SCOMI Group Bhd menerusi anak syarikatnya, Scomi Engineering Bhd sedang membida beberapa lagi projek monorel di India serta berunding melaksanakan projek sama di Nigeria, Brazil dan Arab Saudi.
Pengerusinya, Tan Sri Asmat Kamaludin, berkata negara berkenaan memerlukan pengangkutan moden seperti monorel bagi meningkatkan lagi mutu sistem pengangkutan awam di bandar raya utama masing-masing. “Brazil misalnya akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Fifa pada 2014 dan bandar raya negara itu yang sentiasa sesak tentu memerlukan sistem pengangkutan moden.
“Arab Saudi juga memerlukan sistem pengangkutan moden untuk bandar raya seperti Makkah dan Madinah. “Bandar raya besar yang mengendalikan jemaah haji itu memerlukan sistem pengangkutan yang baik,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Scomi di Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Scomi Engineering, Syahrunizam Samsudin serta Ketua Pelaburan dan Pegawai Prestasi Scomi, Loong Chun Nee. Asmat berkata, meskipun sumbangan daripada projek monorel kepada pendapatan kumpulan masih rendah, ia berpotensi menjadi antara penyumbang utama pada masa depan selain bahagian minyak dan gas.
“Kini kira-kira 70 peratus pendapatan kumpulan disumbangkan industri minyak dan gas tetapi menuju ke depan, sumbangan daripada bahagian rel dan logistik akan meningkat terutama daripada projek monorel di Mumbai,” katanya.
Beliau berkata, Scomi juga merancang menjual perniagaan bukan teras yang tidak berdaya maju untuk menumpukan perniagaan teras dalam bidang penyediaan perkhidmatan kepada syarikat cari gali minyak dan projek monorel.
Kami akan melupuskan perniagaan bukan teras yang tidak berdaya maju. Bagaimanapun buat masa ini belum ada keputusan berhubung perkara itu,” katanya. Tahun lalu, penyumbang utama pendapatan kumpulan adalah bahagian perkhidmatan lapangan telaga minyak menerusi Scomi Oiltools Group dan bahagian tenaga dan kejuruteraan logistik menerusi Scomi Engineering.
Kedua-duanya menyumbang 93 peratus daripada pendapatan kumpulan. Pendapatan kumpulan itu bagi tahun berkenaan meningkat lapan peratus kepada RM2.11 bilion, dijana pertumbuhan pendapatan Scomi Engineering sebanyak 18 peratus dan enam peratus bagi Scomi Oiltools.
June 16, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com