February 20, 2009

EONCAP Islamik Sasar Pinjaman Tumbuh 8%

KUALA LUMPUR 19 Feb. - EONCAP Islamic Bank menjangka pertumbuhan pinjaman sebanyak lapan peratus pada tahun ini walaupun berdepan dengan kelembapan ekonomi dunia.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fozia Amanulla berkata, jangkaan itu berdasarkan aspek-aspek positif meskipun ekonomi lebih mencabar pada tahun ini.

''Bagaimanapun jangkaan itu bergantung kepada keputusan kewangan suku pertama kami," katanya pada majlis pelancaran Skim Pembiayaan Peribadi Gratuiti dan Skim Pembiayaan Peribadi Pesara Kerajaan, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
EONCAP merupakan anak syarikat milik penuh EON Bank Bhd.
Mengenai skim itu, beliau berkata, pihaknya yakin dapat mengagihkan kira-kira RM150 juta pinjaman menerusi dua skim pelan pembiayaan baru itu dalam tempoh 10 bulan.

''Jangkaan itu adalah angka konservatif memandangkan kelembapan ekonomi dunia manakala permohonan juga akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

''Bagaimanapun, kami masih yakin dapat mengatasi jumlah RM150 juta sekali gus meningkatkan pelanggan asas kepada lapan peratus daripada tiga peratus sekarang," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua skim tersebut ditawarkan kepada kakitangan kerajaan Malaysia, pesara kerajaan dan kakitangan perkhidmatan awam yang bakal bersara.

''Perkhidmatan pembiayaan ini memberi peluang kepada mereka untuk merancang pelan persaraan dengan lebih awal dan bagi memenuhi keperluan aliran tunai mereka," katanya.
Skim Pembiayaan Peribadi Gratuiti membolehkan kakitangan kerajaan yang bakal bersara dalam tempoh empat tahun atau kurang, memohon untuk pembiayaan daripada RM10,000 hingga RM100,000 dengan pembayaran balik dilakukan setelah bersara.

Tempoh pembayaran balik antara sembilan hingga 51 bulan dengan kadar purata keuntungan tahunan sebanyak tujuh peratus.

Sementara itu, Skim Pembiayaan Peribadi Pesara Kerajaan pula menawarkan pesara yang berkelayakan untuk memohon pembiayaan dari RM5,000 hingga RM100,000 dengan tempoh pembayaran balik antara tiga hingga 15 tahun (atau pada umur 70 tahun yang mana lebih awal).
Skim itu juga menggabungkan perlindungan insurans Takaful dengan memberikan subsidi premium.

Kedua-dua skim pembiayaan baru itu boleh didapati di mana-mana lima cawangan EONCAP Islamic dan semua cawangan EON Bank di seluruh negara.
Tambahnya, EONCAP Islamic juga merancang untuk memperkenalkan dua produk lagi tahun ini tetapi enggan mengulas lanjut tentang produk itu.

Mengulas mengenai nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL), katanya, kadar NPL bersih bagi segmen produk pengguna kurang daripada tiga peratus.

Pakej Kedua Lebih Komprehensif

NOR Mohamed Yakcop menurunkan tanda tangan pada plak di majlis pelancaran Skim Pembiayaan Peribadi Gratuiti dan Skim Pembiayaan Peribadi Pesara Kerajaan EONCAP Islamic Bank, di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Kerajaan memberi jaminan pakej rangsangan ekonomi kedua yang akan dibentangkan dalam bajet mini adalah lebih komprehensif dan menyeluruh.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, bajet mini itu bakal menangani isu semasa dengan memberi bantuan kepada pihak yang memerlukannya dalam keadaan yang mendesak ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut butir-butir terperinci bajet mini sehingga ia dibentangkan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu lagi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘Yang pasti, semua sektor yang tenat ekoran kelembapan ekonomi akan diberi penekanan dan keutamaan seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran Skim Pembiayaan Peribadi Gratuiti dan Skim Pembiayaan Peribadi Pesara Kerajaan EONCAP Islamic Bank, di sini hari ini.
Menurut Nor Mohamed, kerajaan sentiasa peka dan bersedia memastikan negara mampu berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar.

Ditanya sama ada kerajaan menghadapi masalah menyuntik pakej rangsangan kedua, beliau memberitahu, kerajaan tidak ada masalah mencari sumber bagi menyediakannya.
Mengenai sama ada kecairan dalam sistem perbankan merupakan satu ancaman berikutan penurunan kadar faedah baru-baru ini, beliau berkata, pemulihan ekonomi tidak hanya bergantung hanya kepada dasar kewangan.

‘‘Matlamat utama sekarang ialah memastikan bank masih memberi pinjaman dan mengekalkan pengambilan pekerja pada tahap yang tinggi,” ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata, Bank Negara Malaysia akan menerbitkan Bon Simpanan Merdeka berjumlah sehingga RM1 bilion pada 18 Mac ini.
Katanya, bon itu adalah terbitan pertama daripada dua siri dengan tempoh matang selama tiga tahun.

‘‘Bon Simpanan Merdeka, adalah simpanan tambahan kepada rakyat Malaysia yang berusia 56 tahun dan ke atas yang menawarkan peluang pinjaman jangka panjang yang lebih stabil,” jelasnya.

Saham berwajaran tinggi kukuh

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam, di tengah-tengah minat konsisten untuk saham berkaitan indeks berikutan kerugian selama tiga hari berturut-turut.

Keuntungan pada saham berwajaran tinggi utama membantu meningkatkan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) kepada 899.59, naik 4.36 mata selepas dibuka 1.15 mata lebih tinggi pada 896.38 pagi semalam. Sepanjang sesi urus niaga, KLCI bergerak antara 900.84 dan 895.51.

Saham perladangan adalah antara yang paling dijual untuk empat hari urus niaga yang lalu ekoran kebimbangan akan berlakunya penurunan seterusnya dalam harga minyak sawit mentah dan ini boleh menjejaskan pendapatan.

Penanda aras niaga hadapan minyak sawit mentah Malaysia untuk kontrak Mei kini berada di bawah paras RM1,900 satu tan. Indeks Perladangan susut 34.90 mata kepada 4,392.13 sementara Indeks Perindustrian menokok 7.30 mata kepada 2,113.15 dan Indeks Kewangan pula 41.41 mata lebih tinggi pada 7,132.46.

Indeks FBMEmas mengukuh 27.47 mata kepada 5,896.54, Indeks FBM30 menambah 39.78 mata kepada 5,823.53 sementara FBMMesdaq turun 76.43 mata kepada 3,199.92 dan FBM2BRD menokok 6.55 mata kepada 4,001.99.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 251 berbalas 211 sementara 203 kaunter tidak berubah, 607 masih tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung. Jumlah dagangan semalam adalah 334.989 juta saham bernilai RM595.489 juta, meningkat daripada 303.596 juta saham bernilai RM491.432 juta kelmarin.

Menurut peniaga, prestasi pasaran semalam agak kukuh berikutan meningkatnya keyakinan terhadap pemulihan ekonomi global dengan Amerika Syarikat mula mengagihkan pakej rangsangannya.

Langkah paling terbaru adalah pakej AS$275 bilion (RM1.003 trilion) untuk merangsangkan pasaran perumahan memandangkan data baru-baru ini sudah menunjukkan ia mula men-cecah rekod rendah.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 295.281 juta saham bernilai RM587.371 juta daripada 260.231 juta saham bernilai RM482.849 juta kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua mengukuh kepada 17.286 juta saham bernilai RM5.087 juta daripada 16.519 juta saham bernilai RM4.268 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq lebih tinggi kepada 15.042 juta saham bernilai RM2.384 juta daripada 11.485 juta saham bernilai RM2.803 juta sebelumnya. Waran merosot kepada 7.035 juta bernilai RM506,555 berbanding penutup semalam iaitu 14.637 juta bernilai RM1.346 juta.

Compugates adalah saham yang paling aktif diniagakan. Ia kekal pada harga semalaman 16.5 sen dengan 21.286 juta saham diniagakan, diikuti dengan KNM yang tidak berubah pada 42 sen dan MRCB naik setengah sen kepada 90 sen.

Saham berwajaran tinggi utama, Sime Darby menokok lima sen kepada RM5.65 sementara Tenaga Nasional dan Maybank, masing-masing mengukuh 10 sen kepada RM6.30 dan RM5.60. Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 13.545 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 40.079 juta, pembinaan 38.983 juta, urus niaga/perkhidmatan 106.153 juta, teknologi 3.991 juta, infrastruktur 9.552 juta, kewangan 26.149 juta, perhotelan 8.367 juta, hartanah 31.949 juta, perladangan 14.687 juta, perlombongan sifar, REIT 1.746 juta dan dana tertutup 76,500. - Bernama

February 19, 2009

SC perkenal Garis Panduan Dana Borong

SURUHANJAYA Sekuriti (SC) semalam memperkenalkan Garis Panduan Dana Borong yang memberikan lebih keanjalan kepada pengurus dana berlesen untuk menyediakan produk inovatif, termasuk yang berkaitan strategi pelaburan alternatif.

SC berkata, garis panduan baru itu menggantikan Garis Panduan Skim Pelaburan Terhad dan peruntukan dana borong dalam Garis Panduan Dana Unit Amanah (Garis panduan UTF). Dengan pengenalan garis panduan baru itu, pengurus dana kini hanya perlu merujuk kepada satu set garis panduan bagi produk borong, manakala syarikat pengurusan unit amanah pula perlu merujuk kepada Garis panduan UTF bagi produk runcit.

"Garis Panduan Dana Borong dibangunkan untuk membolehkan pengurus dana memenuhi keperluan rumit pelabur profesional yang lebih canggih, seperti pelabur nilai bersih tinggi dan institusi.

"Berikutan dana borong hanya boleh ditawarkan kepada pelabur layak dan bukan orang awam, Garis Panduan Dana Borong tidak menyatakan sebarang keperluan kuantitatif atau sekatan ke atas pelaburan," katanya dalam kenyataan semalam.

SC berkata, sebagai tambahan keanjalan baru diperkenalkan dalam Garis Panduan Dana Borong, termasuk melegakan sekatan leveraj; mengembangkan senarai pelabur layak; memansuhkan had pelabur; dan melonggarkan keperluan pentadbiran.

Bagi memastikan kepentingan pelabur terpelihara, peruntukan terhadap pendedahan dalam memorandum maklumat dan laporan kepada pelabur dipertingkatkan.

Tinjauan pasaran: Harga ditutup bercampur-campur

Permintaan global yang lemah menjejaskan harga saham sektor perladanganHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam dengan kerugian pada sesi pagi sebahagiannya pulih, dirangsang oleh minat diperbaharui untuk saham berwajaran tinggi utama seperti Tenaga Nasional dan Maybank.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mengakhiri hari urus niaga pada 895.23, turun 3.30 mata selepas dibuka 5.76 mata lebih rendah pada 892.77 pagi semalam.

KLCI bergerak antara 891.12 dan 896.28 sepanjang sesi. Bagaimanapun, peniaga berkata saham perladangan paling terjejas ekoran kebimbangan terhadap permintaan global lemah, sekali gus menolak Indeks Perladangan kepada 4,427.03, menyaksikan kerugian 2.57 peratus atau 116.79 mata. Indeks Perindustrian susut 10.76 mata kepada 2,105.85, dan Indeks Kewangan turun 0.24 mata asas kepada 7,091.05.

Indeks FBMEmas berkurangan 19.90 mata kepada 5,869.07, Indeks FBM30 merosot 17.65 mata kepada 5,783.75 dan FBMMesdaq lega 8.73 mata kepada 3,276.35 tetapi FBM2BRD mengukuh 3.40 mata kepada 3,995.44. Indeks FBM (FTSE Bursa Malaysia) kini sudah boleh diperoleh selepas berlakunya gangguan sistem penyebaran harga untuk dua hari urus niaga.

Saham rugi mengatasi untung dengan 236 berbanding 199 sementara 207 kaunter tidak berubah, 630 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung. Dalam urus niaga yang sederhana semalam, jumlah dagangan ialah 303.596 juta saham bernilai RM491.432 juta, susut daripada 354.749 juta saham bernilai RM500.331 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Papan Utama lega kepada 260.231 juta saham bernilai RM482.849 juta daripada 285.487 juta saham bernilai RM483.864 juta. Jumlah dagangan di Papan Kedua berkurangan kepada 16.519 juta saham bernilai RM4.268 juta daripada 31.432 juta saham bernilai RM10.655 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq pula turun kepada 11.485 juta saham bernilai RM2.803 juta daripada 16.593 juta saham bernilai RM3.521 juta. Waran susut kepada 14.637 juta bernilai RM1.346 juta berbanding penutup iaitu 19.069 juta bernilai RM1.462 juta.

