Daripada CYNTHIA YEOHcynthia.yeoh@utusan.com.my
LIN HUO ZHI menunjukkan contoh tapak kasut sukan yang disiapkan dengan latar belakang gambaran artis tentang kilang baru di pejabatnya, Jinjiang, China, semalam.
Jinjiang, China 15 Jun - Multi Sports Holdings Ltd (Multi Sports), pereka, pembangun dan pengeluar tapak kasut sukan, yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia menyasarkan perolehan dana sebanyak RM57.6 juta bagi tujuan pengembangan operasinya.
Multi Sports merupakan syarikat China kedua selepas Xingquan International Sports Holdings Ltd. yang mengumumkan penyenaraiannya dalam Bursa Malaysia menerusi tawaran awam permulaan (IPO).
Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lin Huo Zhi berkata, pihaknya akan melaburkan RM40 juta untuk membina kilang baru di bandar Jinjiang di wilayah Fujian bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran baru.
"Sebanyak RM30 juta akan dilaburkan untuk pembinaan kilang baru dan pembelian mesin baru manakala yang bakinya digunakan untuk pembelian acuan (mould) kasut tambahan yang dijanakan menerusi dana dalaman.
"Penyenaraian menerusi IPO menyediakan landasan asas untuk beberapa usaha permodalan yang lanjut," katanya selepas lawatan media ke kilang Multi Sports di Jinjiang, hari ini.
Multi Sports yang mengeluarkan kira-kira 300 produk berfungsi sebagai pusat sehenti binaan bersepadu dan mempunyai kemampuan untuk memproses bahan mentah, mengeluarkan semua komponen yang diperlukan dalam pengeluaran tapak kasut, memajukan dan mereka bentuk tapak kasut secara dalaman.
Beroperasi di kawasan perbandaran Quanzhou di bandar Jinjiang, wilayah Fujian, di sini yang merupakan ibu negara pengeluar kasut sukan di China, ia adalah sebuah pusat pengeluar kasut sukan terbesar di dunia. Syarikat itu juga dikenali dalam industri sebagai pengedar tapak kasut jenama Huoxing.
Huozhi berkata, pembinaan kilang baru tersebut dijangka bermula pada suku keempat tahun ini dan mula beroperasi pada suku keempat 2010.
"Kilang baru itu akan menggandakan tiga kali pengeluaran tahunan kepada 74 juta pasang tapak kasut apabila ia mencapai kapasiti penuh berbanding 24 juta pasang sekarang.
"Ia mampu memenuhi permintaan rakyat tempatan disebabkan oleh pasaran yang besar di negara ini dan harga kasut sukan yang ditawarkan berkemampuan untuk penduduk," katanya.
Pada masa yang sama, tambah beliau, syarikat itu akan membeli mesin-mesin baru untuk kilang sedia ada bagi merangsangkan kapasiti pengeluaran.
Beliau menjelaskan, Jinjiang merangkumi kira-kira 20 peratus jumlah pengeluaran kasut sukan di dunia dan memiliki nilai pengeluaran sehingga RMB27.9 bilion (RM56 bilion).
"Industri kasut berpotensi besar selain kami berada di kedudukan kelima dan ke atas daripada kira- kira 20 pemain seumpama ini di Jinjiang," ujarnya.
Menurut beliau, Multi Sports merancang untuk melancarkan prospektus pada separuh pertama Julai dan dijangka disenaraikan pada hujung bulan Julai atau awal bulan Ogos dengan tawaran awam melibatkan 108,600,000 saham biasa pada harga antara RM1.05 hingga RM1.15 sesaham.
Multi Sports mencatat keuntungan bersih sebanyak RM46.8 juta dengan perolehan RM196.78 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008.
''Kami yakin mengekalkan pertumbuhan keuntungan bersih tahunan antara 20 peratus hingga 30 peratus berdasarkan prestasi kewangan tiga tahun yang lalu,'' ujarnya.
Bagi tempoh tiga tahun lalu, keuntungan bersih dan perolehan bersandarkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) masing-masing 37.8 peratus dan 33.9 peratus.
Multi Sports kini mempunyai 1,900 kakitangan dan 300 pelanggan, termasuk Guohui, dan Xdlong, iaitu antara pengeluar kasut sukan terkemuka jenama China.
Kumpulan AmInvestment Bank adalah penasihat, penaja jamin dan ejen penempatan tunggal terbitan saham untuk penyenaraian Multi Sports.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com