KUALA LUMPUR 30 Jun – Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), institusi pelaburan baru dengan modal permulaan RM500 juta dan sasaran dana sehingga RM10 bilion.
Ia akan menjadi satu instrumen untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera, fungsi yang gagal dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, Ekuinas berbeza dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang memberi tumpuan kepada pelaburan saham amanah.
Sebaliknya, kata beliau, ia adalah dana ekuiti swasta yang akan menumpukan pelaburan di dalam sektor-sektor berpotensi mengalami pertumbuhan tinggi – pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perubatan, minyak dan gas serta bioteknologi.
Perdana Menteri berkata, penubuhan Ekuinas adalah sebahagian daripada pendekatan baru kerajaan untuk memastikan penyertaan bumiputera yang bermakna dan efektif.
“Sehingga hari ini, jumlah penguasaan ekuiti bumiputera hanya sekitar 19.4 peratus, masih jauh ketinggalan berbanding sasaran awal sebanyak 30 peratus.
“Jadi kita ganti FIC dengan satu instrumen baru iaitu Ekuinas yang akan memberi tumpuan untuk meningkatkan pelaburan syarikat bumiputera yang berpotensi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Invest Malaysia 2009 di sini hari ini. Persidangan itu dihadiri lebih 1,000 pengurus dana dan pemimpin korporat.
Pada 1990, ekuiti bumiputera berada pada tahap 19.3 peratus dan ia hanya meningkat kepada 19.4 peratus pada 2006 yang kekal sehinggalah ke hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, Ekuinas akan melabur secara bersama dengan dana swasta lain bagi menggalakkan perkongsian tulen dan pendekatan komersial sepenuhnya.
“Justeru penyertaan bumiputera menerusi Ekuinas akan dibuat berasaskan merit,” tegasnya.
Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, sejak 1970, keupayaan profesional bumiputera semakin meningkat dan mereka kini berminat menyumbang serta bersaing secara aktif dalam pekerjaan, pengurusan juga sebagai vendor.
“Kita berharap menerusi pelaburan dana seperti Ekuinas, bumiputera yang berpotensi serta berkemampuan baik akan disokong dan dibantu,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan akan menyediakan dana dan melantik pakar untuk menguruskan Ekuinas tidak lama lagi.
Bercakap pada sidang akhbarnya, Perdana Menteri menjelaskan matlamat 30 peratus penyertaan bumiputera dalam pertumbuhan dan pengagihan ekonomi negara masih kekal walaupun syarat pegangan ekuiti dalam syarikat tersenarai oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) dimansuhkan.
“Apa yang berbeza, kita menganggap (penyertaan 30 peratus bumiputera) ini sebagai sasaran makro. Kita masih komited mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan keadilan sosial.
“Apa yang penting, kita tidak mahu sesiapa pun merasa dipinggirkan atau tidak diberi perhatian,” katanya.
Najib berkata, tumpuan kini adalah penyertaan menyeluruh bumiputera dalam semua aspek dan tidak terhad kepada pegangan ekuiti semata-mata.
July 1, 2009
Pemilikan 30% ekuiti bumiputera dimansuh
KUALA LUMPUR 30 Jun - Garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.
Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilan alih.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis panduan baru.
"Mulai hari ini, FIC tidak lagi memproses transaksi saham atau mengenakan sebarang syarat bagi transaksi tersebut," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2009 anjuran Bursa Malaysia Bhd. dan Kumpulan CIMB di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pada masa ini syarikat-syarikat yang mahu disenaraikan perlu memenuhi syarat pegangan saham awam sebanyak 25 peratus, mengikut Peraturan Penyenaraian Bursa Malaysia dan syarat 30 peratus ekuiti bumiputera di bawah garis panduan FIC.
Bagaimanapun, mulai hari ini, Keperluan Tebaran Awam akan dikekalkan dan sebagai tambahan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bakal memperkenalkan garis panduan baru.
Di bawah garis panduan baru itu, syarikat yang mahu membuat penyenaraian perlu menawarkan 50 peratus daripada 25 peratus tebaran pegangan saham awal kepada pelabur bumiputera.
Tambah beliau, ini bermakna syarat ekuiti pelabur bumiputera telah dimasukkan bersama di dalam tebaran awam.
Najib menambah, mulai sekarang tiada lagi keperluan ekuiti dalam pasca IPO kecuali dalam pengambilan berbalik (RTO) dan penyenaraian 'pintu belakang'.
"Garis panduan baru ini diperkenalkan kerana kita dapati model lama FIC ada kekurangan, apabila ada segelintir pihak mendakwa tidak mendapat insentif dalam negara sendiri.
"Peraturan FIC itu juga sering mendapat rungutan di kalangan para pelabur asing dan dengan pemansuhan FIC, kita berharap Malaysia dapat menjadi destinasi mesra pelabur," katanya.
Beliau menaruh harapan, peraturan baru itu akan menjadikan negara lebih berdaya saing dalam pasaran modal dan meletakkan kedudukan Malaysia dalam 'radar' lebih tinggi di kalangan pelabur asing, tidak hanya dalam pelaburan asing tetapi juga dalam pelaburan ekuiti.
Menurut beliau, perubahan dalam garis panduan itu telah meletakkan semula Malaysia dalam situasi yang betul untuk mendapat manfaat ketika pemulihan ekonomi dunia.
Langkah yang diperkenalkan itu juga dapat mengurangkan amalan 'ali baba' kerana peraturan baru itu akan hanya membantu mereka yang menolong diri sendiri.
Mengulas lanjut, Najib berkata, sebelum ini, kebanyakan pelabur bumiputera yang mendapat saham, akan menjual saham mereka.
"Saham yang dijual bukan sedikit kerana berdasarkan kajian, daripada sejumlah RM54 bilion saham milik bumiputera, yang tinggal kini hanya RM2 bilion. Sebab itu saya katakan model lama FIC tidak lagi boleh digunakan," jelasnya.
Malah, sehingga hari ini, jumlah penguasaan ekuiti bumiputera hanya sekitar 19.4 peratus,
masih jauh ketinggalan berbanding sasaran awal sebanyak 30 peratus.
Najib menyifatkan pemansuhan garis panduan itu adalah polisi yang adil bagi semua termasuk pelabur asing.
"Garis panduan polisi baru ini memberi situasi menang-menang kepada para pelabur global dan pada masa sama ia memenuhi keperluan bagi instrumen baru yang lebih efektif untuk bumiputera," jelas beliau.
Ditanya sama ada garis panduan baru itu akan menyebabkan berlaku penentangan politik, Najib berkata: "Tidak ada kerana tidak ada sesiapa akan rasa terpinggir"'.
"Tidak ada mana-mana kumpulan etnik akan terpinggir dan tidak ada penarikan semula insentif yang sedang dinikmati oleh kumpulan etnik. Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan," tegas beliau.
Najib berkata, tugas FIC sekarang hanya memproses transaksi yang melibatkan pelupusan kepentingan bumiputera termasuk penjualan hartanah milik bumiputera kepada bukan bumiputera dan kepentingan kerajaan dalam hartanah.
Bagaimanapun, kelulusan FIC hanya diperlukan bagi hartanah melebihi RM20 juta sama ada dibeli secara langsung atau tidak langsung.
"Lain-lain transaksi tidak memerlukan kelulusan FIC," katanya.
Najib yakin dengan kelonggaran peraturan itu akan meningkatkan nilai kedudukan Malaysia sebagai destinasi untuk membuat perniagaan dan pelaburan.
Perubahan itu juga membolehkan Unit Perancang Ekonomi memfokus semula peranannya untuk koordinasi dan memantau polisi pengagihan pada tahap makro, kata beliau.
"Dengan ini, kerajaan akan kekal komited meningkatkan pembabitan ekonomi oleh bumiputera.
"Pendekatan baru ini akan memberi fokus untuk menumpukan kestabilan dan pembabitan efektif melalui kerjasama tulen dan meritokrasi," tambahnya.

Pengarah punca rugi kena tindakan
KERAJAAN akan meminda Akta Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSA) yang antara lain akan memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengambil tindakan terhadap pengarah atau pegawai syarikat senaraian awam (PLC) yang secara salah menyebabkan kerugian kepada syarikat mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata pindaan yang bertujuan mengukuhkan lagi kuasa penguatkuasaan SC itu juga akan membolehkan badan kawal selia pasaran modal tempatan itu menghalang pelupusan aset PLC secara salah oleh mereka yang menguruskannya.
Ia juga, katanya, akan menyaksikan pengenalan peraturan baru bagi menghalang sesiapa saja daripada mempengaruhi, memaksa atau menipu mana-mana pihak yang terbabit dalam penyediaan atau audit penyata kewangan PLC.
“Walaupun ketika kita bergerak ke arah persekitaran pasaran modal yang lebih bersifat antarabangsa, kita perlu memastikan objektif kawal selia yang adil, telus, kedudukan kewangan yang kukuh dan melindungi pelabur dipenuhi.
“Ini memerlukan kita mengukuhkan lagi regim penguatkuasaan bagi membanteras kesalahan sekuriti dan jenayah korporat,” katanya dalam ucapan di Persidangan InvestMalaysia 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, selain membuat pindaan terhadap CMCA, kerajaan juga akan meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 pada sesi persidangan Parlimen yang berlangsung ketika ini bagi membolehkan penubuhan Lembaga Pemantauan Juruaudit bebas.
Sementara itu, dalam ucapannya, Perdana Menteri mengumumkan Bank Negara Malaysia dan SC akan mengkaji semua permohonan visa bagi industri perkhidmatan kewangan dan pasaran modal sebagai usaha meraih kepakaran dan memantapkan hubungan sosial bagi meningkatkan penyertaan antarabangsa dalam industri itu.
Beliau berkata, pasaran modal adalah industri berintensifkan pengetahuan, justeru, menarik dan mengekalkan pekerja berbakat adalah satu aspek kritikal. “Kita menyedari wujud persaingan sengit di peringkat antarabangsa dalam merebut modal insan berkemahiran dan Malaysia harus berada dalam kedudukan terbaik untuk melaksanakan proses pengambilan bakat antarabangsa,” katanya.

SC proaktif tarik syarikat asing
SURUHANJAYA Sekuriti (SC) akan menjemput syarikat asing yang sebelum ini bercadang menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia tetapi gagal mematuhi syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera di bawah garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) untuk mengemukakan semula permohonan masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata SC akan bertindak secara proaktif bagi mendapatkan semula syarikat berkenaan untuk diberikan kelulusan segera. “Kita akan menghubungi semula syarikat berkenaan dan memaklumkan mereka mengenai dasar terbaru kerajaan mengenai pemilikan ekuiti Bumiputera.
“Kerajaan yakin dapat menarik semula syarikat berkenaan kerana pasaran modal kita kini menjadi lebih telus. Kita sudah mempunyai segala-galanya untuk menarik mereka,” katanya pada sidang media sempena Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Nor Mohamed berkata, keputusan mengkaji semula peranan dan fungsi FIC akan membolehkan Malaysia terus berdaya saing dan mewujudkan pasaran modal yang lebih cergas khususnya dalam konteks model ekonomi baru yang menjurus kepada pendekatan pertumbuhan ekonomi ke arah pengagihan kekayaan.
“Apabila dasar berhubung dengan pemilikan ekuiti Bumiputera itu dihapuskan pelabur asing kini lebih yakin dengan pasaran modal kita. Soal ketidaktentuan telah berjaya dihapuskan dan kita mempunyai rejim yang lebih telus sekarang dalam soal pasaran modal ini.
“Sebelum ini pelabur enggan datang,” katanya yang yakin langkah itu akan menarik kemasukan pelaburan ke negara ini. “Sudah pasti, langkah ini akan mampu membawa masuk wang ke dalam pasaran modal kita,” katanya.
Mengenai pemilihan syarikat yang akan diletakkan di bawah program pelaburan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) yang akan ditubuhkan, Nor Mohamed menegaskan hanya syarikat yang benar-benar berpotensi dan berjaya akan dipilih. “Seperti dijelaskan Perdana Menteri, pemilihan adalah berdasarkan meritokrasi,” katanya.

RM3 bilion dana rangsangan ekonomi diagih
KERAJAAN sudah membayar sebanyak RM3 bilion daripada projek bernilai RM9 yang dilaksanakan di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama dan kedua setakat 19 Jun lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Pembayaran itu disegerakan sejajar dengan pelaksanaan projek yang sudah diperuntukkan. “Saya yakin ia menjadi suntikan perbelanjaan dalam ekonomi domestik dan memberi kesan gandaan yang akan membantu menampan kesan kemelesetan global, di samping menyediakan peluang pemulihan ekonomi pada separuh tahun kedua tahun ini,” katanya pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Jumlah itu meningkat lebih 100 peratus berbanding RM4.2 bilion seperti yang dilaporkan pada 12 Jun lalu. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan komited untuk memberi tindak balas pantas bagi menjana ekonomi tempatan menerusi perbelanjaan pembangunan bagi mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi global.
“Seperti yang telah kita ketahui dan rasai, kegawatan ekonomi global sudah menampakkan kesannya ke atas ekonomi benar, syarikat, peluang pekerjaan, rakyat dan keluarga di seluruh dunia dan negara juga tidak terkecuali,” katanya.
Susulan itu, Najib berkata, kerajaan sudah memperkenalkan dua pakej rangsangan pada November dan Mac lalu dengan nilai keseluruhan sebanyak RM67 bilion atau kira-kira sembilan peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk dibelanjakan bagi tempoh dua tahun.
Katanya, pakej rangsangan fiskal itu membabitkan pelaksanaan langkah komprehensif dalam mengurangkan kesan kegawatan kepada rakyat dan syarikat, menjana permintaan agregat dalam jangka pendek dan membina kapasiti ekonomi dalam jangka panjang.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus memastikan syarikat perniagaan mendapat pembiayaan mencukupi dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi menyediakan kemudahan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana serta menubuhkan mekanisme penyediaan jaminan dan penstrukturan hutang bagi menyokong pembiayaan sektor swasta.

Kelonggaran FIC perlu dilaksana segera
KELONGGARAN terhadap Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) secara komprehensif berkuat kuasa serta-merta, akan mengetengahkan lagi Malaysia antara negara yang berupaya bersaing secara kompetitif dengan China dan India, sebagai destinasi utama pilihan pelabur asing.
Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata jika kelonggaran itu tidak dilaksanakan dengan kadar segera, Malaysia boleh kehilangan daya tarikan di kalangan pelabur asing secara perlahan-lahan, sekali gus tewas dalam persaingan terbuka dengan negara lain.
“Jika kita tidak melonggarkan FIC, negara akan terus kehilangan ramai pelabur asing, kerana mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk membuat pelaburan di tempat lain, khususnya India dan China,” katanya.
Ketua Eksekutif Maybank Investment Bank, Mohammed Rashdan Yusof, berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri itu bakal menghilangkan terus semua kekangan yang sebelum ini menjadi halangan utama kepada pelabur asing melabur di Malaysia.
“Justeru, saya amat yakin dengan pengumuman ini, ia akan membantu meningkatkan lagi Malaysia sebagai sebagai salah satu destinasi pelaburan terunggul di peringkat antarabangsa,” jelasnya.
Ketua Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata secara keseluruhannya, pengumuman itu dianggap amat positif kerana ia menandakan berlakunya reformasi utama dari segi pemilikan syarat ekuiti yang ditetapkan ke atas syarikat yang mahu menyenaraikan saham mereka di Malaysia.
“Menerusinya, ia memudahkan proses dan memberi kepastian kepada pelabur yang mahu melabur di negara ini dan syarikat yang mahu membuat penyenaraian dalam pasaran di negara ini,” katanya.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata pihaknya tidak bimbang dengan kelonggaran syarat pegangan pelaburan yang diberikan kepada syarikat pelabur asing yang boleh memiliki 100 peratus kepentingan.
“Setakat ini walaupun PNB terpaksa menanggung pelbagai risiko termasuk membolehkan pelabur membawa keluar atau masuk wang pada bila-bila masa, malah menerima pelaburan pada kadar paling rendah iaitu RM10 seorang, kami masih mampu menguruskan dana pelaburan dengan baik malah menjana pulangan yang sangat berdaya saing,” katanya.

ASN2 agih pendapatan 5.2 sen seunit
AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.2 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009.
Kadar berkenaan adalah sama dengan yang dibayar dalam tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2007. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM11.67 juta yang memberi manfaat kepada 10,962 pemegang unit yang memegang keseluruhan 224.34 juta unit.
Katanya, berdasarkan nilai aset bersih ASN2 pada 29 Jun lalu iaitu RM0.963 seunit, kadar hasil pengagihan pendapatan diperoleh pemegang unit adalah 5.71 peratus. “Prestasi ASN2 banyak dipengaruhi pasaran saham dan ekonomi negara yang terjejas akibat krisis kewangan dan ekonomi global.
“Walaupun pasaran menunjukkan sedikit peningkatan kebelakangan ini, pemulihan sebenar bergantung kepada perkembangan ekonomi dunia yang dijangka mula menunjukkan pemulihan pada separuh kedua 2009,” katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan ASN2, di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Ahmad Sarji berkata, hingga 29 Jun 2009, ASN2 memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM10.81, yang mana RM6.69 juta atau 61.89 peratus disumbangkan oleh pendapatan dividen yang diterima daripada syarikat pelaburan, jualan saham (RM2.31 juta/21.37 peratus) dan pelaburan jangka pendek (RM1.81 juta/16.74 peratus).
Katanya, pembayaran pengagihan pendapatan akan dilabur secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit, berdasarkan nilai aset bersih ASN2 pada 30 Jun 2009. Beliau berkata, pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di pejabat ASNB atau ejen di seluruh negara mulai hari ini apabila urus niaga ASN2 berjalan seperti biasa.
“Bagi pemegang unit yang melanggan unit ASN2 menerusi skim pelaburan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran dikreditkan ke dalam akaun pelaburan masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Hamad Kama berkata, walaupun secara keseluruhannya prestasi ASN2 mampu membayar 9.73 peratus, namun hanya 5.2 peratus diperuntukkan kepada pemegang saham dan dana lebihan dibawa ke tahun kewangan depan sebagai persediaan masa depan.
ASN2 adalah dana pertumbuhan yang dilancarkan pada 1999 bermatlamat untuk memberi peluang kepada pemegang unit menikmati pulangan berpatutan pada tahap risiko yang bersesuaian menerusi portfolio pelaburan yang dipelbagaikan. Unit saham amanah itu terbuka kepada pelabur Bumiputera berusia 18 tahun ke atas. Ia juga disenaraikan dalam Skim Pelaburan KWSP.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music

Create a playlist at MixPod.com