Peneraju pasaran KNM Group kekal pada 42 sen, kaunter berasaskan perladangan IOI Corp turun lapan sen kepada RM3.72 sementara Progressive Impact Corp tidak berubah pada 45.5 sen. Saham berwajaran berat utama Sime Darby kerugian lima sen kepada RM5.60 sementara Tenaga Nasional dan Maybank, masing-masing menambah 10 sen kepada RM6.20 dan RM5.50.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 7.313 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 48.004 juta, pembinaan 33.399 juta, dagangan/perkhidmatan 83.962 juta, teknologi 5.653 juta, infrastruktur 9.238 juta, kewangan 21.980 juta, perhotelan 10.034 juta, hartanah 20.375 juta, perladangan 18.989 juta, perlombongan sifar, REITs1.270 juta dan dana tertutup 8,700. – Bernama

'Manfaatkan peruntukan kerajaan'

LEBIH banyak inisiatif sektor swasta diperlukan bagi menangani pemberhentian dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam kelembapan ekonomi semasa, kata ahli ekonomi dan pemerhati industri.

Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd, Yeah Kim Leng, berkata sektor swasta perlu memainkan peranan penting dalam menangani kesan negatif kelembapan ekonomi ke atas pekerjaan di negara ini.

"Sektor swasta memainkan peranan penting sebagai pemacu menangani peningkatan pengangguran dan menggunakan sepenuhnya peruntukan kerajaan untuk mengekang pemberhentian pekerja.

"Sektor swasta wajar menggunakan dana untuk membantu mewujudkan pekerjaan baru," katanya. Kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk melatih semula pekerja ketika berlaku peningkatan bilangan yang diberhentikan, terutama dalam sektor eksport seperti elektrik dan elektronik dan industri pembuatan.

Yeah menambah, majikan wajar merangka perancangan jangka panjang dan tidak bingung akibat kelembapan ekonomi semasa

Masih ada industri yang mempunyai keupayaan untuk berkembang dan mewujudkan pekerjaan baru. Ahli ekonomi lain berkata, tanggapan kerajaan perlu memainkan peranan sebagai pemacu utama merangsang permintaan domestik dan membantu menghidupkan ekonomi, perlu dikaji semula.

Mengenai inisiatif sektor swasta kumpulan SKALI yang mengumumkan perancangannya untuk mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan untuk graduan, Yeah berkata usaha syarikat teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) itu disambut baik. – Bernama

February 18, 2009

Hentikan Menguruskan Hidup Dengan Kad Kredit

Jika kita masih menguruskan kehidupan dengan mengunakan kad kredit, sudah tiba masanya kita menukarkan kepada kad debit, di mana kita hanya belanja berdasarkan duit yang kita ada. Menguruskan hidup dengan mengunakan instrumen kad kredit tidak membawa kebaikan bukan sahaja di dunia tetapi juga di taman barzakh.

Majoriti kad kredit yang ada di pasaran yang sedang digunakan adalah hidup di atas dasar riba yang menjadikan ramai manusia ingkar kepada perintah Allah.
Kad kredit juga mengalakkan kita berbelanja mengunakan duit yang kita belum miliki.

Fikiran kita menjadi sentiasa tenang, gembira dan dalam keadaan bersyukur setiap kali kita mengunakan kad debit. Fikiran kita tidak bercelaru dan apabila membayar di kaunter juga kita tidak segan, kerana kita membayar tunai mengunakan duit sendiri.

Apabila kita membiarkan kad kredit mengurus hidup kita, mengikut kajian dari 100 pemilik kad kredit, 98 orang akan menjadi hamba kepada hutang.Hanya dua orang sahaja yang bebas dari menjadi hamba kepada hutang. Adakah kita termasuk di dalam dua orang yang selamat?

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers