KUALA LUMPUR 5 Mei - Malaysia sepatutnya menyasarkan ringgit yang lebih kukuh dengan impian untuk menjadi negara berpendapatan tinggi kerana wujud banyak sebab berlakunya aliran menaik itu, kata bekas Menteri Kabinet, Datuk Seri Utama Shahrir Samad hari ini.
Bersama-sama dengan Model Ekonomi Baru (MEB), langkah itu adalah kena pada masanya dan akan memberikan Malaysia satu rangsangan untuk kekal kompetitif, katanya.
Menyetujui pandangan itu, pakar ekonomi yang terlatih di Sorbonne, Datuk Dr. Norraesah Mohamad berkata, pemulihan segera ekonomi Malaysia adalah berikutan 'tindak balas segera' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merangsang ekonomi semasa berlaku kemelesetan ekonomi global yang buruk pada tahun lepas.
Menurutnya, sebab kukuh pemulihan itu adalah suntikan pakej rangsangan RM67 bilion ke dalam ekonomi pada tahun lepas yang masih mengalir ke sasarannya.
Ringgit yang lebih kukuh, kata Shahrir akan menggalakkan pengimportan barangan modal, yang akan membantu menyumbang kepada inovasi dan automasi industri negara ini.
"Ia akan turut mengurangkan bil subsidi kerajaan kerana petrol, gula dan tepung, sebagai produk yang diberi subsidi utama, yang kesemuanya didominasi di dalam dolar AS. Dengan pengurangan subsidi, operasi perbelanjaan kerajaan dan defisitnya akan turut dikurangkan." Shahrir berkata, ringgit yang lebih kukuh akan turut menjadikan perjalanan ke luar negara lebih termampu bagi rakyat Malaysia dan ini akan meningkatkan masa liburan masing-masing.
"Yang penting sekali, ringgit yang lebih kukuh akan membantu menambah baik taraf hidup rakyat dengan meningkatkan kuasa membeli mereka melalui pengimportan yang lebih mudah dan tekanan inflasi yang lebih rendah," katanya.
Ringgit kini berkisar sekitar paras ketinggian dua tahun berbanding dolar AS pada paras 3.19 berbanding dengan 3.42 pada awal tahun ini dan kemuncak tahun lepas pada catatan paras 3.72 pada Mac.
Di segi nominal, ringgit telah meningkat kira-kira 6.7 peratus pada tahun ini sehingga ini berbanding dolar AS. Berbanding dengan mata wang serantau yang lain, ringgit telah meningkat paling tinggi berbanding dengan dolar AS sejak awal tahun ini.
Dengan pengukuhan ringgit, rakyat Malaysia juga mengharapkan terimaan eksport yang bertambah baik yang akan mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan perusahaan kecil dan sederhana.
Kesan pergandaan mulai menunjukkan kesan di dalam kemakmuran negara, kata para penganalisis.
Dr Norraesah, yang juga anggota majlis tertinggi Umno berkata: "Kini terdapat lebih banyak wang di dalam ekonomi. Kestabilan ekonomi telah mendorong kepada keyakinan pengguna dan meningkatkan perbelanjaan domestik.
"Ini bermakna lebih banyak pekerjaan, kuasa berbelanja yang lebih tinggi dan potensi pertumbuhan yang lebih besar.
Kedua-dua penganalisis tempatan dan asing juga menyatakan bahawa ekonomi Malaysia kini menikmati pemulihan yang lebih kukuh, dengan pertumbuhan pada tahun ini melepasi kebanyakan unjuran.
Sesetengah penganalisis malah mengunjurkan pertumbuhan sehingga 8.0 peratus pada tahun ini.
DBS Bank Singapura menaikkan unjuran pertumbuhannya bagi ekonomi Malaysia kepada 8.0 peratus daripada 5.7 peratus sebelum ini, dengan jangkaan pertumbuhan terkukuh sepenuh tahun sejak 1996.
Laporan DBS itu sama dengan unjuran syarikat sekuriti lain yang mengunjurkan Malaysia boleh mencatatkan pertumbuhan lebih 7.0 peratus pada tahun ini.
Syarikat sekuriti tempatan yang membuat unjuran paling tinggi, AmResearch, mengunjurkan kepada 8.0 peratus.
May 6, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com