June 17, 2009

AirAsia tempah 10 Airbus A350 XWB bernilai RM7.7b

SYARIKAT sekutu AirAsia Bhd, AirAsia X menempah 10 pesawat Airbus A350 XWB sejajar hasratnya menjadi syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh dan jarak dekat pertama dunia.

Pengumuman tempahan itu dibuat AirAsia dan Airbus di Pameran Udara Paris semalam. Ketua Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, tempahan bernilai AS$2.2 bilion (kira-kira RM7.7 bilion) itu adalah berserta dengan opsyen untuk menambah lima lagi pesawat jenis itu.

Katanya, penghantaran pesawat berkenaan dijadualkan antara 2016 dan 2018, dan ia akan menokok kepada angkatan pesawat A330 AirAsia X sedia ada. Syarikat penerbangan itu sebelum ini menempah 25 pesawat A330 dengan penghantarannya sehingga 2015. Dua daripada pesawat berkenaan sudah diterimanya sejak Oktober tahun lalu.

Tony yang juga Pengarah AirAsia X berkata, AirAsia X memilih varian A350-900 bagi tempahan baru itu yang direka untuk menempatkan 425 penumpang dalam dua kelas berbeza. “Dengan membeli Airbus A350, AirAsia dan AirAsia X kini menetapkan strategi sehingga 2020 dengan hasrat menjadi syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh dan jarak dekat pertama dunia,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata, pembelian itu mencerminkan hasrat AirAsia X untuk terus memberikan perkhidmatan jarak jauh dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih banyak destinasi berbanding laluan yang disediakan ketika ini iaitu London, Melbourne, Perth dan Gold Coast (Australia) serta Tianjin dan Hangzhou (China).

AirAsia sendiri adalah pelanggan terbesar bagi pesawat Airbus A320 dengan tempahan 175 buah pesawat dengan opsyen menambah 50 buah lagi menerusi perjanjian yang dimeterai pada 2005.

Sebanyak 60 buah pesawat sudah diterima setakat ini dan bakinya akan diterima menjelang 2014. Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani pula berkata, pemilihan model A350 XWB disebabkan perbezaan yang ditawarkannya dalam konteks penjimatan operasi dan boleh membawa lebih ramai penumpang.

“Kami percaya pesawat A350 akan mencetus perubahan besar kepada industri penerbangan kerana ia membolehkan kami mengendalikan operasi jarak jauh pada kos yang tidak pernah dijangka sebelum ini untuk perjalanan ke Eropah dan Amerika Utara, selain membuka pasaran pelancongan baru ke destinasi lebih menarik.

“Dengan adanya A350 XWB dalam angkatan pesawat kami, AirAsia X berupaya menetapkan satu standard baru bagi pasaran penerbangan jarak jauh tambang murah, sekali gus membolehkan setiap orang untuk terbang lebih jauh dengan selesa pada kadar yang mampu,” katanya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Airbus, Tom Enders, dalam kenyataan yang sama pula berkata pesawat A350 XWB itu menawarkan penjimatan pembakaran bahan api sebanyak 25 peratus dan ini membentuk tahap kecekapan baru bagi kategori pesawat badan besar saiz sederhana. “Pesawat itu membolehkan AirAsia X mendapat manfaat daripada penjimatan kos operasi serendah mungkin bagi setiap penumpangnya,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers