June 16, 2009

Maybank rancang 4 lagi cawangan di Kemboja

KUMPULAN perbankan terbesar tempatan, Malayan Banking Bhd (Maybank) merancang membuka empat lagi cawangan di Kemboja sebelum pertengahan tahun depan selepas pembukaan cawangan keempatnya di negara itu, di Siem Reap, semalam.

Ketua Perbankan Antarabangsanya, Abdul Farid Alias, berkata cawangan Siem Reap itu akan menawarkan kemudahan dan perkhidmatan perbankan lengkap termasuk deposit, pembiayaan perumahan, pembiayaan perdagangan, perkhidmatan kiriman wang dan perkhidmatan tukaran wang asing. Turut ditawarkan kemudahan ATM yang dihubungkan terus kepada rangkaian Maybank ATM di Phnom Penh.

Katanya, pembukaan cawangan itu adalah sebahagian strategi Maybank untuk meraih potensi pertumbuhan di wilayah itu, sekali gus menyokong pembangunan perniagaan dan sektor pelancongan di sana.

“Siem Reap adalah antara bandar yang cepat berkembang di Kemboja dengan kelebihan sebagai gerbang ke kawasan pelancongan terkenal seperti Angkor Wat. Malah industri pelancongan di situ mempunyai potensi besar dengan kewujudan pelbagai kemudahan, hotel ternama dan perniagaan.

“Selepas ini, Maybank merancang membuka empat lagi cawangan di Kemboja menjelang akhir tahun kewangan akan datang, tetapi bergantung kepada kelulusan daripada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, semalam.

Abdul Farid berkata, cawangan Maybank Siem Reap akan mengukuhkan lagi rangkaian antarabangsa Maybank yang kini mempunyai lebih 400 pejabat di 13 negara, sebagai tambahan kepada 384 cawangan di Malaysia serta syarikat bersekutunya di Pakistan (MCB Bank) dan Vietnam (An Binh Bank).

Wilayah Siem Reap mempunyai jumlah penduduk hampir sejuta orang manakala Siem Reap adalah bandaraya kedua terbesar di Kemboja. Maybank mula bertapak di Kemboja pada 1993 dan mempunyai tiga pejabat lain di ibu negaranya, Phnom Penh.

Maybank Kemboja mencatatkan pertumbuhan pendapatan 22.37 peratus bagi tempoh 11 bulan tahun kewangan semasa berbanding tempoh yang sama tahun kewangan lalu.

Pinjaman keseluruhan kepada pelbagai sektor ekonomi negara itu setakat bulan lalu berkembang 64.25 peratus berbanding tempoh sama tahun kewangan lalu. Maybank Kemboja memberikan sokongan kepada tiga sektor utama di negara itu, iaitu telekomunikasi perkilangan dan perniagaan umum.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers