KUALA LUMPUR 16 Jun - Malaysia akan meneruskan usahanya untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) sama ada di peringkat serantau dengan rakan ASEAN atau juga dua hala, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed (gambar).
Baru-baru ini, Malaysia telah menamatkan perundingan kali kesepuluh dengan pihak berkuasa New Zealand tetapi perjanjian rasmi belum lagi dimeterai.
''Perjanjian rasmi dijangka akan dimeterai pada tahun ini,'' kata beliau sambil mengharapkan isu tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.
Mustapa berkata demikian selepas menghadiri majlis makan tengah hari Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) di sini hari ini.
Beliau juga berkata, bagi FTA dengan Amerika Syarikat (AS) Malaysia masih lagi mengkaji kedudukan yang ada sebelum ini dan apabila bersedia, perbincangannya akan diteruskan.
''Terdapat sedikit perkembangan dan komunikasi antara dua pihak, dan ia menunjukkan tanda positif dan berharap dapat meneruskan perbincangan untuk memuktamadkan FTA dengan AS.
''Kita juga diberitahu pihak AS juga mempunyai pandangan yang sama dan apabila masa yang sesuai. Kali terakhir kita berbincang di peringkat dalaman dengan pihak AS adalah pada tujuh hingga lapan bulan lalu,'' jelasnya.
Sementara itu, Menteri itu berkata, Malaysia akan berbincang secara rasmi dengan kerajaan Australia pada Ogos ini bagi meneruskan perbincangan FTA.
Selain itu, Mustapa turut menghargai sumbangan MICCI terutama bagi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor perkhidmatan.
Beliau berkata, tahun ini adalah tempoh yang sangat mencabar berbanding 2008 berikutan penyusutan eksport dan sektor pembuatan tetapi kerajaan berharap jumlah jualan oleh PKS kepada syarikat multinasional dapat dikekalkan pada paras RM900 juta
June 17, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com