June 16, 2009

Vastalux sasar raih tender RM352.7j

VASTALUX Energy Bhd yang terbabit dalam industri berkaitan minyak dan gas, menyasarkan membida projek bernilai sehingga AS$100 juta (RM352.7 juta) di Arab Saudi menerusi syarikat usaha sama yang bakal ditubuhkan di negara itu.

Pengarah Eksekutifnya, Azman Abdul Ghafar, berkata syarikat itu berunding bagi menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua syarikat minyak terkemuka Arab Saudi yang dijangka mampu diselesaikan selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini.

Beliau berkata, Vastalux juga dalam proses membida beberapa projek berkaitan minyak dan gas di Indonesia bernilai hingga AS$40 juta (RM141.1 juta) tahun ini menerusi anak syarikatnya di republik itu, PT Vastalux Energy.

“Dalam negara pula, kami membida projek bernilai kira-kira RM700 juta dengan 44.6 peratus membabitkan kerja perangkaian antara pesisir pantai dan darat serta penyelenggaraan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Vastalux yang disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia pada September tahun lalu terbabit dalam kegiatan seperti kerja perangkaian antara pesisir pantai dan darat, penyelenggaraan, pembinaan, fabrikasi, perkhidmatan dasar laut dan sewaan kapal.

Pada masa ini perkhidmatan sokongan luar pantai, penugasan dan penyenggaraan peralatan bahagian atas pelantar adalah perniagaan teras syarikat itu dengan menyumbang hampir 80 peratus kepada pendapatan keseluruhannya.

Azman berkata, syarikat itu kini mempunyai kontrak dalam tangan bernilai RM950 juta dengan kira-kira 55 peratus bernilai RM522.1 juta sudah disiapkan. Beliau berkata, sebahagian besar pendapatan syarikat daripada kontrak tempatan dan syarikat sedang berusaha mengembangkan operasi luar negara termasuk mengambil alih sebidang tanah di Vietnam.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers