June 17, 2009

RM4.2b tingkatkan Stesen Janakuasa Tuanku Ja'afar

PORT DICKSON 16 Jun - Sebanyak RM4.2 bilion telah dibelanjakan bagi membangunkan fasa kedua projek Pemulihan Stesen Janakuasa Tuanku Ja'afar di sini supaya lebih cekap dan mesra alam.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Kah Fui berkata, menerusi kerjasama dengan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB), projek yang memasuki fasa kedua itu telah berjaya disiapkan.

''Projek ini bertujuan menaikkan taraf stesen janakuasa tersebut bagi menggantikan loji menjana kuasa gas asli/minyak konvensional (360MW) yang tinggi lepasan gasnya, uzur dan tidak cekap.

''Stesen janakuasa baru berkapasiti 750MW ini amat cekap dan mesra alam kerana ia hanya memerlukan gas yang sedikit untuk menghasilkan lebih banyak elektrik," kata beliau ketika berucap pada majlis Perasmian Stesen Jana Kuasa Tuanku Ja'afar PD2 Fasa Kedua di sini hari ini.

Perasmian stesen berkenaan dilakukan oleh beliau sambil disaksikan Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie. Turut hadir Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khaleb Mohamad Noh.

Tambah beliau, segala kos pelaksanaan projek berkenaan merupakan pembiayaan melalui pinjaman daripada JICA yang telah dijalankan sejak 1997.

''Bagi fasa pertama, ia telah siap dibina pada Jun 2005 manakala bagi projek fasa kedua ini telah disiapkan pada Disember tahun lalu,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar lebih banyak kerjasama dijalankan dengan negara luar demi mengadaptasi teknologi yang boleh dimanfaatkan bersama.
''Usaha ini selari dengan hasrat kerajaan yang kini memfokuskan penerapan teknologi hijau," ujar beliau.

JICA dalam kenyataannya di sini hari ini menjelaskan pengeluaran tenaga elektrik sebanyak 1,500MW di bawah kedua-dua fasa itu mewakili 14 peratus daripada keseluruhan kapasiti penjanaan TNB untuk kegunaan 3.2 juta isi rumah.

Menurut JICA, dengan menggunakan gas asli yang dikeluarkan di dalam negara, loji penjanaan kitaran tergabung yang dibina di bawah fasa kedua projek itu, mencapai kecekapan penjanaan tertinggi antara loji-loji kuasa termal yang sedia ada di Malaysia.

''Projek ini menawarkan banyak peluang perniagaan dan kerjasama semasa pelaksanaannya. Sebanyak 43 syarikat mendapat manfaat melalui penyertaan dalam pembekalan kelengkapan loji.

''Selain itu, sebanyak 60 peratus pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan adalah rakyat Malaysia," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers