February 9, 2009

Term Life Insurance vs Whole Life Insurance

Term life insurance as the name implies, provide cover for a specific time i.e. the term. Generally, term life insurance provides cover for a limited time and it does not have any cash returns. The debate whether term life or whole life insurance is better never ends.

Most people would say financial planners normally recommend whole life insurance because they get higher commission. While this is true to a certain degree, many financial planners do not just take cost into consideration alone. They consider your total needs as a whole. Even though you want to save money here, think carefully before you buy.

The main advantage of term life insurance is clear; they cost less, especially for shorter time period. However the disadvantage may not be apparent to you now. Why? Today, life expectancy is much longer.

As you grow older and your health deteriorates, you will have to pay higher premium than when you were younger. That is, if you still can qualify. In the event no insurance company wants you, then you will have to fund final expenses and estate taxes out of your estate!

Term life insurance will lapse immediately after the grace period, if you forgot to pay. This leaves you with no coverage probably when you might need it. With permanent life, the money built up in your policy can help pay for premiums if you do forget.

Both types of insurance have their place. A good financial planner will factor in your existing insurance policies, your age, the purpose of buying more insurance and others before making a recommendation. Whatever your choice is, term life insurance or whole life insurance, choose carefully.

February 7, 2009

Tinjauan Pasaran: Harga saham tunjuk peningkatan

Aliran dalam pasaran serantau didorong kenaikan di Wall Street semalaman

HARGA saham di Bursa Malaysia memperlihatkan peningkatan pada penutupan dagangan semalam, sejajar aliran meningkat dalam pasaran serantau yang didorong oleh kenaikan di Wall Street semalaman.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menokok 16.69 mata kepada 896.64 berikutan kenaikan di kaunter berkaitan perladangan dan perbankan. Ia dibuka 5.17 mata lebih tinggi pada 885.12.

Saham Hong Kong naik tiga peratus, Indeks Harga Saham Komposit Korea meningkat 2.75 peratus kepada 1,210.26 mata, iaitu paras penutupan tertinggi sejak 7 Januari, manakala Nikkei Jepun mengukuh 1.6 peratus.

Seorang peniaga berkata, pelabur berharap langkah rangsangan ekonomi di Amerika Syarikat akan mengurangkan kelembapan ekonomi global. Indeks Perusahaan naik 42.69 mata kepada 2,107.10, Indeks Kewangan meningkat 141.57 mata kepada 7,124.64 dan Indeks Perladangan menambah 150.93 mata kepada 4,549.51.

FBMEmas 111.75 mata lebih tinggi pada 5,871.13, FBM30 naik 119.77 mata kepada 5,794.02, FBMMesdaq turun 20.13 mata kepada 3,375.45 dan FBM2BRD meningkat 18.29 mata kepada 3,925.11.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 322 berbanding 156, manakala 195 kaunter tidak berubah, 584 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan bertambah kepada 397.698 juta saham bernilai RM664.159 juta daripada 315.914 juta saham bernilai RM466.514 juta, kelmarin.

Antara saham cergas, IOI Corp naik 16 sen kepada RM3.84, UEM Land mengukuh dua sen kepada 74 sen dan TAMCO Corp menokok 2.5 sen kepada 33 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat 20 sen kepada RM5.60, Maybank naik lima sen kepada RM5.45 dan Tenaga kekal pada RM5.75. Jumlah dagangan di Papan Utama bertambah kepada 332.425 juta saham bernilai RM648.070 juta daripada 238.491 juta saham bernilai RM455.383 juta, kelmarin.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan meningkat kepada 30.006 juta saham bernilai RM8.118 juta daripada 16.664 juta saham bernilai RM4.146 juta. Pasaran Mesdaq mencatatkan pertambahan jumlah dagangan kepada 20.599 juta saham bernilai RM6.255 juta daripada 15.332 juta saham bernilai RM4.404 juta.

Waran, bagaimanapun, susut jumlahnya kepada 13.250 juta saham bernilai RM1.186 juta daripada 44.718 juta saham bernilai RM2.241 juta sebelumnya. Berdasarkan sektor, barangan pengguna menguasai 5.297 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 50.740 juta, pembinaan 34.867 juta, perdagangan/perkhidmatan 114.639 juta, teknologi 4.658 juta, prasarana 12.943 juta, kewangan 29.658 juta, hotel 3.406 juta, harta 50.941 juta, perladangan 23.696 juta, perlombongan tiada, REIT 1.535 juta dan dana tertutup 44,900. – Bernama

February 6, 2009

Sime Darby teroka projek bekalan air, tanaman padi

SIME Darby Bhd akan melabur sehingga RM2 bilion bagi mempelopori pembekalan air dari sumber bawah tanah serta bidang penanaman padi bagi merangsang sumber pendapatannya. Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, berkata konglomerat itu yang sebelum ini meraih sebahagian besar pendapatan daripada perniagaan sawit, hartanah dan automotif, yakin bidang baru itu berdaya maju dan bakal memberikan manfaat besar dalam jangka panjang.

“Kami tidak tersasar daripada perniagaan teras kami, bidang ini juga adalah sebahagian daripada perniagaan teras kami. Kami melihat bidang pembekalan air dari sumber bawah tanah dan penanaman padi sebagai projek berdaya maju dan komersial,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ahmad Zubir, berkata bagi projek air bawah tanah, Sime Darby akan menggali sumber air di Batang Padang, Perak. “Batang Padang memiliki simpanan sumber air bawah tanah yang besar. Kami mahu memulakan pembinaan projek loji rawatan yang mampu membekalkan sehingga 500 juta liter air bersih sehari (MLD).

“Pelaburan bagi projek ini adalah kira-kira RM1.3 bilion dan Sime Darby merancang mendapatkan kontrak pembekalan air sehingga 60 tahun,” katanya sambil menambah Batang Padang dianggarkan memiliki simpanan air bawah tanah kira-kira dua bilion liter padu yang boleh digunakan sehingga 200 tahun.

Beliau berkata, Sime Darby mensasarkan mula menyalurkan bekalan air bersih ke Lembah Klang pada 2011. “Kami masih berunding dengan pihak berkaitan dalam Kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk Lembaga Air Perak bagi memperoleh konsesi itu.

Kami jangkakan aktiviti penyaluran dapat dimulakan pada 2011,” katanya. Bagi bidang penanaman padi, Ahmad Zubir berkata, Sime Darby akan memulakan projek penanaman di kawasan seluas 7,000 hektar di Sarawak dengan pelaburan dianggarkan kira-kira RM70,000 sehektar. Beliau berkata, projek itu akan menggunakan kaedah pertanian mekanikal, yang memerlukan tenaga buruh minimum dan benih berhasil tinggi.

“Bagi plot seluas 200 hektar, ia hanya memerlukan antara 17-20 pekerja berbanding 100 orang pekerja menggunakan kaedah biasa. Hasilnya juga adalah tinggi, iaitu sehingga 10 tan padi sehektar,” katanya.

Ahmad Zubir berkata, untuk membuktikan kaedah dipelopori Sime Darby itu mampu menjana keuntungan dan berdaya maju, konglomerat itu sudah menjalankan kajian terperinci. “Sime Darby telah memperuntukkan sehingga 200 hektar tanah miliknya di Gedung, Perak khusus bagi penanaman padi dan konsep itu terbukti berkesan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam melawat projek air bawah tanah Sime Darby di Cluny/Bedford Estate di Batang Padang, Perak serta melancarkan model ladang padi Sime Darby di Gedong, Ladang Tali Ayer, Bagan Serai, Perak.

February 5, 2009

Tinjauan Pasaran: Pelabur terus berhati-hati

Tiada banyak berita positif dalam negara untuk merangsang pasaran

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam apabila pelabur terus berhati-hati dengan ketiadaan minat belian berterusan disebabkan kebimbangan yang berlanjutan mengenai ekonomi global.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 2.87 mata lebih rendah pada 876.8, setelah dibuka 1.37 mata lebih tinggi pada 881.04.

Peserta pasaran sekarang memilih untuk melihat pasaran dari sudut jangka pendek kerana berita positif dan negatif silih berganti jam demi jam, kata seorang peniaga. Dalam negara, tiada banyak berita positif yang kukuh untuk merangsang pasaran dan pelabur menunggu perincian pakej rangsangan kedua.

Beliau berkata kebanyakan pelabur mungkin memilih untuk berada di luar pasaran hingga selepas Perhimpunan Agung Umno Mac ini, untuk mendapatkan keputusannya.

"Pada masa ini, pelabur memilih untuk tidak memasuki pasaran, bukan saja pasaran tempatan malah di negara lain, disebabkan oleh keadaan turun naik yang berterusan itu," kata ketua eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, dalam kenyataan ketika mengulas prestasi pasaran.

Yusli berkata, ketidaktentuan dalam pasaran akan berterusan hinggalah muncul tanda-tanda kestabilan ekonomi yang jelas dari Amerika Syarikat (AS) dan pasaran maju yang lain. Indeks Perusahaan merosot 15.85 mata kepada 2,060.26 dan Indeks Kewangan turun 31.29 mata kepada 6,900.89 tetapi Indeks Perladangan meningkat 7.34 mata kepada 4,456.82.

FBMEmas 15.85 mata lebih rendah pada 5,742.31, FBM30 jatuh 22.66 mata kepada 5,649.98, FBMMesdaq susut 23.94 mata kepada 3,300.64 dan FBM2BRD turun 10.28 mata kepada 3,897.62.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 225 berbanding 218, manakala 222 kaunter tidak berubah, 592 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan mengecil kepada 298.944 juta saham bernilai RM408.384 juta daripada 301.263 juta saham bernilai RM506.259 juta kelmarin.

Antara saham cergas, Compugates mengukuh 1.5 sen kepada 16 sen, KNM menokok setengah sen kepada 44 sen dan PICORP menambah sesen kepada 45.5 sen. Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun lima sen kepada RM5.35, Maybank susut lima sen kepada RM5.25 manakala Tenaga dan Telekom masing-masing kekal pada RM5.70 dan RM3.16.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 243.562 juta saham bernilai RM394.845 juta daripada 257.235 juta saham bernilai RM497.228 juta kelmarin. Di Papan Kedua, jumlah dagangan bertambah kepada 30.772 juta saham bernilai RM9.224 angan kepada 8.988 juta saham bernilai RM2.422 juta daripada 7.929 juta saham bernilai RM2.783 juta.

Waran bertambah kepada 14.768 juta saham bernilai RM1.718 juta daripada 14.675 juta saham bernilai RM546,443. Sektor barangan pengguna menguasai 4.976 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 46.489 juta, pembinaan 24.023 juta, perdagangan/perkhidmatan 94.348 juta, teknologi 6.972 juta, prasarana 5.346 juta, kewangan 17.472 juta, hotel 2.319 juta, harta 31.116 juta, perladangan 8.671 juta, perlombongan 1,000, REIT 1.799 juta dan dana tertutup 31,500. – Bernama

February 4, 2009

Pasaran kekurangan rangsangan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan tekanan jualan dengan pelabur masih bimbang akan keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 4.78 mata lebih rendah kepada 879.67, diterajui penurunan saham wajaran berat terpilih seperti Tenaga Nasional (TNB) dan Sime Darby.

Ia dibuka 1.73 mata lebih tinggi kepada 886.18. TNB turun 20 sen kepada RM5.70 manakala Sime Darby susut 10 sen kepada RM5.40.

“Pelabur masih tidak yakin dengan pasaran. Mereka mengharapkan kepada pemangkin yang baru dan kukuh bagi merangsang sentimen pasaran,” kata seorang peniaga. Beliau juga berkata, kebimbangan masih berterusan apabila aliran menurun yang berterusan dalam harga minyak global menjejaskan sentimen di kalangan pelabur.

KLCI dijangka diniagakan antara paras 870-890 hari ini dengan pelabur terus melihat kepada prestasi Wall Street dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata indeks itu dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini, mengambil petunjuk daripada perkembangan luar dan keputusan suku keempat kewangan korporat. Indeks Perusahaan turun 22.28 mata kepada 2,076.11, Indeks Kewangan meningkat 20.05 mata kepada 6,932.18 manakala Indeks Perladangan turun 0.57 mata kepada 4,449.48.

FBMEmas berkurangan 35.83 mata kepada 5,758.16, FBM30 susut 36.99 mata kepada 5,672.64, FBMMesdaq turun 42.86 mata kepada 3,324.58 manakala FBM2BRD jatuh 30.72 mata kepada 3,907.90.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 305 berbanding 152, manakala 185 kaunter ditutup tidak berubah dengan 607 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 301.263 juta saham bernilai RM506.259 juta daripada 295.494 juta saham bernilai RM462.014 juta, Jumaat minggu lalu. Di kalangan kaunter cergas, UEM Land turun 2.5 sen kepada 73 sen, PICORP susut satu sen kepada 44.5 sen manakala Zelan berkurangan 5.5 sen kepada 82.5 sen.

Bagi saham wajaran berat, Maybank naik lima sen kepada RM5.30, Tenaga turun 20 sen kepada RM5.70 manakala Telekom berkurangan dua sen kepada RM3.16. Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 257.235 juta saham bernilai RM497.228 juta daripada 260.686 juta saham bernilai RM452.621 juta, Jumaat lalu.

Jumlah dagangan di Papan Kedua berkurangan kepada 20.913 juta saham bernilai RM5.575 juta daripada 22.277 juta saham bernilai RM5.438 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq meningkat kepada 7.929 juta saham bernilai RM2.783 juta daripada 4.743 juta saham bernilai RM1.632 juta.

Waran menokok kepada 14.675 juta saham bernilai RM546,443 daripada 7.141 juta saham bernilai RM1.044 juta sebelumnya. Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 5.628 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 29.427 juta, pembinaan 37.106 juta, perdagangan/perkhidmatan 94.743 juta, teknologi 6.615 juta, prasarana 10.538 juta, kewangan 23.630 juta, hotel 3.502 juta, harta 37.907 juta, perladangan 6.141 juta, perlombongan sifar, REITs 1.912 juta dan dana tertutup 85,100. - Bernama

February 3, 2009

Dagangan dijangka hambar

HARGA saham di Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan dalam jajaran kecil minggu ini, susulan kurangnya rangsangan tempatan dan luar negara, terutama selepas kejatuhan ketara di Wall Street Jumaat lalu, kata penganalisis.

Indeks utama Dow Jones jatuh 148.15 mata kepada 8,000.86 selepas penyiaran siri data ekonomi lemah di Amerika Syarikat (AS) termasuk pendapatan serta dakwaan mengenai pengangguran yang boleh menyebabkan ekonomi mengalami kemelesetan yang lebih teruk, katanya.

Tambahan pula, minggu ini adalah satu lagi minggu dagangan yang pendek berikutan pasaran ditutup semalam sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran juga ditutup pada 26 dan 27 Januari lalu sempena sambutan Tahun Baru Cina. “Justeru, pasaran mengalami kekurangan berita positif untuk memberi petunjuk, namun seperti kebiasaan mungkin akan berlaku aktiviti belian terpilih bagi kaunter tertentu.

Keseluruhan pasaran bagaimanapun dijangka mengalami aliran harga menurun,” katanya. TA Securities dalam nota kajiannya berkata, ketahanan pasaran adalah antara 885 dan 900, yang bertindak sebagai halangan kukuh berikutan tiada petunjuk positif.

“Sokongan serta-merta yang bermakna hanya dilihat sekitar 865 dengan 850 menjadi benteng kukuh,” kata firma sekuriti itu Jumaat lalu. Penganalisis lain bagaimanapun berkata pengumuman pakej rangsangan kedua, bergantung kepada sektor mana yang menjadi keutamaan, mungkin membantu menyemarakkan pasaran.

Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dilaporkan berkata Malaysia akan menyemak unjuran defisit bajetnya kepada menaik daripada 4.8 peratus tahun ini selepas pengumuman pakej rangsangan kedua.

Najib yang juga Menteri Kewangan, bagaimanapun enggan mengulas mengenai bila kerajaan akan mengumumkan pakej kedua itu. Pakej pertama membabitkan RM7 bilion diumumkan pada 4 November 2008.

Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat, KLCI menutup dagangan minggu lalu 884.45, meningkat 11.76 mata berbanding 872.69 pada penutup minggu sebelumnya. Indeks Perusahaan melonjak 42.13 mata kepada 2,098.39, Indeks Kewangan menokok 70.48 mata kepada 6,912.13, manakala Indeks Perladangan meningkat 164.29 mata kepada 4,450.05.

FBMEmas merekodkan 66.2 mata lebih tinggi pada 5,793.99, FBM30 menambah 75.22 mata kepada 5,709.63, FBM2BRD meningkat 11.06 mata kepada 3,938.62 dan FBM-MDQ meningkat 5.76 mata kepada 3,367.44.

Jumlah dagangan keseluruhan minggu lalu susut kepada 795.144 juta saham bernilai RM1.145 bilion berbanding 1.813 bilion saham bernilai RM2.211 bilion minggu sebelumnya. Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 691.13 juta saham bernilai RM1.119 bilion berbanding 1.487 bilion saham bernilai RM2.129 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 208.746 juta saham bernilai RM15.723 juta berbanding 206.454 juta saham bernilai RM58.904 juta, Jumaat sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq susut kepada 18.232 juta saham bernilai RM5.95 juta berbanding 57.759 juta saham bernilai RM15.468 juta minggu sebelumnya.

Waran susut kepada 23.697 juta saham bernilai RM2.631 juta berbanding 49.113 juta saham bernilai RM4.007 juta sebelumnya. - Bernama

February 2, 2009

Analisis Saham: Eksport MSM terima kesan global

Penganalisis kekal harga andaian minyak sawit mentah sepanjang 2009 sekitar RM1,800 satu tan PENGURANGAN permintaan dijangkakan memberikan tekanan kepada komoditi utama Malaysia termasuk minyak sawit mentah (MSM) tahun ini.

Bagi industri sawit, syarikat perladangan menikmati keuntungan hebat ketika harga MSM mencecah RM1,750 pada suku keempat 2006 dan sejak itu, harga terus meningkat didorong permintaan dari negara seperti India dan China serta sektor bahanapi bio.

Bagaimanapun pada Mac 2008, peserta industri komoditi itu, termasuk Asiatic Development Bhd, mengalami perubahan selepas harga MSM merudum berikutan kejatuhan harga minyak mentah dan penurunan permintaan ekoran krisis kewangan Amerika Syarikat.

Harga MSM turun dua pertiga daripada paras tertinggi RM4,486 satu tan pada Mac tahun lalu kepada paras semasa kira-kira RM1,500 satu tan. Sungguhpun begitu, sentimen bagi sektor perladangan kelihatan bertambah baik sejak suku keempat 2008.

Eksport MSM negara meningkat kukuh pada Disember 2008, menokok 18 peratus berbanding tahun sebelumnya ke paras tertinggi 1.61 juta tan.

Kenaikan itu berkemungkinan disebabkan aktiviti menambah stok susulan keredaan yang dirasai pada bulan-bulan sebelumnya. Selepas mencecah paras terendah RM1,331 satu tan akhir Oktober, harga kembali meraih momentum menaik, melonjak melepasi RM2,000 satu tan, sungguhpun hanya sementara, pada awal tahun.

Harga MSM ketika ini berlegar sedikit di atas paras RM1,800 satu tan. Harga purata bagi MSM ialah sekitar RM1,550 satu tan pada penghujung 2008, di bawah harga purata sekitar RM3,500 satu tan pada separuh pertama 2008.

Stok penutupan bagi MSM juga susut pada Disember, daripada tinggi 2.27 juta tan kepada 1.99 juta tan. Jumlah eksport untuk sepanjang tahun selari hasil pengeluaran, berkembang sekitar 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, tinjauan tahun ini kelihatan kurang pasti. Kemelesetan ekonomi global kelihatan akan bertambah buruk, sungguhpun pelbagai langkah agresif diambil kerajaan dan bank pusat seluruh dunia termasuk pengurangan kadar faedah.

Bulan lalu, Suruhanjaya Eropah mengurangkan tinjauan pertumbuhan kawasan berkenaan, menjangka penguncupan 1.9 peratus bagi zon eropah, susut daripada pertumbuhan 0.1 peratus diramalkan pada November tahun lalu.

Dengan peningkatan pengangguran dan pengurangan pendapatan, perbelanjaan pengguna terus berkurangan. Data industri mencadangkan eksport MSM negara susut ketara 33 peratus dalam tempoh 20 hari pertama tahun ini berbanding bulan sebelumnya.

Sungguhpun terdapat harapan bagi pemulihan ekonomi global pada separuh kedua 2009, mengambil kira kesan mendalam kelembapan ekonomi, pemulihan dijangka perlahan dan beransur-ansur.

Justeru, kita berkemungkinan tidak dapat menyaksikan kembali harga komoditi yang tinggi seperti yang dicatatkan awal tahun lalu dalam tempoh terdekat ini. Kerajaan telah menjadikan mandatori penggunaan lima peratus campuran biodiesel berasaskan sawit untuk kenderaan kerajaan.

Rancangan itu bertujuan melanjutkan penggunaannya ke sektor perindustrian dan pengangkutan awam menjelang 2010. Ini sekali gus dapat menghabiskan lebihan stok. Bagaimanapun, dengan dagangan hadapan minyak mentah sekitar AS$35-AS$40 setong, tinjauan permintaan komersial bagi bahanapi bio alternatif kurang memberangsangkan.

Ini akan mengurangkan tekanan untuk menukar tanaman makanan seperti jagung dan biji sesawi untuk penghasilan bahanapi bio. Penganalisis di InsiderAsia mengekalkan harga andaian MSM RM1,800 satu tan bagi 2009, jauh di bawah harga purata RM1,800 satu tan pada 2008.

Sehubungan itu, sungguhpun jangkaan pertumbuhan pengeluaran tandan segar sebanyak empat peratus, jualan dijangka jatuh mendadak disebabkan harga jualan lebih rendah. Sebaliknya, kos pengeluaran Asiatic dijangka tidak akan susut banyak.

Sungguhpun harga baja berkurang sedikit kebelakangan ini, InsiderAsia berpendapat ia masih lagi lebih tinggi berbanding harga purata yang dibayar Asiatic untuk tahun lalu. Asiatic belum lagi membuat sebarang pembelian baja tahun ini dengan jangkaan harga akan lebih rendah dalam tempoh terdekat.

InsiderAsia menganggarkan kos pengeluaran Asiatic akan kekal antara RM950-RM1,000 satu tan tahun ini. Firma itu juga berpendapat ia akan memberi kesan kepada penguncupan keuntungan bersih Asiatic dengan ramalan ia akan susut kepada RM182 juta atau 24 sen sesaham pada 2009, kira-kira separuh unjuran tahun sebelumnya Prospek jangka panjang Asiatic kekal positif, yang mana ia bercadang meneruskan program tanaman kawasan baru secara usaha sama di Indonesia.

Jika rancangan berjalan lancar, ia akan menanam sehingga 20,000 hektar setahun. InsiderAsia mengekalkan cadangan 'pegang' ke atas saham syarikat berkenaan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers