May 6, 2010

Ulasan Pasaran: Situasi serantau jejas pasaran

Pelabur tempatan bimbang terkena tempias krisis hutang dihadapi Greece

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah secara menyeluruh semalam sejajar pasaran serantau yang lebih lembap apabila pelabur bimbang mengenai kemungkinan terkena tempias krisis hutang kedaulatan Greece. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) turun 7.24 mata untuk ditutup kepada 1,335.65 selepas dibuka turun 15.9 mata kepada 1,326.99. Peniaga berkata, peserta pasaran enggan untuk membuat belian dan menunggu petunjuk baru.

Sementara itu, Maybank Investment Bank percaya FBM KLCI yang disokong oleh dana tempatan kemungkinan berdaya tahan di tengah-tengah keadaan ekonomi global yang buruk.

Katanya, tanda kemerosotan harga menunjukkan kenaikan FBM KLCI kemungkinan terbantut.

“Dagangan jangka pendek atau mencantas pasaran akan menjadi strategi pasaran terbaik. Bagi masa ini, kami mempercayai pasaran akan turun naik mendadak. Dengan itu, dagangan perlu dilakukan secara jangka pendek,” katanya.
Indeks Kewangan merosot 34.87 mata kepada 12,042.03, Indeks Perusahaan turun 24.9 mata kepada 2,740.40 dan Indeks Perladangan turun 50.08 mata kepada 6,411.51.

Indeks FBM Emas rugi 52.72 mata kepada 9,000.17, FBM70 hilang 64.58 mata kepada 8,849.31 dan Indeks FBM Ace kerugian 82.39 mata kepada 4,023.83.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 531 kepada 193 manakala 257 kaunter tidak berubah, 389 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Perolehan dicatatkan lebih tinggi kepada 861.460 juta saham bernilai RM1.522 bilion berbanding dengan 767.454 juta saham bernilai RM1.069 bilion kelmarin.

Antara kaunter aktif, Talam Corp meningkat 0.5 sen kepada 14.5 sen, KNM rugi 1.0 sen kepada 52 sen dan Gamuda-Waran Hak meningkat 4.5 sen kepada 59 sen. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun 2.0 sen kepada RM7.63, Sime Darby rugi 13 sen kepada RM8.63, CIMB tidak berubah pada harga RM14.20 dan Maxis meningkat 1.0 sen kepada RM5.31.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 734.121 juta saham bernilai RM1.485 bilion berbanding 640.982 juta saham bernilai RM1.031 bilion kelmarin. Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 58.378 juta saham bernilai RM11.697 juta daripada 64.941 juta saham bernilai RM12.384 juta sebelum itu.

Waran merosot kepada 49.914 juta unit bernilai RM9.381 juta daripada 45.434 juta unit bernilai RM9.605 juta kelmarin.

Produk pengguna mencatatkan 21.804 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 160.251 juta, pembinaan 55.245 juta, dagang dan perkhidmatan 187.999 juta, teknologi 50.724 juta, prasarana 29.323 juta, kewangan 75.908 juta, hotel 5.987 juta, hartanah 122.590 juta, perladangan 22.098 juta, perlombongan tiada, REIT 2.107 juta dan tertutup/dana 84,500. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers