KUALA LUMPUR, 15 Jun - Syarikat pelaburan Lenstar telah memeterai kontrak dengan Verwater Group di Hoogvliet, bagi membina terminal simpanan petroleum bernilai 220 juta euro (RM1.25 bilion) di Kedah
Shiv Grewal, Pengerusi Lenstar Investment Ltd. (Lenstar) yang berpusat di United Kingdom dan Pengarah Urusan Lenstar Mohammad Munir Malik, telah memeterai perjanjian berkenaan hari ini.
Lenstar dalam kenyataannya di sini berkata, projek ini akan mengambil masa kurang 36 bulan untuk disiapkan.
Pembinaan sebuah kemudahan itu adalah sebagai memenuhi visi Lenstar untuk memainkan peranan penting dalam industri berkenaan di Timur Jauh. Syarikat ini telah pun membeli tanah seluas 100 hektar dan memiliki permit-permit yang diperlukan bagi memulakan pembinaan terminal penyimpanan yang baru ini, termasuklah sebuah saluran paip sepanjang 22 kilometer menghala ke persisiran pantai Malaysia.
Kawasan tangki simpanan petroleum akan digunakan oleh syarikat Malaysia, Pristine Oil bagi menyimpan minyak mentah.
Ketika menjelaskan pemilihan Malaysia sebagai lokasi untuk kemudahan baru itu, Munir Malik berkata: "Ada tiga rantau penting berkaitan dengan perdagangan minyak mentah di seluruh dunia, iaitu Suez, Panama dan Selat Melaka. ''Kedudukan Malaysia strategik, kerana berdekatan dengan Singapura dan Indonesia. Tambahan lagi, ekonomi yang stabil dan berkembang pesat memainkan peranan dalam pemilihan Malaysia," kata beliau.
Katanya, pembinaan ladang tangki yang baru ini akan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan baru di rantau itu dan setelah ditauliahkan, lebih daripada 2,000 orang akan bekerja di situ.
Munir berkata, kerjasama di antara Verwater dan Lenstar bermula daripada satu usahasama di Timur Tengah.
Grewal berkata, Verwater dipilih kerana ia merupakan syarikat bersaiz sederhana yang berpengalaman dalam perniagaan membina, mengekalkan dan memperbaiki kemudahan tangki simpanan sejak 1922.
''Dengan kepakaran bertahun-tahun mereka dan juga berdasarkan pengalaman daripada projek-projek sebelum ini dengan Verwater di Timur Tengah, Verwater diminta bekerjasama dalam projek ini juga," tambah beliaunya.
June 16, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com