3.259 bilion), Malayan Banking Bhd (RM2.98 bilion), Telekom Malaysia Bhd (RM2.02 bilion), IOI Group (RM2 bilion) dan Resorts World Bhd (RM1.908 bilion).
Ketua Eksekutif Brand Finance, David Haigh, berkata 10 syarikat terbabit mewakili 61 peratus daripada nilai jenama utama di Malaysia tahun lalu, meningkat 56 peratus berbanding 2007.
Berikutan penurunan nilai 50 jenama utama itu, beliau menasihatkan syarikat tempatan supaya mengenal pasti nilai jenama masing-masing secara kuantiti dan bersedia untuk meningkatkannya, selain memperuntukkan pelaburan bagi usaha berkenaan.
“Lakukan dengan sempurna kerana apabila pasaran kembali pulih, anda akan mendapat ganjarannya.
“Syarikat mempunyai banyak wang boleh mengambil jalan singkat dengan meningkatkan nilai jenama masing-masing menerusi pengambilalihan syarikat asing yang mempunyai sinergi dengan perniagaan yang dijalankan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis mengumumkan laporan kajian 50 Jenama Utama Malaysia 2008 dan penyampaian anugerah kepada 10 syarikat teratas dalam senarai berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama Ketua Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdaus Bujang. Akhbar New Straits Times (NST) adalah penaja utama kajian berkenaan yang dilaksanakan bersama oleh Brand Finance dan Ova Spiral Effect Sdn Bhd, syarikat perunding jenama tempatan.
Haigh menjelaskan, pengiraan nilai portfolio jenama itu dibuat berdasarkan kepada royalti pelepasan, dengan mengandaikan jika syarikat tidak memiliki jenama sendiri, berapa yang perlu dibayar untuk melesenkan jenama berkenaan daripada pihak ketiga.
Katanya, nilai jenama itu ditunjukkan sebagai penjimatan royalti selepas cukai, diskaun untuk mewakili nilai yang mencerminkan risiko yang wajar dan jangkaan kadar pertumbuhan atau penurunan masa depan dalam penjimatan royalti.
Pada majlis itu juga, AirAsia Bhd yang menduduki senarai ke-27 Jenama Utama Malaysia, diumumkan sebagai syarikat Jenama Terbaik Malaysia 2008. Penilaian itu berdasarkan inisiatif syarikat berkenaan untuk memperkenalkan laluan baru, selain meneruskan kempen penawaran tiket percuma, di sebalik suasana perniagaan yang sukar berikutan tekanan ekonomi global.

Persidangan Invest Malaysia 2009 dijangka berjaya
PERSIDANGAN ‘Invest Malaysia 2009’ (IM09) yang bakal diadakan pada 30 Jun dan 1 Julai ini menjanjikan satu persidangan yang amat berjaya dengan penyertaan lebih 600 delegasi daripada 170 institusi tempatan dan seberang laut.
Dalam satu kenyataan bersama semalam, Bursa Malaysia dan CIMB Investment Bank, berkata pendaftaran ditutup awal ekoran sambutan menggalakkan daripada pelabur yang berminat mendapatkan maklumat bernilai pasaran modal dan ekonomi Malaysia, secara terus dari penggubal dasar utamanya.
“Sambutan positif ini adalah gambaran kepada minat kukuh di kalangan pelabur tempatan dan seberang laut terhadap peluang menarik yang ada di pasaran modal Malaysia,” kata kenyataan itu.
Dianjurkan oleh Bursa Malaysia dengan penganjur bersama CIMB Investment Bank dan Dana Pembangunan Pasaran Modal, ciri utama yang akan diketengahkan pada IM09 ialah ucaptama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ucaptama itu yang turut menandakan ucapan pertamanya kepada komuniti pelaburan, akan memberi fokus kepada tema tahun ini, ‘Pemacu Pertumbuhan Malaysia’. Untuk julung kalinya, persidangan itu akan membabitkan sesi oleh Menteri Besar Johor,
Ketua Menteri Pulau Pinang dan Sabah, yang akan mengetengahkan daya tarikan negeri masing-masing sebagai destinasi pelaburan utama.
Delegasi turut mempunyai peluang menghadiri sesi pleno yang akan membincangkan isu pasaran dan idea yang akan membentuk landskap perniagaan masa depan negara.

Simpanan minyak, gas Petronas 27.02 bilion tong
PETRONAS memiliki rizab minyak dan gas berjumlah 27.02 bilion tong setakat 1 Januari lalu, meningkat 2.5 peratus daripada 26.37 bilion tong tahun lalu. Peningkatan itu sekali gus meningkatkan nisbah penggantian rizabnya kepada 1.8 kali, iaitu antara yang tertinggi dalam industri minyak global.
Daripada jumlah itu, rizab milik Petronas di luar negara adalah 6.84 bilion tong, meningkat 9.6 peratus daripada 6.24 bilion tong tahun lalu, manakala rizab dalam negara pula adalah 20.18 bilion tong, naik 0.2 peratus daripada 20.13 bilion tong.
Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican, berkata peningkatan tinggi jumlah rizab syarikat minyak negara itu pada peringkat antarabangsa adalah berikutan penemuan sumber gas utama di Turkmenistan dan Mozambique.
“Selain itu, pembelian 40 peratus pegangan dalam projek Gladstone LNG di Queensland, Australia, iaitu pembabitan pertama Petronas dalam hidrokarbon bukan konvensional iaitu gas kelim arang batu atau coal seam gas (CSG) telah membolehkan kumpulan memperoleh rizab gas jenis itu sebanyak 360 juta tong,” katanya.
Mohd Hassan menjelaskan, peningkatan jumlah rizab di dalam negara pula adalah berikutan usaha penerokaan berterusan serta pertambahan aktiviti di lapangan minyak.
Bagaimanapun, katanya, kebanyakan rizab dalam negara pada kedudukan yang amat sukar diteroka yang 14.7 peratus berada di laut dalam dengan 24.7 peratus rizab gas memiliki kandungan karbon yang tinggi.
“Justeru, untuk membangun dan mengekalkan pengeluaran bahan api di dalam negara pada masa depan memerlukan keupayaan teknologi dan kos yang tinggi,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan Petronas bagi tahun berakhir 31 Mac 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Mohd Hassan berkata, dalam tahun kewangan dikaji, Petronas melabur semula 21.1 peratus atau RM21.9 bilion daripada keuntungan sebelum cukai, bayaran royalti dan duti eksportnya. Pelaburan semula itu bagaimanapun, katanya rendah berbanding kadar purata pelaburan syarikat minyak utama global dan syarikat minyak negara lain yang masing-masing 57.1 peratus dan 72.9 peratus.
Beliau berkata, Petronas melihat pelaburan semula antara 35 peratus dan 40 peratus daripada jumlah keuntungan sebagai kadar lebih selesa bagi syarikat minyak negara itu. Tegasnya, pelaburan semula itu penting bagi memastikan operasi Petronas terus menjana pendapatan serta keuntungan pada masa depan.
Sementara itu, Mohd Hassan enggan mengulas ketika ditanya spekulasi berhubung penggantinya untuk menerajui syarikat itu. “Memang selalu ada spekulasi mengenai pengganti saya. Saya rasa pertanyaan itu harus ditanyakan kepada kerajaan,” katanya.
Beliau juga enggan mengulas apabila ditanya spekulasi kononnya bakal berlaku pelantikan pengarah baru di Petronas. “Kami tidak membincangkan hal Lembaga Pengarah dalam sidang akhbar,” katanya. Hassan yang dilantik menjawat jawatannya sekarang pada 1995 berkata kontraknya akan tamat pada Februari tahun depan.

June 25, 2009
Harga saham ditutup tinggi
KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dirangsang pembelian saham mewah dan berharga rendah terpilih dengan pasaran terus mengambil petunjuk daripada keuntungan yang diraih di bursa serantau, kata peniaga.
Mereka berkata, sentimen didorong keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan mengekalkan kadar pinjaman utama pada paras terendah sifar hingga 0.25 peratus semalam. Seorang peniaga berkata, sebab lain ialah unjuran positif Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Ekonomi terhadap ekonomi 30 negara anggotanya.
Indeks Komposit Kuala Lumpur mengukuh 16.26 mata untuk ditutup pada 1,074.11. Indeks Perindustrian lebih tinggi sebanyak 20.24 mata kepada 2,342.26, Indeks Teknologi naik 0.18 mata kepada 14.39, Indeks Perladangan menambah 37.3 mata kepada 5,398.17 dan Indeks Kewangan menokok 114.439 mata kepada 8,527.85. Indeks FBMEmas melonjak 118.9 mata kepada 7,198.64, Indeks FBM30 meningkat 114.24 mata kepada 6,890.96, Indeks FBM2BRD bertambah 35.41 mata kepada 4,795.72 dan Indeks FBMMesdaq naik 15.44 mata kepada 4,125.61.
Saham untung mengatasi saham rugi dengan 510 berbalas 159 sementara 199 kaunter tidak berubah, 358 tidak diniagakan dan 36 digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.493 bilion saham bernilai RM1.522 bilion daripada 1.352 bilion saham bernilai RM1.336 bilion semalam.
Di kalangan saham aktif, KNM Group mengukuh 2.5 sen kepada 88 sen, Sino Hua-An International menambah 6.5 sen kepada 53 sen, Tebrau Teguh lebih tinggi dua sen kepada 79 sen dan MK Land Holdings menokok empat sen kepada 43.5 sen. Di kalangan yang berwajaran berat, Sime Darby mengukuh lima sen kepada RM6.85, Maybank naik 15 sen kepada RM5.90, Tenaga menokok 25 sen kepada RM7.80 dan Bumiputra-Commerce Holdings naik 15 sen kepada RM8.95.
Jumlah dagangan di papan utama meningkat kepada 1.290 bilion saham bernilai RM1.45 bilion daripada 1.149 bilion saham bernilai RM1.280 bilion semalam. Jumlah dagangan di papan kedua susut kepada 107.524 juta unit bernilai RM43.429 juta daripada 117.379 juta unit bernilai RM40.554 juta pada hari Rabu.
Jumlah dagangan di pasaran Mesdaq juga merosot kepada 55.251 juta saham bernilai RM10.939 juta daripada 59.075 juta saham bernilai RM10.937 juta sebelumnya. Waran pula menambah kepada 31.084 juta unit bernilai RM5.043 juta daripada 21.090 juta unit bernilai RM2.621 juta semalam.
Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 54.539 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 303.2 juta, pembinaan 128.9 juta, urus niaga/perkhidmatan 372.2 juta, teknologi 9.4 juta, infrastruktur 46.17 juta, kewangan 63.3 juta, perhotelan 7.731 juta, hartanah 264.325 juta, perladangan 39.756 juta, perlombongan 55,000, REITs 907,500 dan dana tertutup 115,000. - Bernama

Historical Background of MESDAQ Market
The MESDAQ Market, which was launched on
6 October 1997 as the Malaysian Exchange of Securities
Dealing and Automated Quotation (MESDAQ),
originated as an idea in the 7th Malaysia Plan and
germinated in the Securities Commission Concept
Paper presented to the Ministry of Finance in May
1996.
It received endorsement in Budget 1997 and its
framework was announced officially to the public in
February 1997. MESDAQ was conceived as a strategy
towards the achievement of Vision 2020 by bringing
together investors and growth companies.
In essence,MESDAQ was to provide a suitable avenue for capital
raising by quality and high growth technology-based
issuers in Malaysia.
In March 2002, as part of the consolidation process
of the exchanges, MESDAQ was merged with the
KLSE, now known as Bursa Malaysia Securities Bhd
(Bursa).
The merger between MESDAQ and Bursa
sparked renewed interest in MESDAQ, resulting in a
tremendous resurgence in activity in the renamed
MESDAQ Market.
The consolidation of the two equity exchanges was a
significant step towards not only the creation of a single
Malaysian exchange as recommended in the CMP but
also the development of a more efficient financing base
for emerging high growth and technology-based issuers
in Malaysia.
Since the merger, the number of listings on
the MESDAQ Market grew from five to over 100
companies as at end-2005, raising over RM1.6 billion
through IPOs.
In 2005 alone, the MESDAQ Market
recorded 46 new listings, surpassing both the Second and
Main Boards of Bursa, which collectively recorded 33 new
listings. Proceeds raised from IPO were mainly applied
towards business expansion and research and development
initiatives.
This attests to the fact that the MESDAQ
Market continued to fulfil its objective in providing
technology-based, high growth companies easier access
to public funds from the capital market, thus providing
an invaluable alternative to bank loans as a source of
funding.
The MESDAQ Market today remains true to its principal
objective, as encapsulated in the framework for its
establishment.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music

Create a playlist at MixPod.com