170 subkontraktor dapat pakej bernilai sehingga RM1 bilion
MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd (MMC-Gamuda JV), kontraktor utama projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik (EDTP) dari Ipoh ke Padang Besar, sudah memberikan kontrak bernilai RM4.1 bilion kepada 170 subkontraktor Bumiputera. Pengarahnya, Datuk Azmi Mat Nor, berkata ia membabitkan 350 pakej kerja bernilai antara RM1 juta dan RM1 bilion yang diberikan kepada subkontraktor Bumiputera daripada Kelas A hingga F. “Kontrak bernilai RM4.1 bilion yang diberikan itu sudah melebihi 30 peratus daripada nilai kontrak keseluruhan RM12.485 bilion,” katanya pada taklimat media berhubung kemajuan projek berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Azmi berkata, pihaknya sudah menyerahkan 540 pakej kerja serta pembekalan barangan kepada 310 subkontraktor dan pembekal sejak projek itu dimulakan pada Januari 2008.
Katanya, bagi kontrak pembekalan seperti menyediakan bahan kuari, besi dan bahan pembinaan lain, nilainya adalah RM3.6 bilion.
“Kontrak yang dianugerahkan itu memberikan kesan positif serta-merta kepada ekonomi di empat negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis,” katanya.
Azmi menegaskan, pelaksanaan projek itu juga bakal memberikan kesan limpahan kepada ekonomi dengan mewujudkan pelbagai kegiatan hiliran yang dianggarkan bernilai RM25 bilion.
Katanya, projek berkenaan juga dijangkakan menyumbang secara purata 0.75 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang tempoh enam tahun pelaksanaannya.
Dari segi peluang pekerjaan, Azmi berkata, projek itu secara langsung menyediakan 50,000 pekerjaan baru, kebanyakannya diisi rakyat tempatan.
“Secara tidak langsung pula, ia mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan baru seperti dalam bidang perhotelan,” katanya sambil menambah MMC-Gamuda JV pula menggaji 3,000 kakitangan profesional dan separuh profesional dalam pelbagai sektor yang ada kaitan dengan projek berkenaan.
Azmi turut menegaskan, tidak berlaku lebihan kos atau kelewatan dalam pelaksanaan projek itu.
Tegasnya, pelaksanaan projek landasan sepanjang 329 kilometer itu berjalan lancar, yang setakat ini 43 peratus sudah disiapkan.
“Kemajuan projek amat baik dan kami yakin dapat menyiapkannya mengikut jadual asal iaitu pada Disember 2013 tanpa sebarang kos tambahan.
“Kira-kira 75 peratus bahan yang diperlukan bagi projek itu dibeli lebih awal,” katanya sambil menambah jika skop kerja kekal sama, sebarang lebihan kos akan ditanggung syarikat itu.
Azmi bagaimanapun menegaskan, bagi memastikan projek itu berjalan lancar, pihaknya tidak akan teragak-agak menyingkirkan subkontraktor yang gagal menyiapkan kerja seperti yang ditetapkan.
“Setakat ini, kira-kira 30 kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera sudah disingkirkan kerana gagal menyiapkan kerja mengikut jadual,” katanya.
May 6, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com